FIESTA ISLAMIC 2017 | MAJLIS PELANCARAN TABUNG PEMBINAAN MASJID JORAK ELAHI

Assalamualaikum.


Wahh. Meriah hujung minggu Uyul yang lepas. Pada 8 dan 9 April, Uyul telah berkunjung ke satu program islamik anjuran Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi (PERMAS), Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dengan kerjasama Mobile Fiesta.

Fiesta Islamic 2017 ini telah berlangsung pada 6 hingga 9 April di tapak pembinaan Masjid Jorak Elahi. Tujuan program ini diadakan tak lain tak bukan bagi mengutip dana pembinaan Masjid Jorak Elahi yang baru. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 4 hari program itu berlangsung. Antaranya adalah ekspo jualan, ceramah keagamaan oleh Ustaz Syamsul Debat dan Ustaz Dato Badli Shah, persembahan artis oleh Heliza Helmi, Wan Helmi, Kumpulan Devotees, Imam Muda Hafiz, Syuk SYJ dan Atu Zero, pertunjukan fesyen oleh Mahlina Andaman, pertandingan untuk kanak kanak dan orang dewasa serta aktiviti sukan lasak seperti memanah, permotoran ATV, Flying Fox dan Mini Petting Zoo.

Jom layan gambar sepanjang program ini berlangsung.


**********
  BOOTH JUALAN  
**********












**********
  PETUNJUKKAN FESYEN PENGANTIN MAHLINA ANDAMAN  
**********



**********
  CERAMAH USTAZ SYAMSUL DEBAT  
**********






**********
  SLOT PEMBAHAGIAN BERAS  
**********






**********
  X-PRESSI SENI ISLAMIK  
**********












**********
  PERASMIAN TABUNG PEMBINAAN MASJID JORAK ELAHI  
**********












**********
  GATHERING KELAB BERKERETA / MOTOR  
**********








**********
  SUNNAH RECREATION PARK   
**********













Uyul berkesempatan untuk sertai program ini selama dua hari sahaja. Terasa rugi pula tak dapat join for the whole program. Apa yang buat Uyul teruja ialah dapat jumpa kawan kawan Blogger dari KL. Halim Brothers, Alja, Emi, Abang Khir dan Marou. Dapatlahh lepak sekali dengan dorang, bawak makan dekat Naan Tandori dan jugak Nasi Bariyani Power. Tak ada rezeki kawan kawan nak makan Mee Racun malam tuh. Habis pusing tiga tiga Mee Racun tutup.


2 ulasan:

  1. bestnya. kak ana suka pergi event mcm tu dulu. skrg dh ada anak kena pikir 2 3 kali. huhu. ramai juga artis yang turun padang tu ye Uyul.

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.