TERJEBAK DENGAN DUNIA FOTOGRAFI

TERJEBAK DENGAN DUNIA FOTOGRAFI | Salam. Korang tahu, setiap kali Uyul shoot wedding, client mesti tanya, "Dulu memang amik fotografi ke?". Soalan nih memang payah nak jawab actually. Bagi Uyul, bila client tanya, tak lain tak bukan, dia ni nak tahu Uyul mampu ke tidak nak #ketchingketching gambar wedding dorang. Ye laaaa, gambar kahwin wedding nih sekali seumur hidup weyhh. Memang merana lah kalau gambar tak seperti apa yang diharapkan. Client bayar mahal mahal, takkan lahh gambar nak macam hawau orang melakau cakap. Haha.

Actually, mula mula Uyul join fotografi nih pun bersebab. Entah, terbaca dekat Instagram seorang junior, buat appreciation post dekat Ex Uyul. Siap berterima kasih sebab banyak ajar dia pasal kamera, pasal editing, pasal video bagai. Masa tuh konon lahh terfikir, ohhh kau ingat kau sorang je ke perempuan yang boleh #ketchingketching siap ada hati nak caras Bf aku. Kahkahkah. Rasa macam childish gila.

So bermula dari saat itulah, Uyul cari peluang. Beli kamera dari one of my friend yang post pasal nak jual DSLR. Haaa cepat cepat PM dia, memang tak kira nak jugak beli kamera. Nak jugak belajar pasal kamera. Deal je, ada je duit, terus kauuuuu, pergi KL, COD dekat TBS, haaaaaa dah jadi hak milik Uyul pun Canon 550D nih. Akhirnya Oktober 2015, dapat jugak weyh.



Lepas dah dekat setahun godeh godeh 550D nih, dah ada ilmu sikit pasal fotografi, terus nak angkat fullframe. Haaaaa tengok orang pakai 5D, dah gedik nak beli 5D. Alhamdullillah, rezeki berpihak pada Uyul. Dapat jugak 5D Mark II. Masa beli Mark II nih, COD sampai ke Kajang. Masa tuh November 2016. Baru je lagi nih. 5D Mark II nih kira kualiti gambar memang dah cun, tinggal pandai guna dan pandai optimizedkan penggunaannya je weyh.



Bila gadjet dah semakin mahal, rugi rasanya nak gunakan sepenuhnya kan. So now, memang Uyul ada ikut abang abang fotografer buat job. Kiranya on-the-job-training lah nih. Nak masuk official kelas memang tak laaa awak. Nak sambung Diploma ke Degree dalam bidang fotografi nih memang kirim salam, ada kena hempuk dengan Mak kang. Hahaha. So begini lah cara Uyul nak dapatkan ilmu. Bukan setakat belajar technical je dengan abam abam nih, bahkan Uyul belajar flow majlis. Haaa, boleh baca entry yang lepas untuk kelas pertama dengan Abang Yuz. Baca dekat entry Kelas Fotografi Bersama Otai.

Sebenarnya, Uyul nak berterima kasih sangat sangat dekat semua orang yang banyak menyokong Uyul sepanjang Uyul buat fotografi. Nak nak abam abam otai yang banyak tolong Uyul, ajar Uyul dari zero, sampai dah tahu sikit sikit. Nak kata ilmu dah banyak tuh idok lahh. Banyak lagi yang Uyul kena belajar. Banyak lagi kelemahan Uyul dalam bidang nih.

Well, terima kasih buat Ex yang dah buka pintu rezeki dalam hidup Uyul nih. Awak ajar perempuan tuh ye, awak tahu, ramai otai otai ajar saya tahu. Saya akan pastikan saya takkan sia siakan peluang yang ada. Kahkah. *Gelak jahat.*

15 ulasan:

  1. bestnya uyul. sha suka jugak ambik gambar tapi gambar pemandangan jelah hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheeh. wah. jom la jadi photgrapher jom.

      Padam
  2. haha.. rasa tercabar tu buat kite lebih bersemangat kan uyul.. last2 jadi punca rezeki.. semogo uyul terus maju dlm bidang fotografi..

    BalasPadam
  3. teruskan usaha anda .. photographer terhebat ni kak uyul

    BalasPadam
  4. Uyuuuulll.. Memang macam tu hidup, ada part kecewa. tapi part tu kita jadikan langkah untuk maju lebih jauh ke depan.. Macam mana eh nak belajar fotografi dengan uyul? Teringin juga lah pro sikit nak amek gambar..

    BalasPadam
  5. just keep learning ok Uyul ^^

    BalasPadam
  6. teruskan berkarya.. insha Allah itu jalan yg Allah tunjuk sebagai sumber rezeki..akak pun tak sangka banyak dah dslr abang nazir tu membantu kitorang..

    - Hernee Nazir -

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you kakak. alhamdullillah. jom la kakk jd photog jugak hahaa

      Padam
  7. tahniah uyul..tak sangka kan..minat akan membuka pintu rezeki kita..yang penting, rajin berusaha
    JanjiKita

    BalasPadam
  8. so, kalau faizi nak ajar aku bab2 photography ni tak boleh lahh..hahahhahhaa.(mampus uyul jerit dekat telinga aku)

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.