GOOGLE CALENDAR | MEMUDAHKAN SCHEDULATION JOB PHOTOGRAPHY

GOOGLE CALENDAR | MEMUDAHKAN SCHEDULATION JOB PHOTOGRAPHY. Salam. Alhamdulillah, semakin hari semakin banyak job photography masuk. Semakin mendapat kepercayaan dari rakan rakan zaman study untuk shoot wedding dorang. Korang boleh tengok artwork Uyul dekat entri entri Uyul + DSLR ataupun tengok dekat Instagram Uyul Rosli.

Sebelum nih memang Uyul hanya simpan conversation WhatsApp customer untuk rujukan Uyul sehingga majlis selesai. Bagi Uyul senang sebab boleh rujuk terus kat WhatsApp. Tapi disebabkan oleh beberapa faktor, Uyul amik keputusan untuk tidak berharap terus dengan WhatsApp. Antara salah satu sebabnya, risau dengan masalah WhatsApp yang kadang kadang buat masalah. Kadang kadang dah buat daily backup pun ada data yang hilang.

Sekarang, tak perlu risau dengan masalah macam tuh sejak dah gunakan aplikasi Google Calendar. Korang boleh ke https://calendar.google.com/calendar/



Log masuk dengan email Gmail korang. Uyul gunakan email khas untuk job photography. Senang, tak bercampur dengan email email lain.


Kalau nak senang, view monthly. Senang sikit nak tengoknya tuh. Macam korang boleh nampak, Uyul dah schedule majlis 6 Mei. Bila klik dekat tajuk event, akan keluar macam kat bawah tuh.


Boleh nampak summary details untuk job pada hari tersebut. Sekarang Uyul akan ajar cara macam mana nak isi setiap maklumat pada tarikh yang kita mahukan.


Klik pada tarikh yang korang nak isi. Akan keluar seperti tertera di atas. Klik pada Edit Event dan akan keluar seperti gambar di bawah.



Isi kan segala maklumat. Kalau Uyul, Uyul akan isikan masa event dan juga sekiranya customer dah buat pembayaran deposit Uyul akan masukkan jugak. Paling penting, dalam Google Calendar kita boleh masukkan juga bukti pembayaran. Cara dia mudah je. Klik pada Attachment, akan keluar seperti tertera. Uyul dah simpan siap siap dalam Google Drive, so Uyul pilih je mana yang nak attach dalam event pada tarikh tersebut.



So korang boleh nampak dah attachkan. Haaa, jangan lupa klik Save!


Kalau nak tengok job schedule, kena bukak dekat PC ke?
Jangan risau, korang install aplikasi Google Calendar dalam handphone masing masing. 




Korang boleh trace kalau kalau ada job yang clash dengan tarikh yang customer nak booking. Tak payah dah susah susah nak jot down dekat note book. Senang nak decide boleh amik ke tak job photography, available ke tak korang waktu tu.

 Mudahkan? Selamat mencuba!



10 ulasan:

  1. Wahh baru tahu ni... nice share tips ni.. ena boleh buat untuk date assignments review.. hiks

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai ina. jom laaa gunakan apa yang ada bg memudahkan kerja kite,

      Padam
  2. Perghhh memang stylo, tak pernah tahu pun ada kemudahan macam ni sebelum ni...

    BalasPadam
  3. kak ana pun baru tahu pasa google calendar ni. memang sesuai untuk uyul yang busy sesangat ni.

    BalasPadam
  4. baguslah yul macam ni,takdelah terlepas pandang.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum uyul..bagusnya senangkan...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.