TOTAL DAMAGED RM700++ UNTUK WUR KESAYANGAN MAMI

TOTAL DAMAGED RM700++ UNTUK WUR KESAYANGAN MAMI | Salam. Fuh, baru gaji duit dah melayang. Itulahh dia tuh. Sekali keluar duit sampai RM700 plus plus. Memang terasa sangat besar untuk seketul Uyul Rosli. Untuk kesayangan Mami, terpaksa lahh juga kita spend lebih sikit bulan nih. Apa yang total damaged sampai RM700 tuh? Haaa, ni nak cerita lahh nih.


Aircond kereta Uyul si WUR tuh lama dah rosaknya. Mula mula macam gas habis, topup je lah. Baru RM30 - RM40 sekali topup. Kali pertama topup dapat bertahan sebulan. Sejuk tak berapa nak sejuk, tapi masih okay nak ke mana mana tu. Kali kedua Uyul topup gas, hmmmm seminggu je dia bertahan. SAH! Mesti ada rosak dekat mana mana nih. Tapi masa tuh tak terus repair lah. Saya nih perempuan, kalau pergi bengkel, madah kena tipu je. So bincang dengan Syahmi, minta Syahmi je laaa yang hantar ke bengkel.


Merasa lah juga berminggu minggu kereta takde aircond. Hari biasa boleh lagi, datang hari hujan. MashaaAllah, nak turun tingkap memang banjir lahh WUR Uyul nanti. So nak tak nak, payday je terus mintak Syahmi hantar ke bengkel. Sebelum tuh Uyul ada survey survey jugak. Bengkel bagitahu Cooling Coil rosak, caj dalam RM600 jugak. So Syahmi survey dekat area Skudai, pun lebih kurang dalam RM550 siap topup gas sekali. Haaa, Uyul on je laa. Dah hantar ke bengkel hari Jumaat lepas tapi bengkel takde stok Cooling Coil tu, jadinya postpone ke hari Isnin. Nampaknya, Sabtu esoknya tu tak dapat lah hantar pengantin dengan selesa. 

Sabtu lepas habis majlis Irah, Uyul dan Syahmi gerak balik Batu Pahat. Fuhh mencabar kereta takde aircond ek. Berpeluh peluh saya. Lepas selesai majlis Aqiqah anak buah Uyul, Syahmi pun balik semula ke JB. Long weekend kan, so Uyul stay dekat kampung sampai Selasa. Syahmi balik JB dan akan hantar kereta Uyul ke bengkel hari Isnin tuh.



Syahmi bagitahu nak kena tambah lagi RM50 untuk tukar valve. Okay lahh Uyul transfer lagi duit untuk Syahmi bayar ke bengkel. Sebelum tuh Syahmi bagitahu batery kereta Uyul dah konggg dah!  Syahmi duk start enjin tak nak hidup. Dah sampai masa nak kena tukar. Tukar batery dalam RM140 macam tuh. Fuhh, betul betul  mencabar saya ye. Mementang lahhh WUR tuh hutang tinggal RM1600 je, macam macam dia mintak. Tu belum mintak kasut baru tuh. 

Tapi tak pe lah, kalau tak kerana WUR, takdenya Uyul ada transport nak ke mana mana. Terima kasih WUR kerana berjasa dengan Mami. Nanti tahun depan kite modified sikit eh. Takde komitmen bulanan dah. Ingat nanti nak tukar fender pulak. Kesan dari accident langgar divider yang lepas. Bajet lari, tak dapat nak repair.

Lain kali sediakan payung sebelum hujan ye Uyul. Saving untuk kereta tuh kena ada. Syahmi pesan lepas ni every month kena saving untuk WUR. Maintenance kena ada, emergency pun kena ada. Terima kasih dekat Syahmi. Kalau takde dia tolong uruskan kereta Uyul tuh, entah siapa lah nak tolong Uyul kan. Really appreciate your effort, sayang. Takde awak, tah apa jadi dengan WUR.


Korang yang area Skudai tuh kalau tak tahu nak hantar ke mana untuk servis kereta, boleh ke Pusat Tayar & Bateri Cemerlang, beralamat di:

65, Jalan Perdana 4, Taman Sri Pulai,
Perdana 2, 81110 Kangkar Pulai, Johor.
Telefon: 019-7787908 / 07-5500080

5 ulasan:

  1. ooo kat pulai perdana tu...

    BalasPadam
  2. Dah sejuk barulah selesa memandu WUR

    BalasPadam
  3. macam-macam ye WUR mintak. bateri memang mahal. apatah lagi spare part yang lain.

    BalasPadam
  4. Dah tiba masa orang kata Uyul, kena laa tukar, kalau di bior nanti, jangkit penyakit lain kereta tu huhuhu

    BalasPadam
  5. WUR pun nak manja sekali sekala. Hihihi. Bestnya dah nak bebas hutang.. Doakan kita dapat beli kereta sendiri next year.

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.