SAHAM AKHIRAT MASJID JORAK ELAHI | JOM INFAQ SAHAM AKHIRAT

Assalamualaikum.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu bahawasanya Rasulullah Sallahua 'alaihi wassalam bersabda:
“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim)
Baru baru ini Uyul berpeluang mengikuti satu program kemasyarakatan anjuran Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi (PERMAS), Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Program yang bertujuan bagi mengutip dana untuk pembinaan Masjid Jorak Elahi itu telah berlangsung selama 4 hari itu dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Boleh baca kisahnya di SINI.

Buat masa ini, kempen sumbangan derma dan wakaf bagi pembinaan masjid ini telah digerakkan secara besar-besaran. Menurut Pengerusi PERMAS, Mohd Hamidi Mad Tap, tujuan utama masjid ini dibangunkan kerana masjid sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung keperluan ibadah masyarakat setempat. Lebih-lebih lagi ketika solat Jumaat atau musim perayaan. 

Menurut Datuk Yusof A. Bakar merangkap Penasihat PERMAS, pembinaan masjid baharu yang menggantikan Masjid Jorak Elahi ini bukan sahaja bertujuan untuk menampung seramai lebih 4000 orang dalam sesuatu masa, tetapi berharap dengan pembinaan masjid ini dapat menjadi pusat perkembangan ilmu bahkan menjana pembangunan ekonomi kepada masyarakat setempat.


********************
 INFO RINGKAS MASJID 
********************
Nama Masjid: Masjid Jorak Elahi
Pengerusi Persatuan: Encik Hamidi Bin Mad Tap
Penasihat Masjid: Datuk Yusof Bin A Bakar
Anggaran Kos Pembinaan: RM14 Juta
Keluasan Tanah: 2.3 hektar
Anggaran Keluasan Binaan: 48 013 kps
Kapasiti: 2500 - 3000 Jemaah
Jangka Siap Bina: Jun 2020
**********


********************
 JENIS JENIS SUMBANGAN 
********************
WAKAF
Miliki saham wakaf dengan nilai minima RM300/Lot (1kps)

DERMA
Wang tunai bagi menampung kos pembinaan berjumlah RM14 Juta

KUPON DERMA RM10, RM50 dan RM100:
Derma melalui Kupon Derma RM10, RM 50 dan RM100 boleh disalurkan kepada AJK Pembinaan Masjid yang dilantik.
**********


********************
 KAEDAH SUMBANGAN 
********************
TUNAI kepada:
AJK Pembinaan Masjid Jorak Elahi

CEK atas nama:
Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor (PERMAS)

INTERNET PERBANKAN/DEPOSIT TUNAI/EFT/ATM kepada:
CIMB Bank : 8008397749
Bank Islam : 01032010056099
**********


********************
 HUBUNGI 
********************
Mohd Hamidi Bin Mad Tap : 019 - 7086716
Abd Kahar Bin Osman : 011 - 12734150
Norfaezah Binti Urif : 013 - 7142343
Norazah Binti Zainal : 019 - 3431901
**********


Jomlah sama sama kita menginfaqkan saham akhirat ini. Moga segala usaha kita ini dapat memudahkan orang lain. Sesungguhnya tidak akan miskin tangan yang memberi, bahkan Allah akan menggandakan lagi rezeki tersebut. InshaaAllah.

7 ulasan:

  1. alhamdulillah..kalau ada rezeki why not kan kita buat banyak-banyak saham untuk akhirat
    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  2. assalamualaikum uyulll..in sha Allah semoga dpt kumpulkn saham utk akhirat..
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasssalam mama. betul ma, kalau ada rezeki lebih, boleh menderma sekali. jom ma.

      Padam
  3. semoga dapat kumpulkan saham untuk akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallahh semoga kita semua dapat kumpul saham akhirat.

      Padam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.