IBU SUMBER INSPIRASI PENGASAS 'SERI LADY'

IBU SUMBER INSPIRASI PENGASAS 'SERI LADY' | Salam. Disebalik kejayaan seseorang, pasti akan ada sumber inspirasi yang menjadi pemangkin semangat untuk kita terus berjaya. Seperti kisah yang Uyul nak kongsi dengan korang, kisah seorang wanita yang berjaya mencipta nama dalam dunia perniagaan, Puan Juzailah Shariff atau lebih selesa dipanggil "Ummy Ju". Jom ikuti kisah disebalik kejayaan beliau.


Ummy Ju merupakan pengasas jenama produk kecantikan. Baru berusia 39 tahun, beliau membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta  kesabaran hidup yang ditempuhi ibunya dalam mencari rezeki untuk membesarkan Ummy Ju dan adik-beradik beliau. Ummy Ju banyak belajar tentang erti hidup dan berusaha untuk mengubah kehidupan keluarganya. Setelah melihat susah payah ibunya, Puan Sharifah Rauzah, 68 tahun, Ummy Ju mula bekerja secara sambilan sejak zaman sekolah dengan bekerja dia kantin kilang. 


Memiliki susuk tubuh yang agak berisi, Ummy Ju nekad meneruskan perniagaan produk kecantikan "Seri Lady" ini. Berkat kesabaran dan semangat yang tinggi, Ummy Ju terus menjalankan perniagaan Seri Lady sehingga ke hari ini. Malahan beliau telah memiliki seramai 70 agen jualan yang sangat berkualiti seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.




Sifat rendah diri dan ketabahan Ummy Ju dalam menghadapi segala cabaran dalam hidup telah menjadi ikutan dan inspirasi sebahagian besar wakil jualan Seri Lady, justeru terus menjadikan Seri Lady terus mendapat nama dalam dunia kecantikan.








Sebagai membalas jasa dan pengorbanan ibunya, Ummy Ju telah menghadiahkan pakej umrah Ramadhan pada tahun 2019 kepada ibunya yang tersayang.


Ummy Ju merupakan salah seorang anak didik Azizan Osman (TITANIUM) bersama dua orang rakan kongsinya yang lain iaitu Nazira Shariff dan Ain Hamid.


Bersama suami tercinta Encik Zamri dan anak anak tersayang.


Ummy Ju merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik.

Gambar terkini Puan Juzailah Shariff, pengasas produk kecantikan jenama Seri Lady.



Untuk maklumat lanjut tentang Seri Lady, sila layari:







3 ulasan:

  1. dlm apa jua tindakan yg diambil mesti minta pandangan ibu kita dahulu..

    BalasPadam
  2. betul...walau dah kawen pun, ibu tetap paling utama dalam hati akak

    BalasPadam
  3. tahniah buat beliau kerana berjaya sampai ke tahap ni..

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.