[PART 1] : LEGOLAND 5TH BRICK-VERSARY | WATERPARK

[PART 1] : LEGOLAND 5TH BRICK-VERSARY | WATERPARK. Salam. Hai semua apa khabar kalian di sana. Ehh macam dah lambat sangat je nak share dengan korang kemeriahan Uyul raikan birthday ke 5 Legoland. Actually Uyul dah pernah pergi Legoland masa awal awal pembukaannya. Tak silap tahun 2013. Masa tuh pergi dengan Mak Abah dan adik adik semua. Cumanya masa tuh tak banyak lagi permainan dia. Waterpark pun takde lagi so tak lah meriah mana.



Untuk trip ke Legoland kali ini, Uyul datang as a media atas jemputan Legoland, Malaysia. Ya Allah masa dapat email tuh, rasa nak menjerit pun ada tau. Ye lahh sekali 4 tiket Legoland sponsor mahu tak happy. Yang bestnya Combo Ticket. Boleh masuk Waterpark dan Themepark! Yahuuu.


Tiket tersebut valid dari 21 Ogos sehingga 30 September. So Uyul decide pergi minggu lepas which is 24 September. Yelaaa Ahad kan cuti, senang sikit nak berjalan jalan. Kang semata mata nak amik cuti buang karennn je orang cakap. Hmm 4 tiket tuh, Uyul bawak Dekna, Adik dan juga en.Merah aka pakcik sorang tuh, Redza lah siapa lagi. 4 tahun lepas pun pergi dengan dia jugak. Kali nih pun angkut dia jugak. Hahaha. Hadoi.

So kami gerak dari Batu Pahat jam 7 pagi. Sampai JB around 8:30 pagi. Amik Redza dekat Skudai then terus direct ke Legoland. Sampai Legoland around 9:15 pagi macam tuh. Parking pun kosong weyhh. Awal betul kami sampai hahaha. Kami breakfast pun dalam kereta tau. Drive thru mcd je.


Sampai je kat kaunter, redeem tiket pukul 9:30 pagi macam tuh. Then Uyul decide nak pergi Waterpark dulu. Memang nak berkubang habis habisan ahh. Sebab dah lama rasanya tak pergi waterpark.


Masa redeem tiket tuh, ada satu goodies bag dalamnya ada tiket dan beberapa keping flyers. Dan ada sekeping Legoland ORIGINAL okayy! Kalau pergi awal sikit, mesti dapat Legoland Ayam macam kakak kakak yang lain tuh Kasih Juju, Kisah Si Diary, Maszull, Ceritera Ibu dan Sislin76.


Typical Uyul sangat tau. Memang wajib posing depan kaunter macam nih hahaha.
Excited betul muka tu tau.




 Taraaaa tiket kami. Dengan rakusnya jomlah kita berjimba!


Muka excited nak masuk Waterpark tapi pergi masuk ke Themepark pulak. Hahaha. Naseb baik tiket boleh keluar masuk tauuu.


Ini lah dia partner in crime kite since 2011.




Uyul tak try semua pun sebab ehh seriyau betul lahh. Dia yang penat nak menapak naik tangga tuh weyhh. Tinggi bebenor. Uyul cuma try Splash-N-Swirl & Wave Rider je.






Masa nih masing masing jakun tengok lego, apa lagi masing masing nak tunjuk bakat lah hasilkan kapal laut masing masing. 




Nampak macam kukuh je kan adik punya kapal tuh, sampai pertengahan hancur terus langgar tembok. Hahahaha. Kemahin betul muka dia nak lepas kan kapal tuh tau.


Posing dengan kembor nih wajib tau haha. Tapi Dekna kurus sikitlahh dari Uyul. Uyul memang gemok gedempol hahaha. Ini kejadian lepas berkubang dekat slide tuh. Kitorang nak pergi berkubang pantai tiruan tuh weyh haha.


Around 1130 pagi macam tuh, Uyul dengan Dekna naik changing room nak siap siap. As usual perempuan memang lambat kan kalau bab bersiap tuh, so kami biarkan yang bujang bujang main air lagi. Lepas je siap siap, nak masuk Themepark pulak. Nantikan next entri Uyul ye. Uyul share pengalaman tersebut di entri lain. Kang penuh satu entri, tak syok pulak! Hahaha

Thanks for reading gais, jangan lupa tinggal komen!



Regards,
Uyul Rosli / Uyul Cantik.

10 ulasan:

  1. lau ada tiket free lagi..share ngan hakak no yul hihi

    BalasPadam
  2. bestnya uyul!dpt tiket freee!!

    BalasPadam
  3. Bestnyaaaa dapat pergi legoland. Hari tu akak lalu jeer tak singgah. Hehe

    BalasPadam
  4. Wow bestnya kak uyul pergi legoland

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum uyul...wah !! Seronok nyer berjimba di legoland water park yer...

    BalasPadam
  6. untung sangat dapat tiket free.memang terlebih enjoy lah :)

    BalasPadam
  7. Seronoknya pergi legoland , tak tahu bila wani nak sampai sana (':
    Datang dari AFBdotmy (:

    BalasPadam
  8. untungla dapat sponsor. tiker mahal tu nak masuk huhu

    BalasPadam
  9. macam nak pegi lagi je...bila legoland nak bagi tiket lagi ni...heheh

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.