RESEPI BINI ORANG | ASAM PEDAS AYAM UNTUK SI DIA

RESEPI BINI ORANG | ASAM PEDAS AYAM UNTUK SI DIA. Laaaa, dah tiga bulan kahwin baru tahu CamiAjim ni makan favourite dia Asam Pedas Ayam. Tersama pulak favourite kite ya. Maklumlahh kalau dah bercinta lepas nikah ni, memang banyak je benda tak tahu tentang pasangan kite kan? Can be considered la bercinta lepas nikah. Kalau dah tertiba je Uyul move on dan dapat pengganti, terus nikah pulakk. Haaaa memang bercinta lepas nikah lah gamaknya. Tapi entri kali ni tak nak cerita pasal tu, nak share resepi Asam Pedas Ayam bodoh bodoh takde daun kesum apa semua ek. Itu lahh, tak reti nak tanam daun kesum depan rumah. Nak beli dekat Aeon Big, memang tak ada.


Actually siang tadi berpusing jugaklah. Nak cari ayam buat lauk. Bosan makan ikan je seminggu nih. Beli ayam seekor tu, bolehlah dapat 3 ke 4 kali lauk. Ayam sekilo dalam RM7.50. Ayam tadi tu ada lah dalam 1.5kg. Agak murah lah kalau nak banding beli lauk dah siap atau makan dekat kedai. Mahu tak jimat kalau masak sendiri kan.

So dijadikan cerita, habis pusing dekat Parit Besar, tutup pulak Kedai Runcit Berkat Sabar tu. Uyul kalau area Batu Pahat ni memang tak tahu sangat kedai yang boleh beli semua benda dalam tu, one stop centre gituu. Kalau dekat Johor Bahru dulu senang je, ada Maslee, balik kerja boleh singgah beli barang dapur semua. Hmm, last last dah pusing takde kedai jual ayam, nak ek Aeon Big, jauh pulak, haaa beli lahh dekat Yong Mart. Dekat dengan tapak niaga Dapo Uncle. Lega dah beli semua benda satu tempat. Terus balik, bersihkan ayam, potong potong sayur siap siap. Bagitahu kat CamiAjim, hari ni nak masak Asam Pedas Ayam lah.

"Sedapnya yang, Asam Pedas Ayam. Favourite abang tuhhhh."
Terus semangat yaaa Uyul nak masak. Tapi tu lahhh, bahan nak masak pulak tak cukup. Daun kesum pulak takde! Adehh kalau tak dah pedepawwww sedap dia. Tapi CamiAjim kata rasa dia sedap, haaa kira menjadi lahh ehh even takde daun kesum. Maka dapatlah dua lauk malam ni, Asam Pedas Ayam dan Sayur Masak Sos Tiram. Fuhh CamiAjim makan bertambah, terus rasa happy macam apa ya. Maklumlahhh, perempuan ni kalau baru baru kahwin, kena belajar masak apa suami suka makan, baru boleh ikat perut dia. Perut suami happy, kite pun happy dapat suami buncit mok mok!


Panjang pulak ya Uyul bebel, resepinya tak muncul muncul pulak ek. Okay jom tengok cara masak Asam Pedas Ayam versi Uyul Rosli khas untuk suami tercinta.


Bahan-bahannya:

Bahan A (dikisarkan)
Lada Kering - 20 batang
Bawang Besar - 1 biji
Bawang Putih - 4 biji
Kunyit Hidup - 2 inci
Belacan - 2 inci

Bahan B
Ayam - 6 ketul
Daun Kesum - secukupnya
Air Asam Jawa - secukupnya
Serbuk Lada Hitam - 1 sudu kecil
Garam & Gula - secukupnya

Cara-caranya:
Kisarkan Bahan A dan tumis bahan yang dikisar dengan minyak yang mencukupi. Pastikan minyak betul betul panas. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga ayam hampir masak. Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan daun kesum yang telah dicuci bersih. Masukkan serbuk lada hitam. Jangan banyak sangat ya. Kang pedas meretip pulak. Perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidang.

Alhamdulillah, sesejak pegang jawatan "Domestic Engineer" nih, seketul Uyul Rosli semakin rajin ke dapur. Semoga skill dan bakat memasak tu semakin power ya!

9 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa... i love it! Asam pedas memang sedappo.. kalau takda daun kesum, org ckp.. tu asam pedas Melaka... Hoho.. yang penting, sedappp..Kan

    BalasPadam
  2. Bila dapat pujian, ni yang semakin rajin nak masak

    BalasPadam
  3. ohh kau letak lada hitam and belacan sket ehkk... okay pasni aku nak cuba pulak lah gitu,,,

    BalasPadam
  4. Menu kesukaan kami anak beranak kecuali Ayahnya hehehehe letak kentang pun sedap Yul...

    BalasPadam
  5. lapo hujan2 tengok asam pedas ayam.. feveret abang ilham ni hehehe

    BalasPadam
  6. sedap ni, baru je makan minggu lepas kak ajan masak..hahahahhahahahah

    BalasPadam
  7. Selalu kak ana mkn ikan masak asam pedas. Tp adik kak ana ajar makan ayam asam pedas plak. aishh sedap rupanya.

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.