PENGALAMAN KE THE SHORE OCEANARIUM, MELAKA
PENGALAMAN KE THE SHORE OCEANARIUM, MELAKA | Salam. Dua tahun juga ye Uyul tak ke Melaka sejak graduate. Melaka ni best sebab tempatnya kecil, nak ke mana mana pun senang, syurga makanan dan banyak tempat tempat bersejarah yang boleh dilawati. Sepanjang 5 tahun berada di Melaka sebagai pelajar di UiTM, banyak lagi tempat tempat yang belum Uyul lawati. Antaranya adalah The Shore. Itu pun sebab masa The Shore Shopping Gallery tuh baru dibuka, Uyul dah pun tamat pengajian di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Sememangnya tak berkesempatan untuk pergi.
Antara tarikan terbaru pelancong di Melaka adalah The Shore Oceanarium. The Shore Oceanarium ini terletak di tingkat 2 The Shore Shopping Gallery. Ianya berada di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Tapak Warisan Dunia UNESCO Malaysia. Uyul tiba di The Shore Oceanarium tepat jam 2:00 pm. Selesai pengambilan tiket di kaunter, Uyul terus masuk ke akuarium The Shore Oceanarium ini. Disini, kita akan berpeluang untuk explore macam macan hidupan darat dan laut sambil mempelajari ekosistem bumi dengan lebih dekat.
Akuarium di Oceanarium pada dasarnya dibahagikan kepada beberapa bahagian. Seperti yang akan Uyul cerita kan di bawah:
Dekat section ini, korang berpeluang untuk celupkan tangan dalam kolam yang disediakan untuk merasai sendiri hidupan laut seperti tapak sulaiaman, sea cucumber, sea urchin, bamboo shark and jellyfish. Uyul cuma mampu pegang star fish je sebab dia keras. Yang lain lain tuh lembut semacam memang idok Uyul nak pegang. Tapi korang jangan takut, akan ada orang yang jaga dekat setiap kolam tuh.
Nampak macam berani, padahal penakut. Uyul ingatkan tapak sulaiman nih lembut je rupanya dia keras ya.
Cubaan untuk pegang tidak berjaya. Kadar ketakutan saya melebih kadar excited nak pegang dia. Walaupun berulang kali cubaan untuk crew tu pujuk Uyul. Hahaha, aduhhh geli sebenarnya dia lembik lembik camtuh.
Belangkas nih pun sama, takde makna Uyul nak pegang. Walaupun shell dia keras. Syahmi je laaa berani nak pegang.
Di mana orang boleh mengetahui lebih lanjut tentang reptilia, ular, katak, rama-rama, serangga dan haiwan kecil lain seperti landak dll. Uyul seperti biasa, geli tengok ular dan katak. Tah ekk, species ular dengan katak nih macam menggelikan.
Section in merupakan bahagian utama Oceanarium di mana ia terus dibahagikan kepada beberapa subseksyen: Oceanarium Theatre, Quest Shark, Muzium Laut Shell, Ikan Laut & pameran karang.
Korang berpeluang mengetahui semua tentang ekosistem sungai di seluruh dunia yang mempamerkan spesies ikan yang berbeza di rantau sungai yang berlainan: Sungai India, Sungai Chinese, Sungai Australia, Lake Malawi & sebagainya. Subseksyen yang lebih besar di sini adalah Ekosistem Malaysia, di mana ikan spesies asli di negara kita akan dipamerkan di sini.
Sumpah suka tengok gambar nih. Rasa macam berada dalam lautan je dikelilingi hidupan laut yang pelbagai.
Geram pulak tengok Kangaroo nih kan?
Di section ini, korang berpeluang mengetahui 10 jenis haiwan paling beracun dan berbisa seperti Box Jelly Fish, King Cobra, Cone Snail, Blue-ringed Octopus, Death Stalker Scorpion, Stonefish, Brazilian Wandering Spider, The Inland Taipan, Poison Dart Frog dan Puffer Fish.
Disini, korang akan dapat lihat hidupan laut yang masih bertahan dengan peredaran zaman walaupun pergolakan alam berlaku. Banyak hidupan mengalami kepupusan namun masih ada yang survive seperti Nautilus, ketam kuda, ikan dayung & sebagainya.

INTERACTIVE TOUCH POOL

MAGICAL VACUUM AQUARIUM
Magical Vacuum Aquarium ini pula adalah akuarium yang dibina dengan reka bentuk vakum khas dan unik tanpa mengikut undang undang fizik. Oleh yang demikian, takde lahh air yang akan terkeluar dari akuarium nih. Kalau korang hulur tangan dalam lubang di bahagian tengah tengah tuh, memang air takkan terkeluar langsung. Ajaib bukan?? Sebab tuh nama dia Magical Vacuum Aquarium.
JUNGLE QUEST
Di mana orang boleh mengetahui lebih lanjut tentang reptilia, ular, katak, rama-rama, serangga dan haiwan kecil lain seperti landak dll. Uyul seperti biasa, geli tengok ular dan katak. Tah ekk, species ular dengan katak nih macam menggelikan.
OCEAN JOURNEY
Section in merupakan bahagian utama Oceanarium di mana ia terus dibahagikan kepada beberapa subseksyen: Oceanarium Theatre, Quest Shark, Muzium Laut Shell, Ikan Laut & pameran karang.
RIVER STORY
Korang berpeluang mengetahui semua tentang ekosistem sungai di seluruh dunia yang mempamerkan spesies ikan yang berbeza di rantau sungai yang berlainan: Sungai India, Sungai Chinese, Sungai Australia, Lake Malawi & sebagainya. Subseksyen yang lebih besar di sini adalah Ekosistem Malaysia, di mana ikan spesies asli di negara kita akan dipamerkan di sini.
Sumpah suka tengok gambar nih. Rasa macam berada dalam lautan je dikelilingi hidupan laut yang pelbagai.
Virtual Shark Cage nih korang boleh berdiri dekat cage yang disediakan. Nanti masa shark cuba pecahkan glass dari cage tuh, korang boleh rasa gegaran dia. Memang terkejut habis, rasa macam real je shark terpanjatkan kita.
Geram pulak tengok Kangaroo nih kan?
DANGEROUS MARINE SPECIES
Di section ini, korang berpeluang mengetahui 10 jenis haiwan paling beracun dan berbisa seperti Box Jelly Fish, King Cobra, Cone Snail, Blue-ringed Octopus, Death Stalker Scorpion, Stonefish, Brazilian Wandering Spider, The Inland Taipan, Poison Dart Frog dan Puffer Fish.
LIVING FOSSIL
Disini, korang akan dapat lihat hidupan laut yang masih bertahan dengan peredaran zaman walaupun pergolakan alam berlaku. Banyak hidupan mengalami kepupusan namun masih ada yang survive seperti Nautilus, ketam kuda, ikan dayung & sebagainya.
FISH FEEDING FRENZY
Pengunjung berpeluang untuk memberi makan kepada kumpulan ikan ikan besar dengan pakej feeding tertentu.
SOURVENIR UNTUK YANG TERSAYANG
Sebelum keluar dari akuarium, korang boleh singgah ke kedai cenderahati yang disediakan. Boleh lah belikan sourvenier kepada yang tersayang nanti.
THE SHORE OCEANARIUM MELAKA
Lokasi:
Lot 2F-01, Level 2 The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka, Malaysia
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari
10:30 am - 9:00 pm
Harga Tiket Masuk ke Oceanarium:
Dewasa RM40.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM30.00
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM30.00
Hubungi:
+606-2829969
Website:
Email:
oceanariummelaka@gmail.com
Facebook Page:
Dah beberapa kali singgah
BalasPadammemang best
ada tiket lebih tak, nak jugak....
BalasPadambest... tp masa kitorg pegi dulu Virtual shark cage tu xde lagi.. nampaknya kena pegi lagi sekali la nak rasa cam ne perasaannya bila shark tu nak pecahkan cermin tu.. haha
BalasPadam