PENGALAMAN BERHARGA KALI PERTAMA PANDU UJI HONDA KELUARAN TERBARU 2019

PENGALAMAN BERHARGA KALI PERTAMA PANDU UJI HONDA KELUARAN TERBARU 2019 | Salam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Uyul telah berpeluang bersama sama beberapa orang Blogger untuk pandu uji Honda keluaran 2019 pada 27 Ogos yang lalu. Uyul bersama sama Sis Lin, Kak Dilah, Wazy, YJ dan Carrin telah dijemput oleh pihak Honda Malaysia untuk memandu uji 3 buah model Honda iaitu Honda HR-V 1.5L Hybrid, Honda CR-V 1.5L Turbo dan Honda Civic 1.5 Turbo. Jom korang baca pengalaman Uyul sepanjang satu hari pandu uji kereta keluaran import idaman Uyul ni.


Pagi pagi lagi Uyul dah bangun bersiap siap ke Eco Flora dan berkumpul di Cafe Gold Bean 93 untuk pendaftaran sebagai Blogger & Media. Blogger dibekalkan dengan sehelai TShirt untuk dipakai sepanjang program berlangsung. Uyul, Sis Lin dan Kak Dilah terus ke tandas awam berdekatan dengan kafe untuk tukar pakaian masing-masing. Wahhh kebetulan Uyul mengenakan tudung berwarna merah, hahhhh memang ngam ngam sangat dengan Tshirt Honda berwarna kelabu-merah tuh. Haihh saya dah macam Honda Ambassador pula ya. Selesai sesi pendaftaran, kami dihidangkan dengan menu sarapan pagi yang agak mewah untuk perut melayu macam Uyul ni. Fuhh. Korang pun kecur perut kan tengok menu kat bawah nih.


Seperti biasa, camera-eat-first!




Sepanjang sarapan pagi tu, kami telah diberi kata kata aluan dari pihak Honda oleh Ms Daphine Chen iaitu Head of Brand Management of Honda. Kami juga telah didedahkan dengan product presentation oleh Ms Mastura dan diberi taklimat ringkas untuk pandu uji oleh Mr Ivan. 

Selesai taklimat ringkas, kami telah didedahkan dengan Honda Sensing Demonstration oleh krew Honda yang terlibat. Wahh teruja betul Uyul tau tengok semua feature dalam Honda CR-V Turbo ni. Yang bestnya fungsi Auto Cruise Control tuh. Wahhh boleh set berapa tahap kelajuan yang kita nak, dan kawal stereng je. Rasa nak stopkan fungsi ACC tuh, korang tekan brek je. Uyul sampai ternganga tau tengok krew drive. Tak sabar nak cuba sendiri fungsi ACC tu. 





Selesai sesi Honda Sensing Demonstration tersebut, kami kembali ke Cafe Gold Bean untuk Space and Versatility Demonstration pula. Fuhh, kemahin luas yeeee model Honda nih. But belakang siap boleh letak luggage sebanyak banyaknya. Basikal pun boleh masukkan juga. Tak usah risau dahh lepas nih nak balik kampung, satu almari boleh muat dalam Honda nih. Korang tengok lah gambar gambar dekat bawah nih. Memang bagus sangat model Honda terbaru nih. Sesuai untuk yang berkeluarga besar dan planning untuk ada anak ramai. Selesa pun selesa, stabil tak usah cerita.






TEST DRIVE FLAG-OFF

Uyul dan Wazy serta salah seorang krew Honda iaitu Ms Masturah akan mulakan konvoi dengan Honda pertama iaitu Honda HR-V, seterusnya Honda Civic dan akhir sekali Honda CR-V. Test Drive Flag-off dilepaskan tanda kami akan berkonvoi ke pitstop pertama di kawasan Eko Floral juga untuk aktiviti pertama iaitu sessi bergambar bersama 3 model Honda yang terlibat. 





PITSTOP 1 - TEALIVE BUKIT INDAH

Seterusnya, Wazy mulakan perjalanan sehingga ke Tealive di Bukit Indah dan seteruskan Uyul sebagai pemandu kedua akan bertukar ke pitstop seterusnya. Tiba di Tealive Bukit Indah, kami didedahkan dengan cara cara untuk menang Honda Jazz dengan menyertai Tealive X Honda: Road to Breakthrough Contest. Info lanjut boleh klik di >>> http://www.uyulrosli.com/2019/08/tealive-x-honda-jom-menang-honda-jazz-dengan-tealive.html.


Uyul pula dah lama sangat tak minum Tealive, memang terus order Tealive Brown Sugar Milk Tea. Terus Uyul selfie dengan standee yang ada depan kaunter tuh. Dah alang alang, kita join lah kan. Rugi kalau lepaskan peluang yang ada nih. Korang pun jangan lupa sertai okay!


Okay, dah selesai sesi taklimat dan penerangan, kami semua ke kenderaan masing masing. Masih lagi drive kereta yang sama cuma tukar pemandu sahaja. So, Uyul akan pandu Honda HR-V dan Wazy akan duduk di tempat penumpang. Uyul akan drive sehingga ke pitstop seterusnya di Hentian Kulai sehingga lah tukar model Honda Civic pulak. Fuhhh memang best dapat drive Honda HR-V ni, dapat speed macam apa. Uyul kan memang pantang jumpa pedal minyak. Kalau tak tekan sampai maksima, memang tak sah. Lagi pula Mr Ivan dekat depan tuh asek suruh speed, haaa kita speed laaa apa lagi. 



PITSTOP 2 - HENTIAN KULAI

Sampai di Hentian Kulai, Uyul dan Wazy akan memandu Honda Civic pula. Wazy akan mulakan pemanduan dan Uyul akan duduk di tempat penumpang. Perjalanan masih lagi perlahan. Macam biasalah Kulai kalau tak jem tak sah. Uyul kan biasa je balik kampung, memang waktu waktu begini, jalan agak perlahan di sekitar lebuhraya Kulai ni. Geram je ek, dapat drive Honda tapi tak dapat speed. Mujur Wazy yang drive waktu nih. Kalau tak, menangis jugak Cik Mas dekat belakang sebab Uyul pasti break mengejut je kerja nya. 


PITSTOP 3 - HENTIAN SIMPANG RENGGAM

Seterusnya, kami ke pitstop seterusnya di Hentian Simpang Renggam untuk pertukaran pemandu. Fuhhh, debar debar pulak rasa ekkk sebab pertama kali ni nak drive Civic. Kalau dulu selalu berangan je nak drive Civic. Tak sangka akhirnya dapat juga Uyul drive. Jauh juga tau. Dari Simpang Renggam ke Kluang. Fuhhhh. Best! Sumpah best! Dah laaaa stable gila. Speed pun tak rasa. Selalu speed Saga BLM tuh siap boleh terbang terbang diawangan lagi. Ni dapat Civic, mahu berdesup pergi dia. 


PITSTOP 4 - BARNEY RESTAURANT

Kali ni kami akan tuju ke Barney Restaurant untuk makan tengahari pula sebelum ke pitstop terakhir di Kluang. Lepas park kereta semua, masing masing terus ke Barney Restaurant di tingkat atas. Tengok muka semua masih kekenyangan, tapi tetap nak order Spagheti ek.



Settle makan tengah hari, kami singgah ke Kluang Mall sebelum ke pitstop seterusnya.





PITSTOP 5 - IPTIMAS MOTOR SDN BHD


Pitstop terakhir kami ialah Iptimas Motor Sdn Bhd yang terletak di Taman Impian Emas, Kluang. Dekat sini kami didedahkan lagi cara untuk menang selain daripada penyertaan dengan Tealive yang Uyul cerita dekat atas tuh. Korang yang kat Kluang tuh boleh ke Iptimas Motor dan cari lambang nama kereta yang tersembunyi di sana. Lepas tuh, snap a picture of that car name emblem dan log masuk ke http://honda.com.my/microsite/900k atau snap je QR Code yang disediakan.

Korang boleh tengok cara untuk sertainya seperti di bawah:



PULANG KE JOHOR BAHRU
 
Akhirnya, Uyul akan pandu kereta terakhir iaitu Honda CR-V untuk pulang ke Johor Bahru. Fuhh fuhh. Yang nih lagi padu Uyul drive. Dapat uji ACC iaitu Auto Cruise Control yang Uyul cerita di awal entry tadi. Terima kasih kepada krew Honda Cik Mas sebab bersabar dengan Uyul. Ajar satu satu cara menggunakan fungsi ACC tuh. Yang kelakarnya masa kereta nak berdentum dengan kereta depan, Uyul pulak cuak ehhh.

"Ehh Mas Massss, Uyul nak buat apa nih. Ehhh nak buat apa. Kereta tak nak stop!"
"TEKANLAHHH BREAKKKKK!"

Kahkahkah. Sengal jugak Uyul ni ek. Punya cuak sampai kaki tu tak reti tekan break. Tahh pape lahh. Tapi serious lah best. Sampai 170kmj Uyul tekan weyhh. Sumpah best gila.



SAMPAI KE EKO FLORAL

Sampai kembali ke Eko Floral lebih kurang jam 6:00 petang. Kami di hidangkan lagi dengan makanan yang sedap belaka. Kerjanya asek makan je laaa ye. Kitorang gerak lambat dari Kluang tadi, so team Uyul sampai lambat ke Johor Bahru. Tengok tengok team Sis Lin & Kak Dilah dan team YJ & Carrin dah sampai dulu dah. 



 

Ya ya ya. Blogger je paham kalau jumpa makanan macam mana.

Terima kasih 900k! untuk peluang dan kesempatan yang diberikan kepada Uyul dan Blogger yang lain. Pengalaman pandu uji 3 model Honda, iaitu Honda HR-V, Civic dan CR-V ni takkan Uyul lupa sampai bila bila. Betul betul pengalaman berharga untuk seketul Blogger Picisan Uyul Rosli.


CARA-CARA UNTUK MENANG HONDA DISINI >>>

7 ulasan:

  1. Kalau nengok macam lebih makan dari test kereta ek hahahahaha

    BalasPadam
  2. menarik. H tu lambang kekayaan

    BalasPadam
  3. Memang terbaik ketiga-tiga model Honda ni

    BalasPadam
  4. kemahin..bestnya dapat pengalaman test drive honda ni..Merah tu menawan sangat aihhh

    BalasPadam
  5. best pulak ciri2 baru honda ni...kalau ada rezeki lebih boleh la beli sebiji

    BalasPadam
  6. bestnya weh dapat pandu uji ni. macam mana nak jadi terpilih ni hehe

    BalasPadam
  7. Model mobilHonda Jazz cukup keren dan saya bermaksud membeli Honda Jazz 2020.

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.