PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK
PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK | Salam. Belum terlewat untuk Uyul ucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia terutama sekali yang pernah mencurahkan ilmu kepada Uyul sejak dari Tadika hingga ke alam Universiti.
Alhamdullillah. Berkat hasil didikan guru guru sekalian terutama sekali guru guru di:
- 1995 - 1996 : Tadika Sri Kilat, Batu Pahat, Johor
- 1997 - 2002 : SK Convent, Batu Pahat, Johor
- 1997 - 2004 : SA Kampung Istana, Batu Pahat, Johor
- 2002 - 2005 : SMK Tun Aminah, Batu Pahat, Johor
- 2006 - 2007 : SM Teknik, Muar, Johor
- 2008 - 2009 : UiTM Machang, Kelantan
- 2009 - 2010 : UiTM Segamat, Johor
- 2010 - 2013 : UiTM Alor Gajah, Melaka
- 2013 - 2015 : UiTM Kampus Bandaraya, Melaka
Maka terhasillah seketul Uyul yang tak tahu lah boleh dikatakan dah berjaya atau tidak. Apa apa pun, berkat kesabaran yang berpanjangan, akhirnya sampai ke Degree Uyul habiskan tempoh bergelar pelajar. Banyak jasa guru guru yang tak terbalas. Sungguh sampai ke hari ini, masih terngiang ngiang suara guru guru mengajar. Masih teringat ingat segala nasihat mereka. Haihhh lahhh kalau lah dapat diulang semula zaman persekolahan dan zaman di universiti. Korang mesti tertanya tanya kan kenapa Uyul macam hidup zaman nomad. Berpindah randah masuk UiTM. Boleh baca kisahnya di SINI.
Sebenarnya, korang setuju tak kalau uyul katakan, pengalaman adalah guru terbaik zaman? Bukanlah menidakkan kuasa pendidik. Uyul tak nafikan, bahawa jadinya ORANG, seketul Uyul pada hari ini adalah kerana kesabaran dan kesungguhan para pendidik memberi tunjuk ajar dan ilmu yang tidak terbalas jasanya. But yeahh, antara punca Uyul jadi orang selain berhempas pulas dengan buku pen dan peperiksaan, pengalaman banyak mengajar Uyul erti hidup.
KENAPA PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK?
Hmm. Ini adalah pendapat Uyul. Dan bila dikatakan pendapat, tak semestinya betul. Bagi Uyul, bila kita experience sesuatu, kita lebih menghargai sesuatu. Kita lebih paham kenapa sesuatu perkara itu terjadi dan paling penting kita belajar untuk hadap perkara tersebut dengan lebih baik di masa hadapan.
Contohnya:
Ini adalah pengalaman yang tak akan pernah Uyul lupa sepanjang hidup Uyul. Kisahnya pernah Uyul coretkan di entri INI. Tapi tidaklah Uyul cerita lengkap. Cukup ianya menjadi sejarah hidup Uyul sorang. Its happen 4 years ago dan pada ketika itu, peristiwa ini banyak ubah hidup hidup Uyul. Uyul jadi pendendam. Uyul susah nak maafkan orang. Susah nak terima hakikat yang hidup Uyul tak seindah hidup orang lain.
Namun, semakin lama, kita semakin dewasa kan? Parut sememangnya masih ada. Akan tetapi, kematangan dalam hidup buatkan kita cuba untuk belajar memaafkan orang. Uyul cuba hadam kenapa semua ini terjadi. Berusaha ubah mentaliti sendiri, macam mana nak hadap bila kita berdepan dengan orang yang panas baran. Secara tak langsung, Uyul belajar untuk jadi orang yang mudah memaafkan orang. Negatifnya, Uyul pulak mudah marah. Panas baran menjadi jadi. Kena belajar untuk slow down bila marah. Ahhh tapi benda nih dah lama pun, walaupun parut masih ada, Uyul tak nak ingat pun pasal benda tuh. Cumanya ianya berlaku betul betul 16 Mei 2013. Kebetulan sangat dengan Hari Guru.
PUTUS CINTA PUN PENGALAMAN YANG MENDEWASAKAN.
Kenapa Uyul cakap macam nih? Hmm. Entah. Dulu kita rasa kita dah cukup matang. Kita rasa kita bercinta bertahun tahun, kita dah cukup bagus dalam sesuatu perhubungan. Sehinggakan Allah jentik kita dengan kehilangan. Entahhhlahh weyhh benda jadi secara tiba tiba. Kita jadi shock. Tak boleh berfikir dengan waras langsung. Hari hari nak melalak, hari hari nak meroyan dekat media sosial, hari hari nak jadi orang bodoh tunggu benda yang bukan milik kita. Frankly speaking, its took 2 years untuk sesuaikan diri stop talking about hati dan perasaan. Kalau tak sebelum nih madah nak tulis pasal Ex, pasal cinta tak jadi, pasal janji palsumu. But for now, alhamdullillah. Seketul Uyul ke arah hidup yang lebih sihat.
Apa pengalaman putus cinta yang mengajar seketul Uyul untuk teruskan hidup dengan aman damai? Of course jangan terlalu sayang, kerana yang terlalu akan berlalu. Entah, Uyul boleh dikatakan Philophobia (Google sana kalau tak tahu hahahaha malas nak explain kat korang). Yes, Uyul Philophobia, rasa takut untuk mulakan sesuatu perhubungan yang baru. Kalau sebelum nih masa bercinta kita berkepit berdua, tapi setelah berpisah, kita belajar Masturdating. Keluar ke mana mana, sorang sorang. Cuba buat semua benda sorang sorang. Kalau sebelum nih, zaman bercinta semua harap en.Merah buatkan, nak nak pasal gadget, pasal teknologi, pasal komputer, pasal iPhone ke. Tetapi selepas berpisah? I do it by myself. Cuma tak la pro. Setakat dah boleh cari rezeki dengan Photoshop, dengan Camera, dengan skill yang diceduk sepanjang bercinta, bolehlahhhh.
Namun, korang mesti pelikkan kenapa Uyul masih rapat dengan Ex Uyul? Siap boleh bawak dia ke SBB2017 lagi. Hmm. Entaahhh. Mungkin masih berharap kot. But then Uyul, you need to do something. Dont put high expectation again. Kita kena berhati hati dalam meletakkan harapan. Jangan biarkan diri terus dikecewakan oleh perasaan sendiri. Jyeahhh semoga Uyul terus kuat!
JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG
Hmmm yes. Ini juga merupakan satu pengajaran dalam hidup. Jangan terlalu letak kepercayaan pada seseorang yang belum tentu ikhlas dalam setiap perhubungan. Tak kira lah persahabatan mahupun kekeluargaan. Tak mudah eh untuk kita terapkan kepercayaan terhadap seseorang. Namun bila kepercayaan itu diracik racik, makanya hilanglah perhubungan yang pada peringkat awalnya baik bagai belangkas. Kadang kala, orang yang terdekat, orang yang kita anggap darah daging, dia lah manusia yang tak boleh tengok kita senang. Dia lah manusia yang tak suka tengok kita berada lebih dari dia walaupun lebih setakat 2 inci hahaha.
Entah, Uyul serik untuk percayakan manusia seperti ini. Nak nak manusia tuh adalah darah daging kita sendiri mahupun manusia yang kita dah anggap sahabat dunia akhirat. Semoga seketul Uyul lebih berhati hati dalam hidup, jangan mudah percayakan orang. Orang kata rambut je sama hitam, hati kita tak tahu. Biarlah apa pun orang nak hentam kita. Biarlah apa pun orang nak label kita. Yang dah lepas, kita tak boleh kawal. Biarkan sejarah terus menjadi sejarah. Hidup untuk masa hadapan. Kan?
KESIMPULAN
Terima kasih untuk setiap pengalaman dalam hidup sepanjang 27 tahun hidup di muka bumi ini. Seketul Uyul perlu lebih positif, perlu lebih bersemangat. Biarpun ramai yang mahu lihat kau jatuh, bounce back!!!
*Terima kasih kerana sudi baca sampai habis entri yang agak panjang nih.*
Uyul Rosli / Uyul Cantik
Penulis Blog
KESIMPULAN
Terima kasih untuk setiap pengalaman dalam hidup sepanjang 27 tahun hidup di muka bumi ini. Seketul Uyul perlu lebih positif, perlu lebih bersemangat. Biarpun ramai yang mahu lihat kau jatuh, bounce back!!!
*Terima kasih kerana sudi baca sampai habis entri yang agak panjang nih.*
Uyul Rosli / Uyul Cantik
Penulis Blog
wah... panjang ni...
BalasPadam- Mia Liana
Pengalaman mendewasakan kita.
BalasPadambetul tu WP
Padamfirst time kak Uyul Cantik type panjang lebar, hehe..
BalasPadamwww.neezalife.com
hahahaha terajin pulak
Padam