UMOBILE AJAK UPGRADE KE PLAN P78

UMOBILE AJAK UPGRADE KE PLAN P78 | Salam. Nak dijadikan cerita, Uyul pengguna setia Plan UMobile HERO P70 sudah hampir dua tahun. Sebelum nih memang pakai prepaid. Ialah sejak nama dah blacklist dari semua telco gara gara IC hilang pada tahun 2008 dan ada orang tak bertanggungjawab gunakan IC Uyul untuk register postpaid telco. Plan UMobile nih Uyul dah gunakan sejak November 2016. 




PLAN HERO P70 PUN DAH BERBALOI
Plan UMobile HERO P70 sebelum nih Uyul dapat 15GB Data dan panggilan percuma ke seluruh rangkaian. The best part is kalau layari Facebook, Youtube mahupun Waze, semuanya percuma. Memang setia habis lahh kan jadi pengguna setia UMobile. Sebulan pun kadang kadang tak adalah pakai sampai 15GB tapi ada ketikanya kalau Uyul tengah buat kerja kerja design, memang perlukan 15GB tersebut. Ecehwahh!


















YAYYYY DAH UPGRADE P78
Semalam dapat meseg daripada UMobile. Actually en.Merah ada cakap suruh upgrade dari Plan UMobile HERO P70  ke P78. Bezanya cuma RM8 sahaja dari plan yang lama. Katanya internet unlimited macam awal awal dulu. So Uyul kata kat dia, okay lah tunggu awal bulan nanti upgrade. Eh tup tup dah dapat meseg dari UMobile.



Apa yang best, semua UNLIMITED hokayy!!! Uyul laju laju upgrade sebab tak nak ketinggalan jadi pengguna UNLIMITED! Hahaha. Memang lepas nih kerja nak download movie je lah awakk. Internet percuma, panggilan pun percuma ke seluruh rangkaian.



Dan paling best, kalau on Mobile Hotspot, tak guna pun data asal. Dah allocatekan khas untuk Mobile Hotspot. Haaa. apa lagi,  makin seronoklah Uyul. Tak sabar nak tunggu activation untuk Plan HERO P78. Roaming data pun UMobile dah bagi 5GB dalam 12 negara terpilih.


DOWNGRADE PLAN P70 KE P38
Selain daripada upgrade, kite pun boleh downgrade plan kita. Uyul nak downgrade plan P70 Mak Uyul sebabnya Mak tak banyak pakai data sangat. Dia cuma perlukan PANGGILAN PERCUMA. Haaa gitu--- Dah bagitahu Mak yang Uyul akan downgrade plan UMobile Mak ke P38, so Mak akan dapat 4GB data internet sahaja. Okay lahh kan sebab Mak jarang online pun. Paling tak pun WhatsApp dan tengok Youtube je.


SEMOGA UYUL TERUS RAJIN UPDATE BLOG
Dengan plan internet tanpa HAD nih, Uyul berharap Uyul akan terus maju dalam dunia blogging dan semakin rajin update blog. Haihhh jangan bagi alasan tak ada internet pulak ek. Cepuk karang baru tahu.

So, korang? Tak nak bertukar ke UMobile ke tuh?

17 ulasan:

  1. Untunglah dia,,pengguna setia

    BalasPadam
  2. Kak ana dah bertahun jd pengguna setia UMobile. Best sebab dpt data percuma utk YouTube. Cuma lately ni asal mlm dan weekends jd sgt slow. Teramat sgt lah senang kata. Puas complaint tak resolve juga. Last2 tukar line lain. I is sedih tau but have no choice.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahh dah curang dengan umobile ekkkk. amboi amboi amboi. hahaha

      Padam
  3. wow template baru lah blog kak..cantik cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak tak pernah tukar template lagi.

      Padam
  4. rasa macam nak tukar dari prepaid ke postpaidlah macam ni, jelesnya

    www.neezalife.com

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama15 Jun, 2017

    Speed internet ok tak?

    BalasPadam
  6. bertukar lah ke Celcom..hahaha

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama03 Ogos, 2017

    Macam mana nak downgrade p70 ya?

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama03 Ogos, 2017

    Macam mana nak downgrade p70 ya?

    BalasPadam
  9. salam boleh saya tau macam mana nak downgrade p70?

    BalasPadam
  10. hai, awak boleh call center untuk downgrade. :)

    BalasPadam
  11. Sama macam akak lah. Nama blacklist..Nak pakai postpaid xleh..skang nih pun akak pakai prepaid. Cuma akak beli no lg satu guna postpaid.tuh pun atas nama adik.

    BalasPadam
  12. P78 ni kalau abis data hotspot 10G tu, boleh hotspot ke utk yg data unlimited tu?
    sb skarang ni pakai hotspot guna 15G tu utk P70.tkt nt hotspot dpt 10G je then dh xboleh nk hotspot dah kalau pakai P78 ni.mohon balasan.hehe

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.