HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS DI BULAN RAMADHAN
HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS DI BULAN RAMADHAN | Salam. Dah 3 Ramadhan hari ini. Dikesempatan ini Uyul nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan rakan yang sudi jengah blog Uyul. Semoga Ramadhan kali ini dapat disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Syukur alhamdullillah masih merasa Ramadhan 1438H.
Tidak dinafikan, semua orang mahu kelihatan cantik dan berseri seri. Nak nak yang obses dengan makeup, semestinya akan menggunakan contact lens sebagai salah satu aksesori tambahan di bahagian mata. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis contact lens yang terjual di pasaran. Namun ada yang mempertikaikan hukum penggunaan contact lens di bulan Ramadhan.
Tidak dinafikan, semua orang mahu kelihatan cantik dan berseri seri. Nak nak yang obses dengan makeup, semestinya akan menggunakan contact lens sebagai salah satu aksesori tambahan di bahagian mata. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis contact lens yang terjual di pasaran. Namun ada yang mempertikaikan hukum penggunaan contact lens di bulan Ramadhan.
Melalui pembacaan di internet, Uyul dah dapat input apakah hukum memakai contact lens di bulan Ramadhan. Terdapat dua tujuan utama dalam pemakaian contact lens. Iaitu:
- TUJUAN PERUBATAN. Bagi tujuan perubatan, orang yang memakai contact lens bagi menggantikan penggunaan cermin mata, hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada mata si pemakai.
- TUJUAN PERHIASAN. Bagi tujuan perhiasan pula, kebiasaannya pemakai memakai sekadar suka suka, bukan keperluan kerana masalah mata, hukumnya adalah harus selagi tidak melanggar batasan Syara'.
- Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj.
- Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
- Tidak mengubah ciptaan Allah.
- Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
- Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
- Tidak berlebihan.
- Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Antara ulamak tersebut ialah Syeikh Dr. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau; http://www.ibn-jebreen.com). Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. (Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com). Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana faktor tersebut, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya, ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan. (Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin; http://www.denana.com/fatawa/articles.aspx?selected_article_no=1494).
Malahan, penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa kerana ianya tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga, tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
Uyul pun sebenarnya tak boleh nak argue lebih lebih dengan orang yang pertikaikan penggunaan contact lens. Takut tersilap menggunakan fakta. Semoga entri ini bermanfaat pada semua orang yang memakai contact lens.
Wallahu a’lam.
wallahu a'lam..
BalasPadamwallahu alam.
PadamMana yg kita rasa yakin buatlah. Yg was was tinggalkan. Lama dah tak pakai lens. Dulu pakai warna coklat je. Haha. Sedar diri lg tu.
BalasPadamalooo kak ana tak pakai lens pun da cantikkkk hehehe
Padamso tak perlu la risau...hehe
BalasPadamhehehe kannn. selagi tak memudaratkan.
PadamLZ baru tahu Uyul rupanya ada fakta yang mengatakan pemakaian contact lens ni haram.. Wallahu alam.. Kita serahkan kepada mereka yang pakar dalam hal ni..
BalasPadamohh yeke LZ.
Padambagus info ni ek..
BalasPadamhai cik lilyyyyy. thank you sudi komen blog uyul.
PadamPernah terpikir juga dengan perkara ni.. Sebab dulu masa kat kelas selalu pakai contact lens masa bulan puasa
BalasPadamkannn. uyul pun sebenarnya baru tahu. so takde laa was was lagi
PadamSelamat berpuasa Uyul..
BalasPadamhai cik roseee. heeheh dah raya baru uyul reply haaa
Padamselamat berpuasa uyul
BalasPadamheheheh selamat hari raya ciktieee kemahin lewat uyul reply
Padammemang tak pakai..and tak reti pakai..hehe
BalasPadamhehehe. akak dulu pun tak pandai pakai.
PadamPAKAI CONTACT LENS JUGA SBB RABUN SANGAT. TP MG PAKAI WARNA BROWN JE IKUT WARNA MATA SEBENAR. ORG NAMPAK PUN MACAM MATA BIASA JE.. INSYAALLAH
BalasPadamhehe. uyul tak rabun tapi gedik gedik nak pakai
Padamslmt bpuasa uyul, sha dlu sllu pakai CL, skg dah takut nak pakai, biarla sha pakai Cermin mata..terjaga mata..aset tuu, tp CL pn perlu klu ada event yg ptg2 kan..
BalasPadamheheh selamat hari raya sha.
Padamai is so seram bab contact lens nihh
BalasPadamwww.neezalife.com
hahaha jom laa try pakai.
PadamPerkongsian yang bermanfaat. Auni pernah la try pakai contact lens tapi mata tak sesuai sebab kering.. huhu
BalasPadamitu kena selalu titik eyemoree. ehehhe
Padam