SELESAI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-10

SELESAI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-10 | Salam. Maafkan saya sebab peram entry kali ini terlalu lama. Finally, alhamdullilah. Akhirnya selesai Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 untuk Bistari Impian Apartment. So yang mana masih tak tahu, Uyul dah setahun menggalas tanggungjawab sebagai Manager Incharge untuk Bistari Impian. Kalau ikutkan 11 Julai 2019 genap setahun dah Uyul pegangg jawatan Building Manager. Alhamdulillah. Walaupun pelbagai onak dan ranjau, akhirnya berjaya harungi segalanya sehingga ke titisan terakhir Kah!


Untuk AGM kali ini, dah dapat kata sepakat dari Committee Members, so they decided untuk next AGM dilangsungkan pada 6 Julai. Sebabkan Uyul memang takde pengalaman untuk anjurkan AGM, memang banyak refer pada Angie, Ana dan Jaida. Banyak benda tanya dorang sebab yelaaa memang takde experience langsung. Ana dan Jaida atleast dah ada experience with Dualtap. Senanglah sikit kerja Uyul. Tak usah nak train Admin susah susah bahkan banyak minta tolong dorang.

What can I see, actually yang susahnya preparation before the actual day je. Memang leceh nak prepare. Dengan nak siapkan package, dengan nak hantar untuk printing, dengan nak courier segala bagai notis AGM kepada semua Unit. Haih, memang serabut juga lah. Yela, selain kita nak prepare AGM, daily operation pun nak kena attend gak. Tertiba time tu laa paip pecah, time tu lah tank overflow. Time tuh lah nak kena buat kerja kerja upgrading. Everything runs not so smoothly in the beginning. Tapi dengan kerjasama dari team member yang lain, semua benda boleh je settlekan mengikut schedule. Alhamdullillah, team member Uyul semuanya power power. Semua tahu tugas masing masing, tahu tanggungjawab masing masing. So everything went well.

On the actual day, ofcourselah makin cuak kan. Sebab lama dah rasanya tak present depan audience yang ramai. Dulu masa study, kite kenal siapa audience on the floor. Kawan kawan sendiri, so present pun tak lah cuak sangat. Ni nak present report depan Resident, alahai Uyul punya selawat tu dari sehari sebelum sampai ke actual dah weyh. Tapi, bila sampai masa nak present tuh, hilang semua gugup dan gabra. Present je pun, nak takut apa tahh. Orang tanya, jawab. Lagipun ada Mr Yap dan Mr Ngoi yang tolong backup masa present tuh, takde lahh payah sangat pun. Tapi tu lah, present operation report, kemahin tak sampai 15 minit pun. Padahal lebih 30 big project kot Uyul include dalam slide. But yeahh I manage to present without failed! Alhamdullillah.


After AGM kene follow up everything yang dah dibincangkan semasa mesyuarat. Kena siapkan Minutes of Meeting pula. And ofcourse ni kerja Uyul lah. Kena planning untuk next project pula. So, bukanlah bila AGM dah selesai, everything berakhir sebegitu sahaja. Banyak lagi kerja kena settlekan. Sebabkan dah setahun kan dekat BI, Uyul takde masalah sangat nak kerja dengan new Committee Members since Chairman dan 2 orang Committee Member masih orang yang sama. Cuma ada dua penambahan MC. 

By the way, susah kalau kite takde team yang strong. Takde team yang support kite, takde team yang boleh backup kite. Syukur, Allah bagi pinjam team member yang memang support Uyul gila gilaa, yang bila ada problem, kitorang selesaikan sama sama.



Yes, Zan is my best partner in BI. Banyak part maintenance Uyul belajar dari dia. Actually from the start pun, dia selalu nasihatkan Uyul untuk bersabar bila time time Uyul give up, rasa nak resign. Zan selalu nasihatkan anggap BI ni sekolah terbaik untuk kaut semua ilmu. Yes, BI memang sekolah terbaik. Ada je waktu waktu kami berdua tak sependapat. Ada je waktu waktu kami bertelagah pendapat. Alhamdullillah, kami berdua nih macam ada chemistry in term of kerja. Memang apa apa pun Uyul akan minta pendapat Zan dan juga team member yang lain. Bukan mudah sebenarnya nak manage bangunan berusia 15 tahun. Kalau takde semangat dan mudah patah semangat, memang tak lama lah kerjaya kita akan terkubur.

Alhamdullillah, I proved them wrong. 

3 ulasan:

  1. Waaa Uyul dah kurus laaa....kipidab Yul..ubat jangan lupa makan, dan jaga pemakanan...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...tahniah yuyul!!!

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.