'YANG, SIAP! KITE AMIK AWAK, PERGI MINUM PETANG!'

'YANG, SIAP! KITE AMIK AWAK, PERGI MINUM PETANG!' | Salam. Akhirnya seketul CamiAjim tak buat perangai terkejut kejutkan orang. Hahaha. Tu la habit dia sebenarnya. Suka buat surprise tiba tiba ada depan rumah ajak keluar. Tapi mungkin Syahmi dah taubat nasuhah, dah tak nak buat Uyul terkejut, kot mati terkejut kena heart attack kan, teruslah dia WhatsApp atau call bagitahu nak ajak Uyul keluar.


Sebenarnya Syahmi ni tak tahu dia ni sweet sangat sampai Uyul kencing manis dibuatnya. Ada je la benda sweet dia nak buat kat Uyul. Kadang nampak simple je kan? Pergi minum petang, lepak lepak tepi Pantai Lido, borak borak sampai lebam! Haihhh. Syahmi Syahmi. So nak dijadikan cerita, long weekend yang lepas, Uyul tak balik kampung. Cuti Raya Haji memang panjang, extend sampai ke Isnin. Uyul tak balik sebabnya this week nak kena balik lagi, adik Uyul nikah this coming Sabtu. Syahmi pulak memang beraya dekat Johor Bahru, alaa Skudai je pun. So dia memang tak ke mana mana.

Ahad dia amik Uyul beraya dengan dia. Lepak dengan family dia sampai ke malam. Makan macam nak pecah perut. So Uyul expect Isnin tuh Uyul akan duk dekat rumah je lah. Takdenya nak keluar dengan Syahmi dah. Ehhh tertiba dia ajak minum petang. Amboi, ada je tau akal dia nak ajak kita keluar. 

Seperti biasa, kalau keluar dengan dia, setiap kali tanya, "Awak, kita nak makan kat mana?" Jawapan diaaaaaa mesti, "Rahsiaaaa!". Ehh malaslah nak tanya lagi. Ikut je laaa ke mana pun dia bawak. So petang tuh, Syahmi bawak makan Kacang Pool Haji dekat Medan Selera Bomba. Syahmi ni macam tahu tahu je tau Uyul dah lama tak makan Kacang Pool Haji. Takde lah favourite sangat pun, tapi memang makanlah. Takde lah jakun sangat tak tahu rasa dia camne.

Kami ni kalau keluar, banyak je topik nak borak. Dari cerita kehidupan seharian ke cerita business, bawak pulak ke cerita nak membina keluarga, EH?? Ehhhhh? Tapi betul, Syahmi ni pemikiran dia bagus, Uyul rasa inilah sebab Uyul jatuh sayang dekat dia. Dia tahu nak control suasana macam mana.

Selesai minum petang, Syahmi hantar balik. Tapi seperti biasa, mana boleh balik sebelum keluarkan peluh! Uyul request nak singgah Pantai Lido, tapi sebab banyak sangat kereta tepi jalan tuh, Syahmi terus bawak ke Danga Bay. Haaa, berjalanlah kau sampai berpeluh peluh! 

Begitulah cerita sepetang Uyul di hari cuti yang indah permai ini. Senang bukan bercinta dengan seketul Uyul Cantik? 



9 ulasan:

  1. Mata pedih la. Sape potong bawang ni.. huhu

    TQ sayang. Stay happy always ok. I'll do my best for you.

    BalasPadam
  2. Sweet la korang ni ...

    BalasPadam
  3. Okay siap!! Saya datang amik hahahaha

    BalasPadam
  4. Pehh, patutlah dah kurus skrg, jalan 10,000 langkah sehari Bersama yg tercintaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  5. bagus tu, sifat uols saling melengkapi...

    BalasPadam
  6. sedapnya kacang pool...lama dah tak pergi larkin

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.