SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 (PENGAMBILAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA)



SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 (PENGAMBILAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA). Salam. Ada yang apply untuk jawatan Pegawai Eksekutif Gred 41 tak? Dah boleh buat semakan atas talian ye kawan kawan.

Korang klik http://e-semakanntt.spa.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan.


Alhamdullillah Uyul dan Redza berjaya untuk menduduki peperiksaan online pada 20 September ini. Yayy semoga ada rezeki kami. Goodluck anak anak Rosli!




Dah lama tak jawab exam nih. Takut pulak kita. Ehhh tapi dah tak perlu takut. Korang semua nak tahu tak cara mudah untuk lulus exam online? Untuk pengetahuan korang, jawatan Pegawai Eksekutif Gred N41 ini sama sahaja format dan penilaiannya seperti PTD N41 atau PTN N41. Dan melalui pengalaman Uyul menjawab peperiksaan sebelum ini, memang perlu persediaan rapi kalau nak lulus. So Uyul nak kongsikan dengan korang apa persediaan sebelum dan semasa peperiksaan online ini dijalankan.

PERSEDIAAN SEBELUM DAN SEMASA PEPERIKSAAN ONLINE

PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN DIJALANKAN
Sebelum peperiksaan berlangsung, calon telah di maklumakan satu bulan dari tarikh peperiksaan dijalankan. Makluman daripada pihak LHDN ini sama ada menerusi surat,sms mahupun email. Antara tips persediaan sebelum peperiksaan yang boleh kongsikan adalah:

1. Pastikan anda membuat sedikit catitan untuk peringatan anda. Antaranya :-
  • Bila tarikh peperiksaan online dijalankan
  • Nama jawatan yang anda di panggil
  • Nombor angka giliran anda
  • Link/pautan web peperiksaan online
2. Pengatahuan dan isu-isu semasa
Seperti peperiksaan lain, sebagai calon peperiksaan online, sebaiknya anda membuat sedikit ulangkaji mengenai jawatan peperiksaan yang anda di panggil.

3. Buat ulangkaji mengenai:
Tugas-tugas dan fungsi jawatan yang anda dipanggil
Ketahui nama-nama menteri berkaitan,ahli kabinet, Raja-raja,Permaisuri,Yang Di-Pertuan Agong
Isu-isu semasa dalam dan luar negara
Tips mudah, anda faham dan anda tahu tugas dan jawatan anda, dengan siapa anda bakal berurusan jika menyandang jawatan tersebut.

Peka dengan isu-isu dua bulan sebelum tarikh peperiksaan online. Logiknya, penyedia peperiksaan tidak ada masa untuk kemaskini soalan-soalan dengan isu semasa yang baru berlaku seminggu sebelum tarikh exam dijalankan.


4. Akses internet dan bahan rujukan
Oleh kerana anda akan menghadapai peperiksaan secara online, maka anda kena membuat persiapan ini. Pastikan anda mempunyai akses capaian internet yang baik, tanpa ada ganguan. Penting,peperiksaan online spa ini, tidak mengkhususkan anda untuk hadir lokasi-lokasi yang telah ditetapkan untuk anda menghadiri peperiksaan ini. Anda boleh saja mengambil dan menghadiri peperiksaan online ini dari rumah.

Sekiranya anda tidak melanggan mana-mana perkhidmatan internet, anda boleh lah berkungjung ke pusat-pusat seperti cyber cafe, Pusat Jalur Lebar, perpustakaan atau mana-mana lokasi yang anda tahu ada menyediakan perkhidmatan melayari internet yang baik dan selesa untuk anda mengambil peperiksaan online.

5. Persedian mental dan fizikal
Pastikan anda menjaga kesihtan. Bayangkan anda sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan online, malangnya anda menghidap penyakit demam selsema. Sudah tentunya prestasi dan fokus anda akan terjejas sedikit dengan keadaan ini.

Perlu diingat, walaupun peperiksaan online ini, anda bebas untuk mengambil peperiksaan dimana-mana lokasi sahaja, namun masa menjawab peperiksaan adalah terhad. Anda kena gunakan masa untuk menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya.

Jika anda sedang bekerja, disyorkan agar anda mengambil cuti sehari untuk menghadapi peperiksaan online ini. Dengan ini, anda lebih bersedia dan fokus untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan kelak.

PERSEDIAAN SEMASA PEPERIKSAAN DIJALANKAN
Tahukah anda, semasa peperiksaan online SPA, anda bebas dan boleh membawa bahan rujukan semasa menjawab soalan peperiksaan?

Ambik kesempatan dan peluang ini, sediakan nota ringkas anda, dan jangan lupa untuk sediakan kalkulator untuk menjawab soalan matematik.


CONTOH SOALAN SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Bagi anda yang menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, terdapat beberapa bahagian di dalam peperiksaan tersebut yang kita akan lihat dengan lebih teliti. Kita akan melihat satu per satu bahagian-bahagian yang terkandung dalam soalan peperiksaan tersebut dan disertakan sekali dengan contoh-contoh soalan dan cara menjawabnya yang betul. Bahagian-bahagian atau seksyen-seksyen yang terdapat di dalam peperiksaan tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen A (Pengetahuan Am)
Tempoh masa: 40 minit
Masa peperiksaan bermula: 8:00 malam
Masa peperiksaan tamat: 8:40 malam

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
Tempoh masa: 50 minit
Masa peperiksaan bermula: 8:55 malam
Masa peperiksaan tamat: 9:45 malam

Seksyen C (Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) – Seksyen baru untuk 2017
Tempoh masa: 20 minit
Masa peperiksaan bermula: 10:00 malam
Masa peperiksaan tamat: 10:20 malam

Jom kita tengok contoh contoh soalan yang mungkin boleh membantu korang untuk jawab soalan exam Rabu nih.

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A: Pengetahuan Am
Untuk soalan-soalang terkandung dalam Seksyen A bagi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini, soalan-soalan dalam seksyen ini adalah soalan yang menguji anda atas pengetahuan am mengenai negara Malaysia secara am dan secara terperinci, dan ia juga termasuklah soalan-soalan yang bertanyakan mengenai keadaan sekeliling anda. Format soalan bagi Seksyen A: Pengetahuan Am ini dalam Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini adalah berbentuk soalan objektif atau aneka pilihan (multiple choice), yang mana anda harus memilih jawapan yang betul (A, B, C, D) bergantung kepada soalan yang ditanyakan.

Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Contoh-contoh soalan dalam Seksyen A: Pengetahuan Awam dalam peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini adalah seperti berikut:

1. Cukai kepenggunaan semasa adalah:
i. Cukai jualan
ii. Cukai pintu
iii. Cukai tanah
iv. Cukai perkhidmatan
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

(jawapannya adalah B. i dan iv)

2. Cukai Jualan diperkenalkan pada
A. 3 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 1 April 2015
D. 29 Februari 1972

(jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972)

3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

(jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan)

4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?
A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang

(jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)

DAPATKAN RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN GRED N41 SEKARANG!!
Okayy yang ini Seksyen A, kalau korang nak tengok soalan Seksyen lain, korang boleh ke CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED41 LHDN. Oh ye, kalau nak tahu lebih banyak contoh soalan, jom lah beli eBook! Uyul dah pun selesai submit order untuk persediaan sebelum peperiksaan Rabu ini.

Pergi ke SINI sekarang!!!!


TESTIMONI CALON YANG TELAH BERJAYA!




TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !


23 ulasan:

  1. Tahniah Uyul. Semoga berjaya ;)

    BalasPadam
  2. ade tips utk llus x..or apa perlu bca
    saya pn dpt..

    BalasPadam
  3. Sama lah kita. Kak ana, adik kak ana dan suami kak ana pun dpt. Good luck to all of us :)

    BalasPadam
  4. all the best yul..mana tau ada luck kali ni

    BalasPadam
  5. Hi, I pun ada apply for this position but through careerhasil and bukan spa, but dalam hasil x ada lagi info?

    BalasPadam
  6. assalamualaikum uyul...gud luck uyul...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  7. Ramai juga dapat panggilan exam online LHDN tahun ni ye, good luck semua.

    BalasPadam
  8. Good Luck Uyul & Redza..Moga berjaya terpilih jadi penjawat awam..Aamiin

    BalasPadam
  9. Tahniah dan good luck uyul

    BalasPadam
  10. Nanti jgn lupa dapatkan rujukan, ada jual online nanti. Saya in sha Allah akan beritahu nanti

    BalasPadam
  11. Tahniah!
    Semoga dipermudahkan, in shaa Allah

    BalasPadam
  12. gud luck uyul! busyra doakan uyul berjaya nnti..

    BalasPadam
  13. Tahniah semoga berjaya .

    BalasPadam
  14. Xde yg nk buat group whatsapp utk discuss soaln2 exam nnti ke?kalo ade nk join..😁

    BalasPadam
  15. Xde yg nk buat group whatsapp utk discuss soaln2 exam nnti ke? Kalo ade nk join..😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. tul la tu. kalau ade invite la saya. 0197034842

      Padam
    2. tul la tu. kalau ade invite saye. 0197034842

      Padam
  16. dah boleh cek, uyul.. awk dapat x?

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.