LASER TREATMENT DI SKIN GYM MEDICAL CLINIC | PENGALAMAN PERTAMA UYUL

LASER TREATMENT DI SKIN GYM MEDICAL CLINIC | PENGALAMAN PERTAMA UYUL. Salam. Hai hai hai semua. Siapa pernah dengar pasal Laser Treatment? Actually last week Uyul telah ke Skin Gym Medical Clinic yang terletak di Taman Sutera Utama, Skudai, Johor Bahru. Laser Treatment di Skin Gym Medical Clinic pengalaman pertama Uyul yang sangat sangat Uyul nantikan selama nih. The best part is memang muka Uyul tengah breakout habis. Dah habis ikhtiar dengan skincare apa semua, tapi parut masih ada.



So firstime nak cuba rawatan laser, memang lah cuak kan. Paling takut kalau kulit terbakar ke apa kan. Takut sangat sangat kalau ada downtime ke. Ohh yes downtime tuh maksud dia, kesan daripada rawatan laser iaitu kulit muka akan jadi kemerah merahan, mengalami pengelupasan kulit, keluarnya bintik bintik hitam dan sebagainya. Actually gambar kat bawah nih dah lebih kurang sebulan yang lalu. Terdapat kesan parut jerawat yang baru 3 bulan di dahi dan parut radang di bawah bibir tuh hampir setahun. So far parut dia da pudar sikit lepas buat rawatan laser minggu lepas.



Sebelum melakukan rawatan laser, Dr Yap telah memberi consultation secara percuma untuk mengetahui masalah kulit wajah Uyul. Oh baru Uyul tahu, rupanya kulit Uyul mengalami Post Inflammantory Hyperpigmentation (PIH). PIH ini terjadi disebabkan melanin yang berlebihan pada kulit yang terjadi akibat peradangan. Oh yes Uyul baru teringat, memang kulit bahagian tuh pernah luka teruk dan silap Uyul pi sapu krim apatah sampai tinggalkan kesan hitam bawah bibir tuh.

Sebelum memulakan rawatan, Dr Yap telah memberi sedikit penerangan pada Uyul sebelum proceed untuk buat rawatan yang macam mana. Rawatan laser membantu mengawal minyak dalam kulit, mengecutkan pori pori dan membantu mengawal pigmentasi pada wajah kita. Okay basically, dekat Skin Gym Medical Laser ada 3 jenis rawatan laser which is Q-Switch Laser, Carbon Laser dan Fractional CO2 Laser.

APA ITU Q-SWITCH LASER?
Firstly, Q-Switch Laser membantu mengecutkan kelenjar minyak pada wajah kita. Dengan rawatan ini, ianya akan mengurangkan minyak yang keluar dari kulit kita. Justeru, ianya akan mengurangkan minyak tersumbat yang akan menyebabkan pengumpulan whitehead atau blakhead di wajah kita. Dan yang paling best, rawatan laser ini akan membantu mengurangkan jerawat yang keluar. Of course lahh kan. Kulit dah bersih, nak keluar jerawat apa lagi.

Secondly, Q-Switch Laser membantu merangsang kulit kita untuk mengeluarkan kolagen yang baik untuk kulit wajah. Apabila kita melakukan rawatan laser, of course lahh sel sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel kulit mati yang telah di laser. Basically, sel sel baru yang keluar ini akan membantu mengecilkan pori pori kita dan paling penting akan memudarkan parut jerawat yang sedia ada. Hamekkk kau ploles lahh lepas nih maigoddd.

And lastly Q-Switch Laser membantu memecahkan Melanin yang terdapat dalam kulit kita. Menurut Dr Yap, dalam keadaan normal, melanin dihasilkan secara teratur oleh sel melanosit. Melanin berfungsi melindungi kulit dari sinaran matahari yang dapat merosakkan struktur kulit, dan kulit akan menjadi gelap. Melanin sangat berguna melindungi kulit terhadap penyinaran sinar ultra violet. Apabila terlalu banyak sangat Melanin yang terjadi sehingga tidak terkawal, ianya menyebabkan pertumbuhan jeragat dan jerawat. Haaa itu pasallah muka pun banyak bintik bintik hitam.




APA ITU CARBON LASER?
Well, Carbon Laser ini menggunakan equipment yang sama dengan Q-Switch Laser. Cuma bezanya, untuk rawatan yang ini, Carbon akan disapu pada wajah dan dibiarkan meresap selama 15 ke 20 minit sebelum rawatan laser dimulakan. Ianya berfungsi untuk mengawal minyak selepas rawatan ini dilakukan. Untuk rawatan Carbon Laser of course lah lebih mahal daripada Q-Switch Laser which is satu rawatan Carbon Laser boleh buat beberapa rawatan Q-Switch Laser. Tapi untuk masalah kulit Uyul, Carbon Laser perlu dilakukan setiap 2 bulan sekali dan in between boleh buat beberapa kali Q-Switch Laser.

APA ITU FRACTIONAL CO2 LASER?
Fractional CO2 Laser ialah rawatan yang menggunakan teknologi Carbon Dioxide berfungsi untuk membuang parut parut jerawat. Teknologi ini menggunakan sinar mikro tenaga laser untuk menembusi dan memecah tisu kulit melalui epidermis. Tubuh kita secara semulajadi menyembuhkan dan semasa proses itu berlaku, tisu baru yang sihat akan tumbuh untuk menggantikan kawasan yang terjejas yang telah menjalani rawatan. Haaa macam masalah kulit muka Uyul lah. Parut dia fuhh kemahin lama tau bertapa kat muka. Hampir 1 tahun. Well actually tak sabar nak tunggu next appointment since minggu lepas Uyul baru buat rawatan Carbon Laser.

Haaa untuk rawatan Fractional CO2 Laser, memang akan ada downtime selama seminggu sehinggalah peel off dan lepas tuh kulit korang flawless habis. Antara kesan downtime Fractional CO2 Laser korang boleh refer gambar kat bawah nih.




Haaa, korang dah paham kan apa beza ketiga tiga jenis laser tersebut?


PENGALAMAN KALI PERTAMA DENGAN RAWATAN CARBON LASER
Hasil dari consultation dengan Dr Yap, Dr Yap telah mengesyorkan untuk Uyul jalani 2 jenis rawatan laser which is Carbon Laser dan Fractional CO2 Laser. So on that day, Dr Yap terus nak buat rawatan Carbbon Laser. Tapi actually Uyul masih takut takut lagi tau. Mahu tak takut. Kang terbakor kulit tuh, kemahin tau dia punya overthinking. Hahaha.


Nurse akan bersihkan wajah korang dari sebarang makeup yang melekat. Actually Uyul masa tuh memang makeup berinci lah sebab tak expect pun akan buat rawatan hari yang sama. So lepas nih takde makna nak datang klinik dengan makeup bagai. Haha.





Lepas nurse bersihkan wajah Uyul, dia sapu krim kebas dekat muka nih so that masa laser nanti dapat kurangkan sedikit kesakitan. Then lepas tuh nurse sapu Carbon kat seluruh muka. Lebih kurang dalam 15 minit juga lah kena tunggu sebelum di laser. Auchh masa tuh dah berdebar debar dahhh awak.







Selepas 15 minit menunggu, Dr Yap memulakan sesi melaser muka Uyul. Cuak ni weyh cuakk. Okayy rasa dia macam kena gigit semut api je. And memang akan ada bau hangit sikit. Tak lama pun sesi rawatan nih. Hanya 15 minit macam tuh. Sepanjang proses laser dijalankan, Dr Yap akan tanya Uyul samaada sakit or tak, masih boleh tahan ke tidak. Sebab dia akan rasa panas sikit bila proses laser tuh dijalankan. Uyul bertahan gak lah dari awal sampai habis sesi tuh.


APA TINDAKAN SELEPAS MELALUI SESI RAWATAN LASER
After laser treatment, Nurse akan lakukan cooling session dengan membersihkan muka dari kesan Carbon dan sapu kan sunblock. Well, untuk pengetahuan korang, Dr Yap pesan, kita tak lakukan rawatan laser pun perlu pemakaian sunblock inikan pula kalau kita lakukan rawatan laser, of courselah kena pakai sunblock untuk menghalang terkena sinaran matahari. Uyul pulak memang dah amalkan penggunaan sunblock lepas kulit muka sunburn bila buat job wedding.

So korang memang kena rajin pakai sunblock okay!




Korang boleh tengok kulit muka Uyul selepas di laser. Haaa bawah bibir tuh kesan dari PIH iaitu Post Inflammantory Hyperpigmentation yang Uyul cerita awal awal tadi. Haaa lepas jer buat rawatan, Uyul menonong je keluar dengan naked face takde buh makeup apa pun. Bapakkk ahh rasa macam berbogel weh. Ye laaa boleh nampak muka macam hape lepas buat rawatan. Wakakaka. Lepas tuh slumber badak pergi makan kat mcd! By the way untuk rawatan Carbon Laser takde lah teruk sangat since takde downtime. Haaa tunggu ahh next treatment, iaitu Fractional CO2. Habis ahh seminggu berkurung! Hahaha.


KOD PROMOSI UNTUK PAKEJ RAWATAN  BERBALOI
Okay since rawatan laser nih memang agak costing sikit. Uyul nak hadiahkan korang pakej sekiranya korang pergi ke Skin Gym Medical Clinic dan mention nama Uyul Rosli. Pakej promosi yang ditawarkan adalah untuk rawatan Q-Switch Laser dan Carbon Laser.

Q-Switch Laser
Promo Price: RM99/session 
Normal Price: RM400/session

Carbon Laser
Promo Price: RM199/session 
Normal Price: RM500/session

Jangan lupa mention nama Uyul Rosli okay atau boleh contact Uyul kat WhatsApp 0137766426 so that Uyul boleh inform dekat Dr Yap and korang boleh dapat harga promosi! Harga promosi ini available untuk semua branch Skin Gym Medial Clinic.

Oh yes, harga untuk rawatan ni tak fix okay sebabnya menurut Dr Yap, Skin Gym selalunya akan ada harga promosi untuk newbie yang baru nak cuba rawatan laser.

SKIN GYM MEDICAL CLINIC DI PETALING JAYA DAN JOHOR BAHRU
Terdapat dua branch Skin Gym Medical Clinic yang korang boleh pergi untuk dapatkan rawatan laser ini. Satu di Petaling Jaya dan satu lagi di Johor Bahru.


 Skin Gym Medical Clinic 
104, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Operating Hours: Tuesday - Sunday: 10am - 8pm, Closed on Monday
+6010-8822811 / +607-5623630

 Skin Gym Laser Centre 
1, Jalan SS2/72, Petaling Jaya, 47300 Selangor
Operating Hours: Monday - Friday: 11am - 8pm, Sat/Sun/Public Holiday: 10am - 7pm
+6011-11338088 / +603-78659987



Layanan staff yang sangat friendly.

Ruang menunggu di Skin Gym Medical Care, Johor Bahru.


Antara Skincare Product dari Skin Gym.

Sijil yang diperakui sah untuk rawatan laser dan lain lain servis.



ADAKAH RAWATAN LASER MEMBAHAYAKAN?
Menurut Dr Yap, rawatan laser adalah teknologi terkini di Malaysia dan cara rawatannya selamat kerana ianya memang khusus pada masalah kulit. Bahkan sesi rawatannya juga dikendalikan oleh doktor terlatih yang pakar menganalisis masalah kulit. So, terpulang pada korang. Uyul awal awal pun rasa macam membahayakan sebab ya lah, kita mesti lah risau kan. Gigih jugak lahh Google apa kesan rawatan laser nih. So, Uyul akan jalani sesi rawatan laser selama 3 bulan which is 2 Fractional CO2 Laser dan beberapa kali rawatan Carbon Laser untuk mengatasi masalah kulit wajah Uyul.

So? Tepuk dada tanya selera. Beauty is pain awak. Memang akan ada kesannya sedikit sebanyak pun kan. Tapi itulah macam Uyul cakap, I do this treatment untuk rawat kulit wajah yang semakin kusam dan penuh parut jerawat serta parut kesan daripada PIH.

21 ulasan:

  1. Uitssss jauh beza dh. Blh pudarkan kesan parut. Menarik ni.

    BalasPadam
  2. Bestnya buat rawatan muka. Teringin nak buat..

    BalasPadam
  3. Wah bestnya uyul merasa pengalaman laser treatment..

    BalasPadam
  4. Wahhh lepas ni makin cun dan cantik lah uyul nan sorang ni. Org JB dan Sel boleh lah try skin gym ni kan. Harga pun murah sgt dah tu.

    BalasPadam
  5. Bestnya lepas ni muka boleh flawless. Ehhh muka Uyul kalau takde mekap macam Rafzan Tamomi! Hihi

    BalasPadam
  6. Wow..menariknya laser treatment ni

    BalasPadam
  7. da lama teringin mcm ni .. namun apakan daya...

    BalasPadam
  8. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://idblackwalet.com/sabun-muka-bopeng/

    BalasPadam
  9. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://idblackwalet.com/sabun-muka-bopeng/

    BalasPadam
  10. Tak sabar nak tengok muka uyul selepas kejadian nanti..harap semuanya ok je

    BalasPadam
  11. wow..mkin cantik la uyul..:)

    BalasPadam
  12. best ni dapat memanjakan muka pulak

    BalasPadam
  13. bestnya dapat buat laser treatment...kak liez klau nak buat..nak buat treatment buang blackhead/whitehead dan meruncingkan muka ini

    BalasPadam
  14. assalamualaikum uyul...bestnya kalau ada peluang nak cuba juga ni...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  15. Wah peloles lah uyul lepas ne ;)

    BalasPadam
  16. perghhh makin cun la tak lama lagi..

    BalasPadam
  17. Penerangan sebegini mmg bagus sebab rasanya ramai lagi tak tahu mengenai rawatan laser di muka ini. Terbaik kak uyul. :)

    BalasPadam
  18. i never know the use of adobe shadow until i saw this post. thank you for this! this is very helpful. disposable face mask manufacturer china

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.