SECRET ADMIRE VS CRUSH | PERLU KE CONFESS?
SECRET ADMIRE VS CRUSH | PERLU KE CONFESS? Salam. Amboi 1st September dah masuk topik cintan cintun ye Uyul. Okay entri kali nih takde nak panjang lebar. Kita straight je ke topik paling hangat masa kini. Kahkahkah. Hangatlah sangat. Eh, korang tahu tak apa beza Secret Admire dengan Crush? Actually kan, Uyul dulu pun macam tak dapat beza ehh Secret Admire nih apa, Crush nih macam mana pulak.
Secret Admire nih maksud dia peminat misteri gituu. Acah acah macam ada orang minat kita dalam diam. Ada tuh siap bagi bunga lah coklat lah. Haaa jangan tak tahu, Dekbil baru je cerita petang tadi ada orang bagi dia tote bag. Tapi dia tak tahu siapa yang bagi kat dia. Eceh katanya masa dia pergi seminar ke apa tah, tertiba dapat satu kotak misteri dekat seat dia dalam dewan tuh. Yang pasti memang ada orang sengaja bagi kat dia. Wowww! Serius best. Apahal Uyul tak pernah ada peminat misteri nih?
Crush nih pulak maksud dia, orang yang kita suka dalam diam. Wuuu, berani minat dari jauh ke tuuuu. Haaa baik ngaku, korang ada Crush tak? Kahkahkah! Hmmm Uyul ada crush ke tak eh?? Hahaha. Bersepah Crush Uyul tau. Jap list kan jap. Well of course, Syafiq Kyle, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Syafiq Farhain ehhh tertiba banyak pulak nama artis yang terkeluar. Kahkahkah. Eh please lahh Uyul berangan tak sudah.
Okaylah sejujurnya Uyul ada Crush kat someone nih. Tapi dah lama hoi. Masa tuh masih couple lagi dengan Redza. Perghh gila kau dah ada boyfriend lagi nak pandang orang lain. No laa itu bukan dikira curang eh. Sebab kita Crush gitu gitu je pun. Yes, kita tak boleh paksa hati kita untuk suka orang dan kita tak boleh paksa hati orang untuk suka kita kan?? Macam tuh jugak dengan Crush Uyul nih. Dah pernah teradore dengan dia nak buek camano. Tapi ofcourse lah tersuka tuh bersebab. Mana ada orang suka tak bersebab. Tapi I'm not gonna to share with you gais hahahaha sorryyy. Someday Uyul cerita about HIM okay?
Well topik dia sebenarnya, perlu ke confess kita suka kat seseorang tuh? For me laaa isu crush nih ramai je yang hadapi. Sometimes kita suka kat orang, tapi kita tak boleh nak luah mungkin sebab she or he dah ada gf/bf kan? Atau mungkin kadang kadang rasa tak layak pun untuk Mr Crush tersebut. Yelaaa yang kau pergi Crush putera raja apahal? Memang tak laaa dapat hahahah. Actually kalau rasa korang pernah suka kat dia, just bagitahu je lahh kat dia. Buat apa nak sorok pendam pendam. Buang masa je weyh.
Kes Uyul nih, Uyul after 3 years baru confess. Itu pun sebab dapat peluang keemasan kahkahkah. And masa Uyul confess, Uyul dah pun single selama 2 tahun lebih. So takde isu curang ke menggatal ke eh. Atleast ada juga peluang untuk kita luahkan isi hati nih. Ecehhhh. Weyh sumpah malu. Okay malu lahhh. Amende lahh aku pergi confess macam tuh. Hahaha. Uyul kan sebenarnya tak mahu cerita cuma excited nak cakap kat korang, best sebenarnya dapat luah kat Crush kita tuh yang kita pernah suka dia. And the best part is bila dia langsung tak reject kita. I mean masih laaa ada peluang kan kan kannnnn. Hahahaha kenapa Uyul gatal nih??
Yang ada Crush tuh pergilah berani kan diri confess kat Crush korang. Atleast korang dah cuba dah. Kena reject tuh sakit sikitlah. Haha, Uyul dah 27 tahun kot, baru terhegeh hegeh nak confess. Fulamak gila malu hoi!
Maaf lahh entri kali nih macam tak sampai je kan input dia. Hahaha. Eh sebelum tuh nak bagitahu sesiapa yang mungkin pelik apa hubungan Uyul dengan Redza. Setelah mengalami proses MOVE ON yang panjang, and now we declared as Business Partner. Memang tak boleh sampai tahap nak sambung balik percintaan yang sekerat jalan tuh. Kita cuma selesa jadi partner je cik kak. Dah tak sanggup Uyul nak tunggu dia dah sampai takde dah perasaan apa apa pun. Cisbedebahhh. Hahaha
Eh, doakan ada good news. Haa boleh makan nasi minyak Uyul awal sikit!
Regards,
Uyul Rosli
- urcrush -
Selalu crush kat artis jela hahah kat orang biasa ni nan hado sebab malas kang dah tercrush tersegan2 pulak depan dia malas nak layan perasaan sendiri hekhek
BalasPadamHehe.. kinah dulu pun pernah luah pada crush tapi kena tolak sebab secret admire kawan baik crush.
BalasPadamFuh cite pasal crush ni. Masa takde pakwe dulu ada la crush sorang. Mai jenis confess je, tak cuba tak tahu kan..
BalasPadamMalangnya kena reject. Phewww. Takpelah.. At least tahu la awal kena moveon cepat.
Thennn... My bestfriend confess pula.. Rasa tak nk tp cuba la try terima. Yes, rasa sayang tu mmg boleh dipupuk sebenarnya. Dah jatuh cinta bebetul dah.
Lawaknya crush my yang dulu tu masih perasan mai suka dia sampai sekarang. Siap awek dia ajak bermusuh lagi. Bengong. Bahahahahaha. Orang dah move on lama dah... Dah bahagia dah. ��.
Crush ni kadang2 buat time2 single tu lebih bersemangat.. Konon la haha..
BalasPadamNak confess dekat crush ni memang seram.. kadang2 rasa macam tak layak la, takut kena reject la..
Terpaksa la berhuhu
Dulu pernah ada crush kat someone ni . Hampir setahun tapi x luah2. Tiba2 dpt taw dari org lain dia nak kawen da. Marilah kita berhuhu jer.huuu
BalasPadamSmga uyul ada good news n jangan lupa ajak kenduri taw. Hee
ooo baru tau..selalu blur-blur je sebab mak orang ni kawan sekerja kebanyakkannya generasi Y
BalasPadamdulu pernah crush ngan Liyana Jasmay, sekarang dah menyesal.
BalasPadamkalau boleh taknak jumpa crush
BalasPadamassalamualaikum uyul...semoga uyul akan bertemu jodoh yg terbaik nanti...
BalasPadam** Mama Maszull
Dulu masa belajar pernah ada crush. Tapi tak pernah lah luah sebab dia pun dah ada gf.
BalasPadam