ENTRI PERTAMA BULAN JULAI | APA NAK JADI NI UYUL?
ENTRI PERTAMA BULAN JULAI | APA NAK JADI NI UYUL? Salam. Hai hai hai semua. Selamat pagi. Maafkan Uyul yang tak reti nak konsisten update blog, yang tak reti reti adjust masa untuk berceloteh dalam blog usang nih. Aihhh mana tak usang kalau dah bersawang. Ke konon bulan puasa dah plan macam macam dah, nak update entri resepi lah, persiapan raya kononnya lah. Hamekkk sampai raya dah nak habis pun blog masih bersawang. Maafkan saya semua.
Uyul nih fulltime worker di My Photoshop, Batu Pahat. Company yang menjalankan perniagaan percetakan. Department Uyul pulak incaj bahagian Custom Album dan Photobook. Actually dua tiga bulan nih ada masalah sikit dekat company Uyul. Tambah pulakkkk permintaan printing yang melampau lampau dah nih. Mana tak nya, customer makin ramai. Yang nak buat Album lain, yang nak buat Photobook lain, yang nak printing dan pasang frame lain. Tak menang tangan. Manpower yang incaj department Uyul nih cuma 2 orang. Uyul dan jugak Eycak. Before this boleh commit lagi even dua orang je kerja. Tapi sekarang rasa macam tak menang tangan. Haaa ini satu hal.
Satu hal lain pulak, Uyul sekarang ada future plan yang sangat sangat perlukan Uyul untuk sacrifice. Huwarghhh. Uyul nak habiskan bayar hutang PTPTN dalam masa dua tahun. InshaaAllah kalau boleh. Buat pengetahuan semua, tunggakkan PTPTN sejak dari Konvo Diploma ada lebih kurang RM4k. Dan Uyul ada masalah nak restructure semua bayaran PTPTN tuh. Sebabnya, Oktober 2016, Uyul ada buat pengeluaran untuk bayaran balik PTPTN menggunakan akaun kedua KWSP. Tapi sampai laaaaa nihhh hutang PTPTN tak tolakkk pun lagi. Haihhhh lahhh dua bulan nih turun naik KWSP, turun naik PTPTN. Tak cukup dengan kat Batu Pahat, Uyul naik pula pejabat PTPTN di Johor Bahru. Pun sama, tak settle lagi. KWSP cakap PTPTN problem, PTPTN cakap KWSP problem. Manaaaaaa satu nih hoi.
Fuhhh macam macam alasan ek. Kahkahkah. Belum Uyul bagi alasan lain lagi, kekonon macam perdana menteri sibuknya tuh. But then, like seriously memang Uyul busy tak boleh nak cope dengan perubahan kerja yang mendadak. Tambah Uyul buat business tepi, buat job photography lagi. Haaaa banyak nau tau alasan dia.
Pernah terasa nak quit dari dunia blogging sebab dah tak boleh commit. Tapi tertiba rasa nak ketuk kepala sendiri. Amboiiii dah dapat banyak job review, nak stop pulak dia. Haaaa lepas tuhh, Uyul selalu cakap kat diri Uyul, "Kauuuuu baru aktif blogging apahal nakkk stop!! Rakan blogger kemahinnnn ramai dah sekarang, networking dah semakin baikkkk, ada hati nak stop blogging!!!" *sambil tampar pipi sendiri* Hahaha.
So, soooo so! Uyul please lahhh. Ramai lagi blogger yang busy, tapi boleh je commit nak update blog setiap masa. Siap satu hari boleh update tiga ke empat entri. Takkan kau lokek nak update sehari satu entri. Janganlah bajet awak nih macam blogger famous. Update blog bila ada job review je. Trafik pun kena jaga Cik Uyul oi. Takkan nak bagi trafik tuh merah je. Bila nak hijau nya! Hahahaha. Ehhh membebel pulakk Uyul pagi pagi nih. Sorry korang, Uyul kalau dah dapat keyboard memang cemni ahh.
Btw, thank you so much kepada yang sudi singgah blog Uyul selama kehilangan Uyul beberapa minggu ini. Uyul is cannot wait nak buat comeback! Doakan semoga Uyul sihat sentiasa, bertenaga dan ada banyak masa boleh update blog dan blogwalking blog rakan rakan yang lain.
Ala uyul jangan le stop. Baru nak kenal ngan uyul.. hmm. Biasala tu dah keje memang tak sempat nak update. Takpe pelan2 ye. Teruskan dunia blog ni. Rugi la
BalasPadamhehehe. kann baru nak kenal kenal kina. inshaaallah masih mampu bertahan.
PadamMusim Raya no ramai org buat photobook ye. Good luck uyul semoga dpt but ptptn on time
BalasPadamTuu laaa. Photographer ramai betul datang siapkan album dan photobook masing masing.
Padambestnya .. hehe nk belajar btul2 photography tak de masa lagi. ada group dah tpi tu la jauh disaaaaanaa
BalasPadamjom laaa lisaaa belajar photography.
PadamAla kesiannnya dia. Bz sgt ye. Takpe, demi kumpul duit k*****. Hehe.
BalasPadamBuat entry byk2 sekali gus uyul then schedule kan je. :)
heheh itu laa nak kumpul entry then schedule kan. alaaa duit kahwin tak nak fikir lagi haha
PadamBab networking & branding Uyul memang power la, ramai kenal. Kagummm aiiii... Nak macam ni juga...
BalasPadamheheh alhamdullillahh mai. kawan dgn ramai orang tuh yang best.
Padamgood luck uyul..akak punya balance ptptn xpernah check..haha
BalasPadamhuhuh itu laa kakk. target nak habiskan jugak.
PadamJaga kesihatan too, Uyul..huhu..
BalasPadamAll the best, habiskan hutang piutang bagaii
tu laa beb nak habiskan semua hutang. thank youu babe. u too take care.
Padamhai uyul...aku pun baru sekarang rajin nak update blog setelah berbulan bulan tinggalkan blog sunyi sepi begitu jak..hihi..ada masa update lahg blog..
BalasPadamitu laa perasan anum tak update blog, busy jugakk ye.
PadamSebenarnya uyul Dan mama dlm bidang lebih kurang juga. Mama kerja bidang printing tp more to commercial Dan offset
BalasPadamwahh mama boleh laaa share knowlegde dekat uyul juga nanti.
PadamAla.. jgn la benti uyul.. uyul dah byk review kan skrg.. jadi kan tu semangat utk terus update blog.. time ada masa schedule beberapa entry terus.. akak wat mcm tu je..
BalasPadamhuhu itu laaa kak dilah. inshaaallah tak stop. masih nak berkawan dgn rakan rakan blogger,
PadamKira blog ni cuti rayalah.
BalasPadamhahaahaaa dia amik cuti puasaaa haha
Padamsalam kenal.. CT dah follow sini =)
BalasPadamCT suka buat photobook hehe.. semoga dipermudahkan urusan..
wassalam hai kak siti hehehe. terima kasih
PadamAssalamualaikum Uyul..Kak Sha maii singgah sini free2 nii...jangan stop k.....layan jee...sayang bila dah buka blog nii
BalasPadamwassalam kak shaa. tak takkk inshaallah bertahan.
PadamThanks masukkn blog CR dlam list.
BalasPadamNk tmph photobook jgk boleh?hee
hehehe. sama sama cik renex. betul ni nak buat photobook? jom jommm.
Padamuyul janganlah stop blogging, mya suka baca celoteh uyul kat sini.
BalasPadamassalamualaikum uyul...slow2 uyul x pe...lama2 okay tu...
BalasPadam** Mama Maszull