PENGALAMAN KALI PERTAMA DI EMPEROR CINEMAS, R&F MALL, TANJUNG PUTERI
PENGALAMAN KALI PERTAMA DI EMPEROR CINEMAS, R&F MALL, TANJUNG PUTERI | Salam. Korang pernah ke R&F Mall tak? Uyul kali pertama jejakkan kaki ke R&F Mall dengan En Syahmi masa Uyul memenuhi jemputan majlis pembukaan Emperor Cinemas yang lalu. Boleh baca di entri http://www.uyulrosli.com/2019/08/emperor-cinemas-pawagam-hong-kong-mewah-yang-pertama-di-malaysia.html. Majlis bermula lebih kurang jam 8:00 malam. Kalau ikutkan tentatif, majlis bermula jam 7:00 malam untuk pendaftaran, tapi tentatif berubah pada saat akhir.. Uyul habis kerja jam 5:00 petang, balik je rumah terus mandi dan solat asar. Siap siap tunggu Syahmi jap, 6:00 petang Syahmi sampai. So kami terus ke R&F Mall yang terletak di Tanjung Puteri.
Sampai je di R&F Mall, Syahmi cari parking. Terus cari surau sebab Syahmi tak solat asar lagi. Selesai solat asar, kami berdua terus ke Emperor Cinema di Level 2 untuk sesi pendaftaran sebagai Media & Blogger. Selesai pendaftaran, kami turun semula ke surau untuk solat Magrib. Uyul dari rumah lagi dah ambil wuduk, so memang pesan kat Syahmi, azan je terus ke surau. Risau lah juga kot kot terbatal wuduk, makcik sorang nih dah siap makeup dari rumah. Masa dalam surau tu terjumpa Kak Sunah pule. Dia dah selesai dah sesi pertama jam 2:00 petang. Uyul pula sesi ke dua di sebelah malam. Borak borak, laaa rupanya dia duk melepak dengan Sis Lin dan Kak Ajan dekat San Francisco Coffee. Memang duta SF Coffee laaa mereka ni tau.
Selesai je Uyul dan Syahmi solat, terus kami naik semula ke Level 2 untuk selesaikan tugas hakiki seorang Blogger. Seperti biasa, kalau hadir sebagai Blogger, memangnya kamera kena bekerja keras sikit. Berbeza dari sebelum nih, kalau ke event Blogger, mesti tak banyak gambar Uyul, kalau ada pun duk selfie selpot je lah. Kali ini, ada Syahmi. Dia pulak memang jenis suka offer amik gambar Uyul, haaa hamekkk! Memang penuh gallery handphone.
Dalam pada kite duk sibuk selesaikan tugas tuh, Uyul ajar juga Syahmi footage footage video supaya Syahmi tahu footage yang macam mana Uyul perlukan kalau ada job yang memerlukan penghasilan video. Ini kali ketiga Syahmi ikut Uyul ke event Blogger. Hopefully dia dapat tangkap lah apa yang Uyul ajar. Katanya nak ceburkan diri dalam dunia blogging jugaa. Banyak juga lah gambar yang Syahmi tolong tangkap kan. Pemilihan angle yang Syahmi shoot pun agak baik juga nak compare dengan Uyul. Padahal Uyul nih dulu ex photographer kot. Tapi yela, betul juga orang cakap, kalau tak praktis, mana nak dapat hasil yang lebih baik. Kena selalu praktis. Uyul pulak dah lama tinggal dunia photography nih. Haihhh. Tapi takpe, dah niat nak comeback, lepas ni kita asah bakat kite ya.
So yeah, berbalik pada majlis pembukaan Emperor Cinemas, masa hari kejadian ada contest di mana apabila pengunjung upload gambar selfie di Facebook atau Instagram, pengunjung berpeluang menyertai Lucky Spin dan rebutkan peluang memenangi pelbagai jenis hadiah. Uyul pun tak lepaskan peluang nak menang Lucky Spin, ehh tup tup kite dapat one scoop of icecream. Tapi kan tak tahu kenapa hari tuh Uyul tak claim terus ek. Padahal boleh je claim terus. Haihhh nampaknya ada sebab lahh ek nak ke R&F Mall lagi.
Selain Uyul, ada juga Blogger lain iaitu Ain dan Farah. Nyempatlah juga borak borak kosong kejap dekat Waiting Area. Masa nih Ain cerita dia nak park kereta dekat bahu jalan kawasan luar R&F Mall, tiba tiba pak polisi pulak duk buat ronda. Alaaaa Syahmi dah lahhh park dekat bahu jalan tuh. Sikit punya risau kena saman dengan polis, tapi mujur balik tuh check check tak kena saman.
Tepat jam 8:45 malam, movie Angel Has Fallen pun bermula. Kami semua dihidangkan dengan popcorn dan mineral water. Uyul dan Syahmi dapat seat J3 dan J4 nunnn jauh dekat atas sana. Kebetulan Kim pun dapat seat bersebelahan dengan Uyul. Haaa hape lagi kecoh lah kejap dua ketul nih ek. Senyap kejap lebih kurang 2 jam movie berlangsung.
Selesai je movie, kami terus keluar dan pulang ke rumah sebabnya Uyul dah rabak gila mengantuk macam hape. Itu pun menyempat lagi Syahmi nak amik gambar Uyul. Yelaaa kita layankan lahh dah dia rajin nauuu!
Angel Has Fallen Review
Pada 2013 Olympus Has Fallen, Korea Utara adalah musuh Amerika; susulan ke atas Islamophobic 2016, London Has Fallen, mengambil tindakan dengan pengganas Muslim melalui Pakistan. Kali ini, francais yang tidak sesuai menyasarkan Rusia. Atau lebih tepatnya, ia disasarkan oleh Rusia, yang telah membina ejen Perkhidmatan Rahsia Gerard Butler, Mike Banning atas percubaan pembunuhan Presiden Trumbull (Morgan Freeman). Di dalam perjalanan menangkap ikan dengan Trumball, gerombolan drone yang dilengkapi dengan perisian pengenalan muka menyapu semua larangan bar ejen. Dan apabila FBI menemui $10 juta dalam akaun luar pesisir di bawah namanya, dia terpaksa pergi berlari.
Filem ini membayangkan Banning dan isterinya, Leah (Piper Perabo), sebagai mangsa, yang mengatakan bahawa nilai-nilai Amerika yang mereka wakili - keberanian, kejujuran, peranan jantina tradisional dan kebanggaan negara - digambarkan sebagai di bawah ancaman. Butler meyakinkan kukuh sebagai Banning, tetapi politik filem itu goyah.
Korang kena tengok okay! Ramai ramai ke Emperor Cinema kalau nak merasa sendiri suasana pawagan mewah Hong Kong, the one and only in Malaysia.
wow..ajak akak tengok wayang jom
BalasPadamhahahahha...kelako masa tu, masa asar jumpa uyul...masa nak solat maghrib pun jumpa lagikkk...tak balik2 seketul kak sunah ni...mana tak parking sampai 15 hengget kene bayor! hahahahhaha!
BalasPadamcite angel has fallen tu macam cite designated survivor pun ada pada part awal penyerahan kuasa pemangku presiden tu ha...serius best dan suka gila cerita ni, not bad la...
best okay boyfriend suka amik gmabr ni. takyah suruh, pandai dah tgkp senyap2. kalau cantik tu lebar la senyum. kekadang gambar tah pape je hahaa
BalasPadam