IPHONE 7 & 7 PLUS RED | MENGANCAM SANGAT AWAK

IPHONE 7 & 7 PLUS RED | MENGANCAM SANGAT AWAK. Wahhh, 24 Mac tuari, kemain timeline Facebook penuh pasal iPhone 7 Red yang baru dilancarkan. Sememangnya Uyul dari dulu pengguna iPhone, sejak iPhone 4S lagi. Dan iPhone 4S tuh masih elok lagi weyhh. Dah jadi hak milik Mak sekarang nih memandangkan Uyul dah beli iPhone 5S.  Kiranya hampir 6 tahun lah Uyul menjadi pengguna Apple.




Apa yang bestnya menggunakan smartphone iPhone berbanding peranti lain? Bagi pendapat Uyul, iOS iPhone yang mudah dan tampil old school tuh yang buat Uyul tak nak bertukar ke peranti lain. Nak nak Uyul nih tak suka nak godeh godeh sangat. Lagi satu, iPhone nih dicipta sememangnya lengkap dengan tahap keselamatan yang tinggi. Apps Find My iPhone antara satu fungsi keselamatan yang ada. Cuma yang gediknya, Apple device punya nih tak nak ada pirate pirate. Lagu ke gambar ke tak boleh nak Bluetooth eh. Cuma yang terbaru ada fungsi Airdrop je lah. Tuh pun antara iPhone je boleh. Ahh itu tak ada masalah sebab Uyul dah pro guna iTunes ke iTools ke. Hahahah. Berkat Encik Merah ajar lah nih dulu dulu zaman berchenta. Selain saiz dia yang mesra tangan debab Uyul nih kan dan rekaan dia yang memang tampak eksklusif lagi lahhh memang iPhone ni mahal sebab brand Apple dia, itu yang jatuh cinta dari dulu sampai sekarang. Hahaha.




Spesifikasi iPhone 7 Red didatangi dengan 2 pilihan yang bersaiz 4.7 inc display untuk iPhone 7 dan 5.5 inc display untuk iPhone 7 Plus. Untuk iPhone 7 berkapasiti 128gb harganya adalah RM3699 dan kapasiti untuk 256gb berharga RM4199. Manakala untuk iPhone 7 Plus, kapasiti untuk 128gb berharga RM4299 dan kapasiti 256gb berharga RM4799. Okayy boleh telan air liur kejappp hahaha.


Macam biasa, apa yang ada dalam kotak iPhone nih? 
Korang akan dapat Earpod, USB Cable, USB Power Adapter dan jugak 3.5mm Headphone Jack Adapter.


So, iPhone 7 Red keluar nih, ingatkan nak beli lahh kan. Sebab Merah adalah my favourite color. Hahaha. Mengancam sangat laaahh weyhh. Tapi ongkosnya pun mengancam jugak tuh. Bukan apa, Uyul nih jenis kalau nak sesuatu barang tuh, memang kumpul duit sikit sikit sampai cukup baru lah beli. Macam iPhone 5S nih, 5 bulan jugak lah kumpul duit tiap bulan RM200. Beli secondhand je pun. Tapi tengok harga iPhone 7 nih, weyhhh boleh beli lens DSLR weyh. Hahaha. Napsuuuu napsuuu semuanya.





Ehem, ada sesapa nak belanja Uyul tak? Hahaha. Adoi, tapi bagi yang berkemampuan tuh mungkin tak ada masalah nak beli, beli lahh. Uyul? Hahahah. Ada lah lebih baik Uyul simpan duit weyh. Nak upgrade lens, nak angkat 35mm dan 50mm STM nih. Wakakaka.

Harga iPhone dah boleh buat muka kereta katakoooo. Toksahlahh berangan Uyul.





20 ulasan:

  1. MIL kak ana baru je beli sabtu lepas. Menangis tengok šŸ˜…

    BalasPadam
  2. Tak mampu la beli.. heheheh mahai bebenor...

    BalasPadam
  3. Apasal seksi sangat ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn kemahinn dia seksi betul adududud

      Padam
  4. janganlah goda saya juga hahaha

    BalasPadam
  5. Kalau himpun duit ni boleh bayar nak ke umrah harga sebiji iPhone..nafsuuuu sangat tengok gajet kan?

    BalasPadam
  6. Kenapa iPhone 7 ni tak full body warna merah...cuma belakang je...kalau full body merah...cun woo...hehe

    BalasPadam
  7. Nak seketol iphone merah

    BalasPadam
  8. assalamualaikum uyul...wah cantik colornya..;)
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  9. Positive site, where did u come up with the information on this posting?I have read a few of the articles on your website now, and I really like your style. Thanks a million and please keep up the effective work. Spyic promo codes

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.