RESEPI BINI ORANG | PERIA KATAK GORENG
RESEPI BINI ORANG | PERIA KATAK GORENG. Kembali lagi dalam program masak masak resepi orang bujang macam Uyul nih hah! Kali ini Uyul nak ajar korang cara goreng peria katak! Apa? Korang tak suka makan peria katak? Huihhhh tak tahu ke banyak khasiat peria katak nih tau.
Antara khasiat peria katak adalah seperti berikut: (Kalau malas nak Google, sila salin khasiatnya dari sini ya!)
1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
2. Penyakit taun – Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
3. Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
5. Membaiki masalah mata – Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
Sumber: Google jugeeee!
Bahan-bahan:
Peria Katak
Tepung Serbaguna
atau
Tepung Gandum, Serbuk Kari, Serbuk Cili
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Hiris Peria Katak nipis nipis, bersihkan dengan rendaman air garam. Letak tepi. Sediakan bancuhan tepung. Kalau ada Tepung Serbaguna macam Tepung Bistari tu, korang just bancuhkan dengan air sahaja. Tapi macam Uyul dekat rumah Tepung Bistari dah habis, so Uyul campurkan Tepung Gandum dengan Serbuk Kari, Serbuk Cili dan garam. Seterusnya panaskan minya, dan goreng sehingga garing.
Fuhh! Snack Uyul nih! Makan pulak dengan nasi panas panas!
JOM CUBA RESEPI LAIN!
Bagus untuk pengidap diabetis ni
BalasPadamWahh menarik ni. nak makan mcmtu je pahit... eheheh uyul cuba goreng dengan telur kunyit pun sedap hehe
BalasPadamtolong gorengkan pelisssss
BalasPadamMemang sedap peria goreng macam ni, Sis kadang sampai beli kat kedai makan mamak hehehe
BalasPadamuih..sedap ni.. lagi garing lagi best kan yul
BalasPadamMenarik, tak pernah buat lagi, rajin makan kat kedai je peria cemni, memang sedap..kena try buat sendiri la plak..hehe
BalasPadam