SOFT SHELL CRAB DI YUZU JAPANESE RESTAURANT MEMANG UMPPPH MARVELOUS

SOFT SHELL CRAB DI YUZU JAPANESE RESTAURANT MEMANG UMPPPH MARVELOUS | Salam. Hai korang. Apa khabar semua? Entri kali ini Uyul nak share dengan korang aktiviti Uyul hujung minggu yang lepas. Pada Ahad 16 Julai yang lepas, Uyul telah berkunjung ke sebuah restoren makanan Jepun di Johor Bahru. Restoren yang sememangnya menyajikan makanan dari negara Jepun ini menjadi pilihan kami Blogger Johor untuk berkumpul. Soft Shell Crab di Yuzu Japanese Restaurant memang umppph marvelous, rugi lah bagi penggemar ketam macam Uyul tak cuba.


Uyul dah lama nak makan Soft Shell Crab. Punya laaa jakun, sampai tertanya tanya, ehh boleh ke makan kulit dia. Sebab selama nih memang gigih nak kopek kulit ketam. Sampai kadang tuh luka bibir sebab gigit je kulit tuh waakakaka. Kadang kadang nak makan seekor ketam pun amik masa sejam weyh. Walhal isinya alaaaa secoett je. 

SOFT SHELL CRAB DI YUZU JAPANESE RESTAURANT
Soft Shell Crab ini antara signature food yang baru diperkenalkan di Yuzu Japanese Restaurant. Of course lah kan kalau makan ketam jenis macam nih, tak payah nak buang kulit. Kunyah je terus dengan kulit kulit dia. Memang lembut betul weyh. Macam Uyul cakap lah, Uyul memang dah lama teringin nak makan Soft Shell Crab macam nih. Bila ada rakan blogger lawa untuk Uyul bersantap sepuas puas nya, haaa apa lagi, memang tak lepaskan peluang lahh.


Soft Shell Crab di Yuzu Restaurant yang Uyul makan digoreng dengan tepung dan dihidangkan bersama salad, timun dan baby tomato. Rasa Soft Shell Crab nih tak jauh beza pun dengan ketam yang biasa Uyul makan. Cuma ianya lebih manis mungkin sebab kulit dia yang lembut tuh boleh dikunyah begitu sahaja. Haihh masa update entri nih pun Uyul terbayang bayang kerangupan Soft Shell Crab nih tahu. Korang WAJIB cuba menu terbaru dari Yuzu Japanese Restaurant nih weyh.


HARGA SETIAP SET SOFT SHELL CRAB
Korang boleh refer harga setiap set Soft Shell Crab yang ditawarkan seperti tertera. Harga sangat berbaloi untuk setiap set. Memandangkan memang ketam berkulit lembut ini sememangnya mahal. Untuk satu kilo Soft Shell Crab yang mentah berharga RM30 tau. Memang mahal. Berderau dengar harga dia. Fuhh padanlah dengan rasa dia yang sedap dan rangup bila digigit.


SOFT SHELL CRAB (2PCS)
RM19.90

SOFT SHELL CRAB SHOYURAMEN (1PCS)
RM18.90

SOFT SHELL CRAB SET WITH CHAWANMUSHI (2PCS)
RM28.90

SOFT SHELL CRAB DON WITH CHAWANMUSHI (2PCS)
RM24.90

MENU LAIN YANG UYUL CUBA DI YUZU JAPANESE RESTAURANT
CHAWANMUSHI
RM4.90

TAKOYAKI (4PCS)
RM7.90

TERIYAKI SALMON HEAD
RM16.90

TERIYAKI CHICKEN CUTLET DON
RM13.90

TERIYAKI CHICKEN CUTLET DON
RM13.90

TERIYAKI CHICKEN CUTLET DON
RM13.90

YUZU SODA
RM8.90

SANTAI BERSAMA RAKAN BLOGGER
Uyul berpeluang bersantai di Yuzu Japanese Restaurant bersama 4 orang blogger yang lain iaitu Kak Eda, Kak Mar, Mama, dan Nona. Ada juga beberapa kenalan blogger dari Singapore yang lain. Wah memang seronok dapat makan dan chit chat dengan dorang semua. Maklumlahh jarang jumpa. Dapat jumpa pun bila ada aktiviti blogger sebegini.









JOM KORANG RAMAI RAMAI KE YUZU JAPANESE RESTAURANT


Yuzu Japanese Restaurant di buka setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 10:00 malam. Korang jangan risau, makanan dekat sini semuanya halal. No pork serve at this restaurant. Kebanyakan staff mereka pun melayu dan memang diiktiraf halal oleh JAKIM. 




22 ulasan:

  1. wahhhh.. nampak sedap...

    BalasPadam
  2. sedap kan soft crab..crunchy but soft..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aahhhh kak! ishh macam nak try lagi je. aduhhh aduhh.

      Padam
  3. wowww.. baru tau ada soft crab.. tak penah pulak jumpa dan try.. tp akak pn tak berapa suka mkn ketam sebab leceh nak kopek2 ketam tu.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhhh yg ni akak telan je hahahah. tapi kunyah dulu. wakakaka

      Padam
  4. Balasan
    1. ahahah kan dasat! kunyah je terus kahkah

      Padam
  5. ishh sedapnya...nanti kalau ke Johor boleh la cuba makan kat sini..harga pun not bad tuu..

    BalasPadam
  6. Sedapnya Uyul....Sedihnyaaaaa. Kenapa jauh sangat ni T_T.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah weyh memang sedap mai haha meh la ke johor

      Padam
  7. Aduhhhh terliur teruk di buatnya ni. Semua nampak sedap. Teringin nak mkn soft shell crab tu. Takoyaki punnnnnn!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah alooo jgn laa terliur. rasa berdosa pula. meh laa dtg johor uyul belanja kak ana.

      Padam
  8. Ok, ketam tu memang agree, lembut, semua boleh dimakan, ta tinggal sisa, hahahaa~
    Meh singgah balik
    http://nonasani.blogspot.my/2017/07/food-review-tarikan-hebat-makanan-jepun.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh ofcos nona nanti aku baca entri ko tau

      Padam
  9. Aduhh duhhh sedapnya... Tak pernah rasa lagi soft crab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik rose nanti kita pergi sekali eh tak pernah lagi kami jumpa ccik rose

      Padam
  10. sedap sesangat kan ketam tu..macam tak cukup hahaha
    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  11. assalamualaikum uyul...memang sedap kn makanan yg disediakan di sini...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  12. assalamualaikum uyul...memang sedap kn makanan yg disediakan di sini...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  13. Adoiii kecur tau tengok gambar makanan di waktu malam ni.lagi² makan jepun.alahaiii

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.