INSTAGRAM FEED UYUL ROSLI ADA JIWA


INSTAGRAM FEED UYUL ROSLI ADA JIWA | Salam. Siapa je sekarang tak ada akaun Instagram? Uyul rasa semua orang ada Instagram. Even budak sekolah rendah pun dah pandai generate income dari Instagram. Yang mak mak pulak, anak baru keluar terus dah ada dah akaun Instagram. Fuh, punyalah pesat Instagram ni membangun di seanterio dunia, siap boleh jadi lubuk rezeki orang yang berniaga online lagi. Siapa dekat sini belum follow Instagram Uyul, sila berbuat demikian. Boleh follow https://www.instagram.com/uyulrosli



Seingat Uyul, Instagram nih mula digunakan pada  tahun 2011. Rasanya lah masa tuh Uyul dah ada dah akaun Instagram nih. Dulu duk guna username @waneybambam. Dan Instagram tuh masih ada lagi sebenarnya. Tapi korang toksah lah follow Instagram yang itu, takde apa dah. Ada follower secoet je.  Actually entry kali nih Uyul nak share dengan korang betapa Uyul suka betul tengok Instagram feed Uyul. Ada soul katanya. Ada soul yang macam mana tuh?

Jom! Payung sikit screenshot Instagram feed Uyul dekat sini.




Kenapa Uyul kata Instagram feed Uyul ni ada jiwa? Yelaaaa, kalau Uyul skrol dari atas ke bawah, Uyul baru nampak yang Uyul ni ada life, ada kawan kawan, ada aktiviti harian, ada je benda yang berfaedah Uyul buat. Ya, memang. Kita tak boleh judge kehidupan seseorang dekat Social Media. Tapi, Uyul nampak perubahan pada life Uyul. Kalau dulu, asek lahhh nak post benda benda sedih. Tak pun sebuk nak post selfie sampai ada yang muak nak tengok. Hahaha. Ampun, maafkan saya.



Actually, bila Uyul busy, barulah Uyul rasa Uyul ada life. Ada je benda nak buat. Join event blogger, join food review. Semua tuh buat Uyul rasa happy. Atleast Uyul tak tepu duduk dekat rumah tanpa buat apa apa. So bila dah ada benda nak buat, mesti lah kita nak snap gambar sana sini untuk buat kenangan. Dan kenangan tuh kena ada platform untuk kita simpan. Instagram lah jawapannya. Tu yang bila kadang kadang duk diam diam, skrol Instagram sendiri rasa macam seronok tengok.



Uyul pulak jenis kalau makan tuh, mesti nak Camera-Eat-First. Kadang tuh storage hp 128gb pun penuh gara gara snap gambar makanan. Tuh yang lepas je upload dekat Instagram terus delete gambar gambar semua. Haaa tips tu ye kawan kawan. Takdelah storage hp tu penuh. Jadikan social media tu sebagai cloud storage. Zaman sekarang, itu je paling efisien nak simpan gambar. Kalau nak cuci pun simpan dalam album, boleh je direct print dari Instagram. Banyak dah booth yang boleh print gambar dari Instagram korang.

Jom tinggalkan akaun Instagram masing masing. Boleh Uyul follow nanti.

Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.