MANA NAK CARI TAPESTRY MURAH?

MANA NAK CARI TAPESTRY MURAH? | Salam. Hai semua. Siapa kat sini suka berVlog? Okay actually awal tahun hari tu, rajin betul Uyul berVlog kan? Ke kono excited nak join Projek 2017 Broframestone. Tapi disebabkan kekangan masa, tergendala semuanya. Haihhh jeles tengok kawan kawan semua berVlog. Rajin betul mereka. So disebabkan Uyul pun rajin tengok Video mereka, haaa apa lagi datanglah semula minat nak berVlog dan aktifkan kembali Youtube Channel Uyul. Kahkahkah. Okay sekarang korang pergi Subscribe Youtube Channel Uyul! Tak kira! Buat sekarang! Search je Uyul Rosli dekat Youtube ataupun klik SINI.

Disebabkan niat nak kembali aktif tu da ada, mula lah tercari cari Tapestry murah. Alaa kalau korang perasan, ramai Youtuber gunakan Tapestry nih untuk dijadikan background pada video dorang. Uyul usha dah lama dah. Bila laaa agaknya dapat beli kan. So, search pun search kat Instagram tuh, jumpa satu Instagram yang jual. Katanya murah dan berbaloi. Instagram tapestryad.co nih jual memang murah lah. RM45 untuk saiz single dan RM60 untuk saiz double.


Okay, anak anak Mummy dah rasmikan dulu Tapestry Mummy. Kahkahkah. Haaa jangan kecam, Uyul memang hantu teddybear! Semua nih pemberian orang. Kika + Richka + Omok.


Ringlight comel nih pulak Uyul beli dari rakan blogger Wawa Ashihaaraa. Kebetulan Wawa beli, Uyul kirim sekali. Tak tahu pulak Wawa beli dari mana, tapi rasanya dekat Lazada pun ada jual. Oh ye, tapestry nih code Aubrey Green. Korang boleh tengok dekat Instagram tapestryad.co untuk corak dan warna lain.


Taraaa! Projek Vlog tanpa menggunakan DeSeLeRe lahh lepas nih. Memang rekod guna iPhone je.


Okay, dah try hari tuh rekod video guna ringlight dan berlatarbelakangkan tapestry cantik nih. So far memang bestlahhh kan. Dah ada background cantik, haaa cuma kualiti video tuh, tak la berapa cantik sebab front camera iPhone nih kadang dengki jugak, dia nak lighting yang cukup baru kebabom hasilnya.

So takkan nak kena beli ringlight yang macam MUA gunakan tuh? Hahaha.

3 ulasan:

  1. Hi Uyul.. baru akak tau pasal tapestry ni.. tak penah tahu pun.. kahkhakahhh.. kesian akak kan ketinggalan zaman.. tp yg ringlight tu mcm best jer.. nak cari la nanti..

    BalasPadam
  2. kemain lagi.. teddy bear pun ada nama...

    - Mia Liana

    BalasPadam
  3. tapestry ke nama kain tu. haha. baru kak ana tau. boleh tahan juga harga dia ye. nak usher juga lah. kihkihkih

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.