UYUL TAK RETI MOVE ON

UYUL TAK RETI MOVE ON | Salam. Haaaa topik yang terlintas pagi pagi nih kan. Panas panas! Well, Uyul memang degil. Tak reti move on. Nak nak bila part bercinta, madah nak ingat Ex yang langsung tak hargai susah payah kita ecehhhh. Sebenarnya bagi Uyul, move on dari terus mengingati bekas kekasih nih bukan sesuatu yang mudah. Berkata kata memang senang weyh.


"Move on lah Uyul, cari lelaki lain."

"Apalah yang kau sayang sangat dekat ex kau sampai kau tutup pintu hati kau macam nih sekali?"

"Bodoh seyh perempuan nih tak reti nak move on."

"Kau nih memang bongok ke apa berkorban apa sahaja untuk orang yang dah tak nak kat kau?"

"Tak, sekarang nih aku tak paham yang kau terhegeh hegeh buat apa? Dah tak ada mak bapak ke nak sayang orang luar lebih lebih."


Hahahahaha. Ini lah antara statement statement orang orang yang poyo macam dia yang ada dalam kasut kita nih. Uyul tak lah nak salahkan dorang semua bagi statement macam nih. Hakikatnya memang Uyul payah nak move on. Actually dalam blog nih banyak je kisah cinta tak jadi Uyul. Tapi semua entri tuh Uyul dah draft kan dan ada yang da di delete. Belum tambah lagi hari hari nak update status kat Facebook pasal Ex. Kahkah.

Bukanlah entri kali ini Uyul nak cerita kisah percintaan yang tah macam  budak budak tuh kan. Uyul pun tak pasti kenapa payah sangat nak move on. Di awal perpisahan tuh, Uyul akui, memang payah. Kita dah biasa bersama, dah biasa ada orang amik berat, ada orang yang boleh kita luah segala galanya, tiba tiba dia pergi. Betapa payahnya nak mulakan hidup tanpa dia yang kita sayang. Nak nak masa tuh sem akhir Degree. Weyhhhh SEM AKHIR! Dengan FYP, dengan Thesis, dengan Report LI nak siapkan, tiba tiba dapat berita macam macam, tup tup minggu tuh jugak jumpa dekat Johny Dataran Pahlawan, berpisah waktu tuh jugak. Dan sejak itu, Uyul tak pernah jejak Johny Restaurant weyh. Hahahaha.

Awal awal berpisah tuh, memang Uyul salahkan Ex Uyul 100%. Selalu tanya. Why? Why could you do this to? Uyul nih patung je ke selama nih?? Pengorbanan Uyul selama nih hanya sia sia je ke? Tahlahhh, rasa bodoh bila ingat balik. Uyul masih ingat, masa tuh lah Uyul kenal siapa kawan dan siapa lawan. Uyul kenal manusia yang acah acah baik, belakang tikam kita. Uyul hilang tempat bergantung harap. Yang tinggal cuma Helmi, Ikana, Quza, Biaaa dan Kak Long. Helmi dengan Ikana lah paling banyak berjasa. Memang masa awal awal tuh, telinga dorang lah jadi tempat Uyul menangis, meraung, meratap macam dah hilang teman lelaki paling agung kononnya. Quza pernah pesan, bahkan Ex Roomate, Ekin pun pesan, "Uyul, let time heal everything."

Alhamdullillah, setelah 2 tahun, actually, nak masuk tahun ketiga. Walaupun masih payah nak lepaskan orang yang kita sayang. Hati masih kasih, masih cintaa. Tapi apa ada dengan cinta andai kebaikan kita disalaherti, disalahguna. Kan? Move on.

Sooner or later, Uyul memang dah boleh terima hakikat. Tak ada jodoh antara kami. Hakikatnya memang Uyul tak nak bukak pintu hati nih untuk sesiapa. Ya, Philophobia. Masih rasa macam bercinta tak bagus. Dah tak nak kecewa. Bukan tak pernah belajar bukak pintu hati untuk lelaki lain, pernah. Mungkin sebab terlalu paranoid, terlalu compare kan lelaki tersebut dengan Ex, sampai kita rasa lelaki tuh tak cukup bagus, akhirnya sedikit kesilapan dia buat kita tawar hati nak teruskan hubungan. 

Dan sekarang, Uyul memang dah boleh terima hakikat. Kesilapan Uyul paling besar yang buat Uyul tak boleh move on adalah, Uyul terlalu letak harapan yang menggunung. Banyak kesilapan yang Uyul dah lakukan sepanjang 4 tahun bersama sebagai kekasih dan 2 tahun sebagai stranger. Mungkin sebab itu Uyul susah nak maafkan diri sendiri. Bermacam cara Uyul buat untuk perbetulkan kesilapan Uyul. Every single thing yang Uyul buat mesti Uyul fikirkan dia bersama, sanggup ulang alik BP - JB tiap tiap minggu semata mata untuk buktikan yang Uyul masih sayang, masih setia. WHAT FOR? Its useless.

Walaupun perit sebenarnya nak lupakan dia. Bukan mudah. Kita kasih kita cinta dan berharap sampai jinjang pelamin. Tengok orang lain kahwin, terbayang atas pelamin adalah Uyul dan dia. Tengok kawan kawan sorang sorang kahwin, tapi kita? Entahlah, proses nak move on nih sangat payah. Sampaikan Uyul mintak pada Allah jadikanlah ingatan terhadap dia terus mati. Penat sebenarnya nak ingat orang yang langsung tak ada hati dengan kita.

Bukan Uyul mintak korang paham. Tapi Uyul mintak sedikit masa je lagi. Uyul sendiri penat awak, penat nak tunggu orang yang dah tak nak kat kita. Jodoh dah lama tak ada. Cumanya jangan tak percaya, dah sebulan Uyul tak ke JB. Korang pun tak ada nampak Uyul update status ke JB dekat Facebook kan? Entahlah, actually sebulan yang lepas, Allah tunjukkan lagi perangai dia. Allah bukak mata Uyul, yang kami memang tak ada jodoh. Peristiwa tuh buat Uyul tawar hati sangat sangat. Dah malas nak tunggu. Dah malas nak fokus jodoh dengan dia, dah malas nak bersabar sebab dah tahu bahawa usaha kita sesuatu yang sia sia.

Sekarang, Uyul cuma nak fokus kerjaya. Nak bina empayar. Banyak sangat plan yang hold sebab benda benda bodoh, meroyan, tak boleh move on nih. Uyul nak teruskan bisnes partime Uyul, nak jadi kuat macam dulu dulu. Sebab Uyul tahu Uyul dah 27 tahun, dah tak patut nak fikirkan benda tak pasti, seandainya jodoh datang selepas ini, ianya rezeki. Seandainya dalam masa terdekat masih tak ada jodoh walau dengan sesiapa, mungkin Allah mahu Uyul terus berbakti dengan Mak Abah lebih lama.  Siapa tahu rezeki kan?

Nak move on? Maafkan diri sendiri, Uyul. Yang lepas tuh, tak boleh undur dan perbetulkan dah. Kau ada value kau tersendiri walaupun orang pandang kau persis sampah. Sabar. Allah ada. Dan percaya lahh kalau ada jodoh, tak ke mana.


Yang penat dengan cinta duniawi,
Uyul Rosli.




**Maaf, entri ini sedikit emosi.**



Sabar, bahagia tuh kita yang cipta.

11 ulasan:

  1. Lahai.. moga Uyul boleh teruskan kehidupan seperti biasa dan berjumpa dengan seseorang yang menyanyanyi uyul dgn ikhlas.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallah kak lea. terim kasihhhhh

      Padam
  2. Aku paham, nak nak bila usia semakin ke hadapan....
    Tapi kalau duk fikir je, memang serabutttt....

    teruskan cita cita mu wahai wanita !

    Ewahhhhhhhhhhhh~

    BalasPadam
  3. in sha Allah, akan tiba saat yang kita sendiri tak sangka kan
    JanjiKita

    BalasPadam
  4. Mai faham Uyul, pedulikan mulut orang lain... Suatu masa nanti kita akan nampak sendiri hikmah terbentang depan mata kenapa kita patut berpisah...

    Mai selalu cakap dengan diri sendiri, 'Bila Tuhan dah letak tanda noktah, jangan pepandai nak tukar jadi tanda soal.'.

    Semoga Uyul dapat bahagia yang dicari, dan terus maju jaya dalam kehidupan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you mai.

      'Bila Tuhan dah letak tanda noktah, jangan pepandai nak tukar jadi tanda soal.'.

      uyul akan ingat pesan ni

      Padam
  5. sebenarnya gini Uyul, solution paling best cari pengganti. tak semestinya boyfriend baru, buat benda yang uyul betul-betul, adakan passion. Tulis semua besar-besar target dekat kepala katil. Bila bangun or nak tidur boleh nampak. Confirm lupa BF.
    .
    Tu cadangan maklah. Sebab mak buat macam tu

    #TheRealBloggerMak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm. alaa kenapa aku baca komen kau rasa nak nages.

      Padam
  6. Kes uyul ni sama dengan kes akak putus tunang dulu..mmg pyh nak move on sampai akak buat satu kesilapan besar dlm hidup..akak terima je pinangan org lain..akak kawen..tp akak tipu diri sendiri..akhirnya tiada persefahaman and end up akak diceraikan hanya sebab yg kecik..dh xde jodoh..so akak sendiri la sampai skrg walau dh tunang akak masih belum nak akhirkan dengan ikatan perkahwinan..akak serik..dan akak macam x leh nak terima akak nak kawen lagi...giler x?

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.