SAMPAI TUA KITA BERCINTA MACAM NI YA SAYANG (SYAHMI HAZIM, 2020)

SAMPAI TUA KITA BERCINTA MACAM NI YA SAYANG (SYAHMI HAZIM, 2020) | Banyaknya isu pasangan curang kan sekarang. Bercinta bertahun tahun, dah tunang boleh putus, dah nikah pun boleh curang. Pernah terfikir, macam mana eh orang boleh ada niat nak curang? Ada niat nak berpaling tadah? Hmm.. Haihh takut sebenarnya nak fikir. Ye lah, pernah berada dalam toxic relationship. Tahu rasa sakitnya tu macam mana. Actually, teringat hari tu, suami Uyul, tiba tiba je tenung Uyul then dia cakap,
"Sampai tua kita bercinta macam ni ya, Sayang."

Kadang kadang, random conversation macam ni, buat Uyul terfikir kan? Boleh ke cinta ni kekal sampai tua? Sampai bila bila? Sebak tau kalau tertiba suami cakap macam ni. Yelaaaa, tertiba je bercinta tak sampai 3 bulan dah ajak kite kahwin. Lepas tu ehh tertiba dah ada tunang, ehh tertiba nikah dah, nikah PKP pulak tu. Macam tak ready apa, dah jadi wife orang. Bercinta selepas kahwin dengan orang yang kite tak berapa kenal ni, mahu tak paranoid.

Uyul ni selalu jugalah tanya Syahmi,
Abang sayang kite tak? Kenapa abang sayang kite? Sampai bila abang akan sayang kite?

Suami macam biasa lah ek, malas nak layan isteri dia. Uyul memang ulang ulang tanya sebelum tidur. Ada sebab kenapa Uyul tanya dia. Supaya dia selalu ingat kenapa hubungan ni sampai ke tahap ni. Supaya dia tahu, perkahwinan bukan pengakhiran hubungan yang dah dimulakan. Supaya dia selalu tahu, Uyul perlukan dia sampai ke akhir hayat.



Hopefully suamiku baca entry ni dan tak jemu lagi nak jawab soalan sama ulang kali.

13 ulasan:

  1. aww..so sweet.... Moga perkahwinan ni kekal sampai ke Syurga,Amin.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for the dua' Cuya. Amin amin yra.

      Padam
  2. Moga kekal sampai ke Syurga buat selamanya.. AMIN. Tahniah Uyul! Hehee~
    Memang seram, tapi percaya kepada Takdir ALLAH yang ESA. Kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin yra. Thanks Nona atas doanya. Ya, betul takdir Allah tepat pada masanya. Tak lambat tak cepat.

      Padam
  3. Doakan aku dapat "bercinta" pulakk yer uyul 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaaAllah Ain, semoga dipertemukan jodoh sebaiknya. Orang baik, jodohnya dengan orang baik. Tak lama lagi ada laaa tu. Jangan memilih sangat tau!

      Padam
  4. Insyallah.semoga uyul dan husband kekal hingga ke jannah.Yang penting kita kena bertolak ansur dengan pasangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin yra. Terima kasih kakak atas doanya dan tips berumahtangga tu. Fuhhh kite jauhh lagi ni perjalanannya.

      Padam
  5. makin kuyusss la awak ni... dating jom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha! Tak boleh blahhh kakk. Mana ada kuyus! Rindu lahh. Haihhh.

      Padam
  6. Selamat pengantin baru Uyul..moga bahgia hingga ke Jannah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin yra. Terima kasih sis lin atas doanya tuh.

      Padam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.