DAPATKAN PERFUME FRAGRANCE LAUNDRY BEADS MURAH DI MISS LIYA SHOP, BATU PAHAT

DAPATKAN PEWANGI PAKAIAN MURAH DI MISS LIYA SHOP, BATU PAHAT | Assalamualaikum. Korang pernah tak dah basuh baju banyak banyak, lepas tu bila angkat pakaian di ampaian, habis semuanya bau hapak? Dah letak banyak sabun pun masih tak bau wangi? Rasa spoil kan bila nak melipat baju tuh? Padahal cuaca tak laaa mendung, bila sidai dekat ampaian tuh, panas terik juga, tapi tetap bau hapak.


Actually, banyak sebab kenapa baju baru basuh bau hapak. Antara sebab baju bau hapak ialah mungkin korang basuh baju tu terlebih muatan dalam mesin basuh. Nak nak yang pakai mesin basuh automatik tuh. Kalau boleh nak masuk je ek sekali harung bajunya, seluarnya, underwearnya. Kalau untuk sehari dua takpe, ini sampai seminggu tak basuh, nak basuh sekali harung, bukan je bau hapak, basuh pun jadi tak bersih, mesin basuh pun boleh jahanam awak.


Uyul pulak, kalau dah seminggu tak basuh, memang sehari tu jalan mesin basuh sampai dua tiga kali. Ya lah, kadang tu pernah balik rumah Mak Mertua tak plan apa, tapi baju kotor dah masuk dalam machine plannya nak basuh esok lah, hmm. Kalau dah balik JB dua tiga hari, memang melambak lahh baju tu. Sekarang dah tak perlu risau tau basuh baju banyak banyak lepas tu bau hapak. Uyul dah jumpa penyelesaian terbaik. Murah dan berbaloi. Seperti biasa, kita cari barang murah je wak. Selagi boleh murah, kita beli yang mur mur aje.

Perfume Fragance Laundry Beads jawapannya!

Yang bestnya Laundry Beads ni, tak payah dah guna pewangi yang mahal mahal tu. Laundry Beads ni RM8 sahaja hokey!! Sebotol ni ada 30 biji. Selalunya Uyul akan guna 1 biji untuk setiap cucian. Bermakna untuk 30 kali cucian, cuma RM8. Fuhhh dia punya wangi tu, hilang terus bau hapak baju. Memang takde masalah bau waktu nak lipat baju yang menggunung tuh. 


Korang masukkan je 1 biji Laundry Beads masuk dalam washing machine. Tapi kan, ni pewangi je tau. Korang masih perlu gunakan segala detergent ya untuk membasmi segala kekotoran yang melekat pada pakaian tu. Tak kira lah jenis serbuk atau cecair. Kang tak buh detergent, tak berkesan pulak. Bau hapak ni pun datangnya dari kekotoran yang melekat. Letak 30 biji untuk sekali cucian pun tak guna kalau takde detergent. Laundry Beads ni lasting forever ya bau dia. Lepas lipat, simpan dalam almari pun masih berbau wangi. Satu almari terus wangi. Jimat tak jimat gais?


Kat mana nak dapatkan Laundry Beads ni ya? Kalau area Batu Pahat tu, korang boleh ke Miss Liya Shop yang terletak di Jalan Rugayah. Sebelum ni butik ni dikenali sebagai Butik Emiliya tapi owner dah rebranding butik sebagai Miss Liya Shop.




RM8 SAHAJA!!



JOM DAPATKAN PERFUME FRAGRANCE LAUNDRY BEADS SEKARANG DI:

Miss Liya Shop

2 ulasan:

  1. Menarik ni uyul. Murah pulak harga dia utk kegunaan 30x cucian. Boleh try juga ni.

    BalasPadam
  2. Uyul nak lebih wangi, campur gak dengan pewangi Daia, gile mencengkam baunya hahahahaha...

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.