TIPS : 5 CARA SEKAT NAFSU MAKAN
TIPS: SEKAT NAFSU MAKAN. Salam. Masalah obesiti di Malaysia khususnya untuk wanita amat amat membimbangkan. Statistik yang dibuat pada tahun 2013 menunjukkan bahawa 8.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan dan angkanya semakin bertambah. Justeru, obesiti merupakan masalah kesihatan yang menjadi ancaman rakyat Malaysia.
Antara sebab mengapa masalah obesiti ini tidak dapat dibendung adalah dengan pengambilan makanan berlebihan dan nafsu terhadap makanan yang tidak dapat dikawal. Terdapat berbagai cara untuk sekat nafsu makan kita yang mungkin boleh dipraktikkan bermula dari sekarang.
1. MENGAMBIL SARAPAN SETIAP PAGI
WAJIB untuk mengambil sarapan pagi sekiranya kita mahu kurangkan masalah kegemukan. Hal ini kerana, kita akan melakukan aktiviti sepanjang hari dan sarapan pagi wajib diambil supaya kita lebih bertenaga. Kalau nak tahu, waktu tidur merupakan waktu tubuh badan kita bekerja untuk memproses makanan yang dihadam. Justeru, apabila kita bangun pagi, kita pasti berasa lapar, dan kita tak patut membiarkan perut kosong sehingga waktu makan tengahari. Selain itu, mengambil sarapan pagi juga dapat membendung kita daripada makan berlebihan pada waktu makan tengahari. Haaa, kan bagus macam tuh.
2. MINUM AIR PUTIH MENGIKUT KEPERLUAN TUBUH BADAN
Ya! Yang ini wajib ye kawan kawan. Wajib untuk minum air putih dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh. Ada yang mengatakan, wajib untuk minum 8 gelas sehari bahkan ada yang kata minum 1 liter mengikut 25kg berat badan kita. Sekiranya berat badan seseorang 75kg, bermakna tubuh badannya memerlukan 3liter air. Sebenarnya, kalau kita rasa lapar, perut kita menghantar signal dehidrasi. Ada orang akan terus makan apabila lapar. Cuba lepas ini kalau lapar, terus minum air putih. Dengan cara itu, boleh mengurangkan nafus untuk makan.
3. PENGAMBILAN MAKANAN DALAM PORTION KECIL
Pengambilan makanan dalam portion yang kecil sangat sangat membantu untuk menyekat nafsu terhadap makanan. Menurut Kelvin Zahri, otak manusia adalah sangat kompleks dan cenderung untuk bekerja secara misteri. Ada cara untuk menipu otak manusia berfikir bahawa kita telah makan secara berlebihan menggunakan pinggan yang lebih kecil. Semakin besar pinggan, otak kita berfikir kita kurang makan. Jadi dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil, kita menipu otak kita bahawa pengambilan makanan kita sudah banyak dan terlebih mencukupi. Pelikk kan? Tetapi ahli psikologi telah mengkaji teknik ini dan mendapati ianya berkesan.
4. KUNYAH MAKANAN SEBANYAK 40 KALI
Kunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali merupakan satu tips yang sangat berguna. Ya, apabila kita mengunyah makanan dengan lebih lapar, kita sebenarnya telah menghantar signal ke otak bahawa kita telah makan dalam kuantiti yang banyak sedangkan portion makanan yang kita ambil adalah sedikit. Mengunyah makana sebanyak 40 kali merupakan salah satu sunnah Rasullullahh. Tiada dalil tentang mengunyah sebanyak 40 kali itu tetapi ternyata Rasullullah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah makan sehingga hancur membuktikan bahawa masalah kegemukan dapat di atasi.
Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dan mereka mendapati, orang yang mengunyah makanan dengan lebih lama iaitu sebanyak 40 kali berbanding mengunyah makanan sebanyak 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% pengurangan) untuk makanan yang sama. Ini bermakna, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya lebih lama.

5. KAWAL TEKANAN DAN LAKUKAN SENAMAN
Acapkali kan kalau kita stress, mesti kita nak makan. Tak kira waktu, ada je benda nak kunyah. Ya, kita perlu belajar kawal tekanan dan lakukan senaman. Banyak cara boleh kawal tekanan dan melakukan senaman ringan juga boleh mengawal tekanan kita. Sekiranya tiada masa pada siang hari, kita boleh melakukan senaman home workout pada waktu malam sebelum tidur. Tak lama pun masa yang di ambil. Cuma 20 ke 30 minit untuk mengeluarkan peluh.

Demikianlah 5 cara untuk menyekat nafsu makan. Harapnya dapat membantu korang semua yang ada niat nak kurus tapi tak tahu cara mudah sekat nafsu makan. Goodluck semua orang. Uyul masih on track lagi. Yahuuu--
JEMPUT BACA TIPS LAIN >>>>>
Nak sekat tapi asyik gagal je. Berat makin bertambah 😂😂
BalasPadamheheheehhe. kak ana, cuba lagi cuba lagiii
Padamkadang-kadang je ikut cara ni..heheh
BalasPadam~ Kisahsidairy~
alaaaa akak da kurusssss hahahah
Padamassalamualaikum uyul...teruskan usaha yer uyul...semoga berjaya...
BalasPadam** Mama Maszull
thank you mama aibiyuu
Padamhahaha sekarang nafsu makan melampau..
BalasPadam- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -
ahh akak memang tauu. lepas tuh hasut kami kami yg nak kurus nih hahahaha
Padamwuwuwuw..i tertekann
BalasPadamalaaa jgn la tertekan. jom laaa diet sekali. heeheh
Padamkena ikut oh tips nieyh. elsa makin lama makin bambam jugak hahaha. tapi bab senaman emmm macam liat je nak ikut. hakhakhak
BalasPadamhttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/gift-review-calendar-2017-from-blogger.html
heheheheheeh. jom elsa jomm
Padamwahh..kena ikut tips ni..
BalasPadamjom anum diet sesama. ahhahaha
PadamAdoi.. Seksa nak sekat.. hehehe
BalasPadamalooo namoh laa terseksa hehehe
PadamHehe.. tak mampu nak tahan la
BalasPadamcik tieee da kurus tak pe laa hahaha
Padamnak nagisss sebab x menjadi2 nk kurus... makanan sedap2 belaka
BalasPadam