PENGALAMAN PERTAMA KALI ATTEND EDUCITY EDUCATOR CONFERENCE

PENGALAMAN PERTAMA KALI ATTEND EDUCITY EDUCATOR CONFERENCE | Salam. Seumur hidup Uyul, ini lah kali pertama Uyul hadiri Persidangan Peringkat Antarabangsa dan ini juga merupakan kali pertama kaki Uyul melangkah ke Educity. EduCity? Apa tu? Mula mula tuh Uyul pun tak berapa tahu Educity nih apa. Bandar Education ke? Tapi yela, Uyul tahu pun sebab housemate Uyul pernah kerja di Educity sebelum bertukar kerja ke company lain. Untuk pengetahuan korang, persidangan ini melibatkan lebih 150 peserta. Jom baca pengalaman pertama kali attend EduCity Educator Conference ini.




Actually, pembangunan EduCity adalah selaras dengan salah satu objektif utama Rancangan Malaysia Kesembilan, iaitu untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Berada didalam kawasan Iskandar Malaysia yang amat strategik, enklaf pendidikan ini akan menjadikan pendidikan bertaraf dunia sesuatu yang lebih mudah dicapai oleh rakyat Malaysia. EduCity juga berpotensi sebagai pusat pendidikan serantau yang menawarkan pendidikan bertaraf dunia yang terletak dalam lingkungan enam jam penerbangan dengan bandar-bandar terbesar Asia.

EduCity merangkumi kawasan seluas 305 ekar dan terletak dalam Nusajaya, Johor, berhampiran Medini Iskandar (“Medini”) – daerah perniagaan pusat Nusajaya. EduCity boleh diakses melalui Lebuhraya Persisiran yang menghubungkan Medini dengan pusat bandar Johor Bahru. Lebuhraya itu juga menghubungkan Medini dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin bagi pengunjung yang masuk dari Singapura menerusi Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKedua).


So yeah, seawal 8:30 pagi Uyul dah sampai di EduCity. Program akan berlangsung di Newcastle University Medicine Malaysia. Sementara tunggu untuk masuk ke ruang yang disediakan, kami dijamukan dengan hidangan ringan sarapan pagi untuk alas perut. Selesai sarapan, kami dijemput masuk ke Baylis Lecture Hall. Program dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Prof Christopher Baldwin, CEO of Newcastle University Medicine Malaysia.



Program diteruskan lagi dengan Keynote Speech oleh Yang Berusaha Dr. Zubaidah Aman, Pengarah Pentadbiran, Pendidikan Tinggi Swasta, Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menyatakan tema persidangan tahun ini, iaitu Support in Education, merangkumi sokongan pastoral, akademik, pekerjaan dan sokongan kemahiran belajar untuk pelajar, dan penyelidikan, latihan dan sokongan fisiologi untuk kakitangan. Acara ini akan merangkumi ucapan utama, bengkel, perbincangan rangkaian dan peluang perwakilan untuk membentangkan mana-mana penyelidikan atau bidang yang berkaitan dengan tema ini.







Selesai dengan Keynote Speech yang padat dan sarat dengan fakta, kami telah dijemput ke Media Conference. Media Conference ini dihadiri oleh para media dari Malaysia dan Indonesia. Panel yang terlibat adalah:

1. Encik Wan Ahmad Saifuddin, Managing Director of EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd
2. Prof Christopher Baldwin, Newcastle University of Medicine Malaysia
3. Prof Wing Lam, University of Reading Malaysia
4. Prof Rebecca Taylor, University of Southampton Malaysia


Dari Kiri, Prof Rebecca Taylor, Prof Christopher Baldwin, Prof Wing Lam dan Encik Wan Ahmad Saifuddin


Sepanjang Media Conference ini, pelbagai soalan telah diajukan kepada pihak panel. Antaranya, panel telah ditanya apakah yang dimaksudkan dengan Suppot in Education. Secara amnya, Support bermaksud menyesiakan pelbagai kaedah pengajaran, perkhidmatan pendidikan dan sumber yang diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu mereka mencapai kemajuan dalam pembelajaran mereka, berdaya saing antara rakan sebaya mereka, memenuhi standard pembelajaran dan umumnya berjaya.

Suppot in Education memberi gambaran bahawa usaha mendidik pelajar dan menyediakan kakitangan dengan media pengajaran yang tepat. Ini penting untuk kedua-dua pelajar dan kakitangan mempunyai objektif yang sama dalam melahirkan pelajar yang holistik dengan sikap dan kebolehan yang seiring dengan kehendak industri. 

Antara lain, panel juga ditanya apakah program program CSR yang telah dirangka atau dijalankan sepanjang pembukaan EduCity ini. Encik Wan Ahmad Saifuddin menjawab,

"Antara program CSR yang telah dijalankan adalah pembukaan kolam renang bertaraf Olimpik kepada masyarakat Orang Asli di Johor Bahru. Anak anak Orang Asli berpeluang untuk belajar berenang di kolam renang tersebut. Terdapat jurulatih jurulatih yang terlatih untuk mengajar mereka."



Persidangan ini berakhir lebih kurang jam 11:30 pagi. Selesai sahaja program, kami diberi peluang untuk melihat sendiri persekitaran di EduCity ini. Yang bestnya kami berpeluang ke EduCity Sport Complex. 

Jom jelajah EduCity jom!



Pintu masuk ke Stadium EduCity. 


Track lumba lari di EduCity.


Kawasan Indoor Game di Indoor Arena.



Mewah betul stadium di EduCity ni kan? Seronoklah mahasiswa disini, peralatan sukan pun canggih canggih. Haaaa jom ke Aquatic Centre pulak! Kami masuk masuk je terus nampak ada sekumpulan anak Orang Asli sedang berlatih. Memang langkah kaki kanan lah ye.









Sempat lagi tuh bergambar dengan rakan media yang lain.

Selepas selesai lawatan di sekitar EduCity Sport Complex, kami berpeluang ke Student Village iaitu penempatan para mahasiswa. Waktu ni Uyul dah tak berapa nak sihat. Melepek je dalam van. Tak turun langsung. Tapi naseblah Dee share gambar gambar nih. Wahhh mewah betul suasana di Student Village ini ya.







Nama pun Educator Conference, haaaa dalam doorgift semuanya lahhhh notebook.


Mengenai EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd

EduCity, pembangunan pemangkin yang digerakkan oleh IIB adalah hab pendidikan bersepadu yang dijangka menjadi penyumbang bakat untuk menyokong pelbagai aktiviti ekonomi Iskandar Malaysia sambil mempelopori generasi pemimpin masa depan. Berpartner dengan penceramah dalam pendidikan dari seluruh dunia, EduCity dengan institut pendidikan tinggi, pusat R & D, penginapan pelajar dan kemudahan rekreasi dan sukan adalah yang pertama seumpamanya di Asia. Sudah beroperasi dengan sembilan rakan pendidikan tempatan dan antarabangsa, EduCity memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor pendidikan Iskandar Malaysia, bersama-sama dengan kesan penggandaan kelompok pendidikan kepada ekonomi tempatan. EduCity dibangunkan oleh IIB melalui anak syarikat milik penuhnya EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EIMSB).

IIB berkomited untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan alam sekitar yang mampan di Iskandar Malaysia dan memastikan pertumbuhan inklusif bagi Iskandari tempatan melalui peluang pekerjaan dan pendapatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai IIB, sila layari www.iskandarinvestment.com.

2 ulasan:

  1. uiii bestnya kalo dapat berenang di situuuu

    BalasPadam
  2. Educity tu pernah masuk dua kali masa Amat sekolah SAB buat sukan di sana..dulu kalau ada rezeki Kakak nak sambung Degree di situ, tapi kosnya kuss semangattt..hehehehe

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.