PROGRAM KASIH JDT BLOGGER SIRI 1 | PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM KLUANG

PROGRAM KASIH JDT BLOGGER SIRI 1 DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM KLUANG) | Salam. Fuhhh dah lama entri nih pending. Untuk pengetahuan, Uyul berjinak jinak semula dalam dunia blogging setelah di jemput oleh Cik Yaya Cendana untuk join JDT Blogger pada penghujung tahun 2016. Alhamdullilah, setelah join komuniti blogger yang telah dibangunkan oleh rakan rakan blogger dari Johor, Uyul kenal ramai kawan kawan baru.

Bila kita kata komuniti, mestilah kena ada satu program yang wajib kita laksanakan. Hal ini tak lain tak bukan bagi mewujudkan kemesraan antara ahli komuniti tersebut. Setelah berbincang sesama ahli JDT Blogger yang lain, kami membuat keputusan untuk menganjurkan satu Program Kasih JDT Blogger. Untuk Program Kasih JDT Blogger yang pertama, kami telah bersetuju untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di sebuah pusat kebajikan bertempat di Kluang, Johor.

Pusat kebajikan yang telah dipilih adalah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK) beralamat di No 30, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor. Program ini telah berlangsung pada 4 Mac 2017 (Sabtu), dari jam 8:30 pagi sehingga 1:00 petang.



Objektif program kali ini adalah untuk merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasana dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Selain itu, program ini dilaksanakan untuk mewujudkan silaturahim yang baik antara JDT Blogger dengan masyarakat dan memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong sesama masyarakat dalam menjaga kebajikan anak anak yatim.

Untuk program kali ini, Uyul memegang jawatan sebagai AJK Multimedia. Wahhh selama nih pengalaman Uyul sepanjang menganjurkan event atau program di Universiti memegang jawatan Setiausaha. Sekarang dah berani pegang jawatan AJK Multimedia. Haaa memangkan tugas AJK Multimedia adalah mereka bahan bahan berkaitan promosi, makanya Uyul lahh yang telah mereka banner untuk program kali ini. Alhamdullillah, rakan rakan JDT Blogger banyak membantu untuk penambahbaikan untuk design Uyul. So lepas nih boleh lahhh design yang lebih cantik lagi. Fungsi banner pun sebenarnya untuk memberitahu orang ramai tentang program apa yang kita sedang anjurkan.


Selain banner, Uyul juga bertanggungjawab untuk menyediakan Buku program. Alhamdullillah, tugas tersebut dapat diselesaikan dengan sebaiknya.




Memandangkan Uyul volunteer untuk jadi Emcee pada hari tersebut, makanya malam sebelum program Uyul revised semula Teks Pengacaraan Majlis. Dan pada pagi tersebut, agak gementar jugak lahh sebab dah lama tak pegang microfon dan bercakap depan ramai orang.


Sampai bermuncung muncung katakoooo. Hahaha.
Ya ampunn maaf, dapat microfon terus tak hengat duniaaa. Hahaha.


****************************************
BACAAN DOA

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Izzudin Bin Khalidi.


****************************************
SESI SUAI KENAL / ICE BREAKING

Untuk aktiviti pagi tersebut, seperti dalam tentatif program yang sudah dirancang, akan ada sesi suaikenal antara kami, JDT Blogger dan adik adik PKAYIK. Haaa apa lagi, habislah kawan kawan JDT Blogger terkena dengan Uyul. Sorang sorang Uyul mintak kenalkan diri sendiri. Haaa lepas tuh, setiap seorang wajib untuk tanya soalan kepada adik adik semua dan ada hadiah yang menanti mereka. Kebetulan sangat kami sediakan popcorn yang telah disponsor oleh orang ramai. Wahhh meriahh tau adik adik semua, berebut nak jawab soalan.







****************************************
AKTIVITI GOTONG ROYONG

Kalau korang dapat lihat, dalam Buku Program pun ada tercatit tentang tentatif program. Sebenarnya aktiviti wajib kami dalam program ini adalah aktiviti gotong royong. Aktiviti tersebut berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga jam 10:30 pagi. Alhamdullillah cuaca pada pagi itu sangat baik. Aktiviti gotong royong berjalan dengan lancar.



 Sebelum pengagihan kumpulan, gigih masing masing buat posing dab dab nih hahaa.














 ****************************************
PENYERAHAN WANG DAN BARANG SUMBANGAN ORANG RAMAI

Seterusnya, pada jam 11:00 pagi, program diteruskan lagi dengan penyerahan wang dan barang sumbangan orang ramai. Alhamdullillah, dalam masa sebulan kami dapat mengumpul sejumlah wang dan barang barang keperluan asas.


Program dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Cik Yaya merangkap Ketua Projek.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh Dato' Haji Gapar Bin Gurrohu selaku Yang Dipertua PKAYIK.




Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi penyerahan wang dan barangan sumbangan yang berjaya dikumpulkan. Tak disangka sangka, pihak PKAYIK juga sudi memberikan kami cenderahati sebagai kenang kenangan.





 ****************************************
SAMBUTAN HARI LAHIR DAN JAMUAN MAKAN TENGAHARI

Sebelum program berakhir, pihak JDT Blogger juga ada menyediakan sedikit jamuan makan tengahari dan Sambutan Hari Lahir untuk anak anak PKAYIK yang lahir pada bulan Januari hingga bulan Mac.

Alhamdullillah, untuk jamuan  makan tengahari dan Sambutan Hari Lahir ini ditaja sepenuhnya oleh orang ramai. Uyul dapat kumpulkan dana untuk makan tengahari dan Mak Uyul tolong Uyul carikan katering yang boleh provide makan tengahari.

Untuk jamuan Sambutan Hari Lahir, rakan rakan JDT Blogger yang lain dapat mencari beberapa penaja untuk kek dan juga juadah lain. Alhamdullillah. Bersyukur sangat sangat.








Alhamdullillah majlis berjalan sangat lancar. Dapat tengok muka adik adik semua happy happy, Kak Nurul yang tak tidur semalam pun jadi happy tahu. Harapan Uyul, semoga JDT Blogger dapat menganjurkan lagi aktiviti aktiviti sebegini di masa akan datang. Semoga penambahbaikan dapat dilakukan untuk next program. Syukur sangat sangat team JDT Blogger bagi kerjasama yang amat baik.

Kalau korang nak tahu, kami semua nih ada yang tak pernah jumpa lagi tahu. Ada yang baru jumpa kali pertama semasa program ini dijalankan. Wahhhhhh dah nampak macam ada chemistry tak? Boleh lah lepas nih anjurkan aktiviti lainnnn. Tak sabarnyaaaa.


 ****************************************
SENARAI PENAJA UNTUK PROGRAM KASIH JDT BLOGGER (SIRI 1)



Handsock - Handcok Besar Malaysia
Facebook : Hidayah Minhat




Bag Goodies - Kasih Concept

Facebook : Kasih Concept
Instagram : Kasih Concept


Button Badges - Creative Hand


Instagram : Creative Hand


Deco Birthday Party - Equine Concept BP
Facebook : Equine Concept BP
Instagram : Equine Concept BP


Pop Corn - Cathy Doll

Facebook : The goodies Popcorn

Instagram : The goodies Popcorn


Cream Puff - Maizatul Akmar Zakaria




Brownies - Nur Atikah Abd Rahim


Instagram : anna_cakeHouse


2 Kek Birthday - Dila

Facebook : Dila

Instagram : Dila


2 Kek Birthday - Aznanie
Facebook : Aznanie.azman


Goodies Bag - Butik Safira

Facebook : Safira Trading

Instagram : Butik Safira


Muffin  - Cuppies Lover Corner
Instagram : Cuppies Lover Corner



Maka tamatlah kisah satu hari bersama adik adik PKAYIK. Syukur alhamdullillah. Semoga Allah merahmati segala usaha kami. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah Taala dan yang buruk datangnya dari ke khilafan kami sendiri.

18 ulasan:

  1. Kalau kak ana duduk JB mesti kak ana join juga. Best tgk aktiviti2 tu semua. Meriah sungguh. Tahniah buat JDT blogger ❤❤

    BalasPadam
    Balasan
    1. meriahh kak ana. kannn kalau kak ana duk jb boleh join nextime.

      Padam
  2. Bagus juga program ni kan. Semoga lagi banyak program ni sebab banyak beri manfaat kepada blogger dan juga masyarakat.

    Asal muncung sangat kat mikrofon tu? haha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha. muncung teruk tuh hahahaha

      Padam
  3. rugi tak datang *cry*

    Tahniah JDT Blogger!

    Jemput Datang Blog <a href="http://suzlinazreena.blogspot.com/>#TheRealBloggerMak</a>

    BalasPadam
  4. program yang menarik.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdullillah. dapat juga kami laksanakan program ini.

      Padam
  5. tetiba rindu dengan anak2 pakyik kan uyul
    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  6. tahniah satu program yang bagus..btw new follower here #679:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdullillahh. terima kasih. nanti uyul follow smula.

      Padam
  7. assalamualaikum uyul...wah !! teringat2 semuanya bila tengok gambar2 di sini...:)
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam mama. hehhehe kann teringat terus.

      Padam
  8. assalamualaikum uyul...uyullll nape x letak nama anak mama sponsor kek...nak nangis la cam ni..hahahah....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alololooooo nanti uyul buh ye ma. sebab uyul copy dari kak eda nih

      Padam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.