TOKIO MARINE LIFE INSURANCE MALAYSIA MENYUMBANG 10 UNIT KOMPUTER RIBA, 10 UNIT CPU DAN BARANG KELENGKAPAN RUMAH KEPADA 5 BUAH NGO
TOKIO MARINE LIFE INSURANCE MALAYSIA MENYUMBANG 10 UNIT KOMPUTER RIBA, 10 UNIT CPU DAN BARANG KELENGKAPAN RUMAH KEPADA 5 BUAH NGO | Kuala Lumpur: Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. (TMLM) terus berpegang kepada prinsip panduan syarikatnya iaitu "Look Beyond Profit" dengan sumbangan kepada lima buah organisasi kebajikan di Malaysia yang amat memerlukan. TMLM telah menderma beberapa unit komputer riba dan CPU milik syarikat yang telah dibaik pulih semula berserta barang kelengkapan rumah kepada beberapa organisasi kebajikan di Malaysia baru-baru ini.
Sumbangan ini merangkumi 10 unit komputer riba, 10 unit CPU berserta dengan 10 unit skrin monitor baru, dan barang kelengkapan rumah yang bernilai RM5,000 kepada Good Shepherd Service, GT Community Centre, Suriana Welfare Society Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia dan Yayasan Sunbeams Homes.
"Tujuan kami adalah untuk menyediakan kemudahan kepada kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Pada masa yang sama, ia dapat membantu wanita dari rumah kebajikan untuk terus mencari pendapatan dan membantu mereka yang telah terjejas oleh COVID-19. TMLM juga akan menuju ke arah untuk mencapai matlamat “paperless” iaitu “tanpa kertas” pada akhir tahun 2020. Sumbangan ini meluaskan inisiatif digitalisasi kami lebih sekadar amalan dalaman syarikat dan menggalakkan badan kebajikan yang menerima sumbangan ini agar terus mengikut perkembangan semasa dan teknologi," kata Timbalan Ketua Eksekutif TMLM, Encik Yoshiaki Okabe.
"Selain daripada komputer riba, CPU and skrin monitor, barang kelengkapan asas rumah seperti makanan kering, pelitup muka, produk pembersih tangan hingga perkakas rumah seperti kipas siling dan dinding turut disumbangkan. Kami berbesar hati untuk memberi sedikit bantuan dan sumbagan yang diperlukan mereka," Okabe menambah.
"Kami amat menghargai usaha TMLM dalam memberi kemudahan dan keselesaan terhadap persekitaran kanak-kanak yang hadir di pusat kami untuk mendapatkan bantuan pembelajaran. Disamping itu juga, komputer riba yang disumbangkan akan menjadi kemudahan kepada anggota pasukan kami untuk berkerja dengan lebih mobil," kata Chin Poh Choo, Pengarah Eksekutif Good Shepherd Services.
"GT Community Centre adalah pusat kebajikan ketiga yang telah menerima 4 buah CPU terpakai yang telah dibaik pulih sebagai sebahagian kemudahan pusat tuisyen percuma mereka berserta dengan sumbangan keperluan isi rumah yang bernilai RM 1,000. Sumbangan dari TMLM sangat bermakna kepada kumpulan sasaran ini dan komuniti miskin sekitar Klang dan Kapar yang cuba kami bantu," kata jurucakapnya, Encik Roy Tan.
"Tanpa peralatan kelengkapan ini, ia amat menyukarkan kami untuk membantu kanak-kanak supaya terus maju dengan menggunakan teknologi semasa. Oleh itu, sumbangan seperti ini sangat bermakna bagi kami," tambah Roy.
"IT dan digitalisasi tidak dapat dielakkan dari kehidupan sekarang. Untuk membantu kanak-kanak mengikuti perkembangannya, kita perlu melengkapkan mereka dengan pengetahuan IT. Jadi sumbangan seperti ini tepat pada masanya dan sangat diperlukan. Kami berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dari TMLM," kata jurucakapnya, Rachel Ho. Suriana Welfare Society yang juga menerima sumbangan keperluan rumah bernilai RM 1,000 dari TMLM yang akan diedarkan kepada 21 keluarga kurang mampu di Desa Mentari.
"Komputer riba dan desktop ini menjadi keperluan penting sebagai kemudahan pembelajaran dalam talian kanak-kanak di pusat kami. Kami amat berterima kasih atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh komuniti dan TMLM," kata pengasas Ti-Ratana Welfare Society, Datuk K. Sri Dhammaratana.
Good Shepherd Services receives two ceiling
fans and one wall fan worth RM1,000 for their Community Service Centre in Ipoh,
along with four used laptops for their staffs in HQ. Ms. Megan Lim (right) and
Ms. Chin KaChin (left), Senior Executive and Manager of Tokio Marine Life
Corporate Communications Department hands over laptops to Ms. Prema (centre),
admin officer of Good Shepherd Services.
"Wabak yang melanda ini benar-benar telah membawa pulang ke kenyataan bahawa kami kini hidup di dalam senario masa yang tidak dijangka sebelum ini. Kami tidak boleh meneruskan kehidupan yang sama . Kami mempertimbangkan mereka yang kurang bernasib baik dan kami sangat bersyukur TMLM mempunyai pendapat yang sama. Kami berharap, di masa hadapan usaha kami akan terus mendapat sokongan dari komuniti seperti mereka ini," Kata Ps. Victor Maniam, Pengurus Yayasan Sunbeams Home.
Organisation |
Email |
Contact Number |
Good Shepherd Services |
pcchin@goodshepherd.my |
012-2326101 |
GT Community Centre |
roykh_tan@yahoo.com
|
012-661 0650 |
Suriana Welfare Society Malaysia |
enquiry@suriana.org |
1300-88-2200 03-7955 6000 |
Ti-Ratana Welfare Society Malaysia |
info@ti-ratana.com |
03-7988 1888 |
Yayasan Sunbeams Home |
012-636 8229 |
Tiada ulasan:
DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.
I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.