GENAP 3 TAHUN DARI RM5 KE RM50 SEMINGGU

GENAP 3 TAHUN DARI RM5 KE RM50 SEMINGGU | Salam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Penantian selama ini berbaloi. 3 kali submit loan tak lepas, 3 kali juga Uyul giveup. But for now dah boleh senyum lebar sikit. Yes, genap 3 tahun sebenarnya Uyul menunggang motorsikal ke mana mana. Dan tak sangka, dalam bulan yang sama juga Uyul bakal memandu kereta pula. Yeah September bulan kemenangan. Alhamdullillah.


Actually sebelum ini, Uyul dah submit loan untuk Perodua Axia, Proton Saga, dan Perodua Myvi. Malang sekali, income below par! Maksudnya memang tak layak langsung lahh tuh nak buat loan kereta. Belum lagi Uyul sangkut dekat CITOS. Tambah pulak Uyul memang tak mengharapkan ada orang akan tolong Uyul untuk dapatkan sebuah kereta idaman. So Uyul bersabar je lah.

Kalau nak ke mana mana, Uyul memang akan sewa kereta ataupun pinjam kereta adik adik Uyul. Tapi sampai bila? Sampai bila nak menyewa? Nak mengharap bantuan orang lain? Kos sewa kereta pun dah boleh bayar ansuran sebulan sebuah Honda City idaman kalbu. Yela, sehari sewa RM100. Kalau sebulan sewa sampai 7 hari? Tak RM700? Itu belum minyak dan tol lagi.

Nak dijadikan cerita, ada sorang lecturer Uyul nak jual kereta dia. Proton Saga BLM tahun 2010. Bermakna, akan ada balance lagi 2 tahun untuk habis bayar. Lepas berbincang dengan Madam, Uyul memang dah decide nak juga amik kereta nih. Balance around RM10k lebih macam tuh dan deposit dalam RM4k. So total dalam RM15k within 2 years. Loan ke? No, Uyul deal untuk sambung bayar term. Alhamdullillah, Allah permudahkan urusan Uyul. Ye laa kalau refinance dan masuk loan under Uyul memang tak lepas jugak lahhh. InshaaAllah penghujung 2019, habis bayar dah. Ya Allah bersyukur sangat sangat.

Apa yang best, kereta Madam masih cantik masih cun, tak pernah terlibat dengan major excident. Cuma pernah kena hentam dengan kereta dekat parking tapi dah ketuk, dah cantik semula. Kebetulan bulan lepas adik Uyul ke KL dan dah pun tengok keadaan kereta, lagi bertambah percaya lah yang Uyul buat keputusan yang betul.

Rezeki. Yes, its about rezeki. Finally. Dapat juga Uyul pegang stereng kereta instead of handle motor. Pergi kerja dah tak berhabuk berasap lagi dah. Dah tak payah nak sewa kereta dan meminjam lagi. Lagi boleh tumpukan pada komitmen kereta pulak. Subhanallah, perancangan Allah memang sangat baik.

Cuba korang fikirkan, kalau beli kereta baru, terang terang lagi 7 atau 9 tahun baru habis komitmen. Belum lagi nak renew roadtax dan insuran saban tahun. Beli kereta sambung bayar nih? Uyul cuma sambung 2 tahun lebih sahaja lagi. Roadtax dan insuran pun tak pening pening nak bayar beribu, dah cut cost dekat situ.

So Uyul, komitmen dah bertambah. Dari RM5 seminggu ke RM50 seminggu. Kena berjimat, kena fikirkan komitmen dulu. Dah tak boleh berhuhahuha sangat. Kena kerja lagi keras. Kena pulun buat job, kena rajin buat side income. Tak ada siapa nak tolong kalau sangkut bayar bulanan. Kamon, RM383 je sebulan.

Alhamdullillah. Esok kita jumpa ye Baby Jericho Rosales. Oh, nama Madam bagi kat baby nih hahaha. Comel betul.

25 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Bestnya dah pakai kereta..! Mmg rezeki aturan Allah tu cantik.. Kena reject loan, dapat yg memudahkan.. huu..

    BalasPadam
  2. wow. senyum lebar ler Uyul berkereta baru tu..kalau sambung bayar ni kena buat perjanjian utk keselamatan kedua2 pihak..good luck Uyul

    BalasPadam
  3. alhamdulillah....tercapai jugak yul,bukan nak bermegah dengan kereta sebenarnya..itu keperluan.Kerja macam uyul xkan nak naik motor ke hulu hilir.Jarak dekat boleh lagi..Jarak Jauh? Pinjam or sewa kereta? if anything happen kat kereta tu,owner kereta tak kesiankan uyul,tapi lebih kepada kereta tu,lepas tu yang nak menanggungnya uyul,kereta sendiri ok lagi..tak ralat mana..kan yul.Cuma uyul kena pastikan kereta tu elok,bukan apa,dunia sekarang ni banyak sangat penipuan yang kita sendiri tak tahu....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah uyul.. tahniah uyul.. rezeki uyul bulan ni.. kereta baru ke 2nd yg penting ikut kemampuan kite. jgn sbb nak ikut org or nak yg idaman sgt tp menjerut leher sendiri nanti. akak ni pun dah habis byr hutang kete 2 thn lepas, org ckp amik la kete baru.. tp pk komitmen baru nanti xpela, pakai kete lama pun ok jer janji tak membeban kan..

    BalasPadam
  5. Syukur .. alhamdulillah..
    Semoga dipermudahkan semuanya utk uyul

    BalasPadam
  6. wah...uyul da dapat kete baru....bestnyer...tahniah uyul

    BalasPadam
  7. Tahniah.
    Boleh melangkah jauh lagi lepas ni.

    BalasPadam
  8. Wow bestnya ada kereta baru.. tahniah ;)

    BalasPadam
  9. wahhh tahniah uyul..akhirnya..semoga urusan dipermudahkan..dah ada kereta sendiri makin banyak la dia buat magic..hahahaha

    BalasPadam
  10. Congrats Uyul, hihihi bestkan dapat pegang stereng, tambah2 stereng keta sendiri :)

    BalasPadam
  11. Tahniah uyul.. waa lepasni makin mudahla pergerakan uyul

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..dapat kereta

    BalasPadam
  13. wahhhh...untungnya jumpa orang yang kenal, boleh sambung bayar...its is very good ooportunity! congratz uyul...

    BalasPadam
  14. Tahniah uyul....tumpang hepi. Bukan rm5 ke rm50 seminggu juga tp kena ready fulus untuk baby baru uyul ni tau....happy for u sista..:)

    BalasPadam
  15. Wuhuuuuu, bertambah aktif dan cergas nampaknya !
    Pnajang nama Baby awok ehh~
    Tahniahhhhhhhhhhhh, teruskan usahaa

    BalasPadam
  16. Tahniah uyul. Kumpul harta masa muda2

    BalasPadam
  17. Tahniah uyul..boleh pergi sana sini dah

    BalasPadam
  18. wahhhhh.. macho kete Uyul!!!
    Hati2 memandu tau

    BalasPadam
  19. dh ada kereta sendiri tu jom kita ngeteh kat KL hehe

    BalasPadam
  20. tahniah uyul..samalah dengan akk...tak lepas lagi nak beli kereta...memang dok pikir konsep ginilah...kena cari sapa yang nak jual kereta tetapi secara sambung bayar bulanan....

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah. yang penting dah ada kereta dan senang nak bergerak ke sana sini.

    BalasPadam
  22. assalamualaikum uyul..tahniah2 yer dah dpt bby baru la...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  23. assalamualaikum uyul...fuyoo baby baru la...tahniah2 uyul sbb dpt pegang stering yer..
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  24. tahniah uyul , impian adi kenyataan , walaupun kereta second , tapi masih elok lgi . Baby Jericho Rosales milik uyul

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.