UNIFORM FLASHSYNC PHOTOWORKS DAH SIAP

UNIFORM FLASHSYNC PHOTOWORKS DAH SIAP | Salam. Ramai sebenarnya tak tahu Uyul nih Photographer. Mungkin sebab Uyul bukan fulltime Photographer dan Uyul pun jarang expose dekat Facebook. Actually belum lagi nak jadikan Photographer sebagai kerjaya fulltime.

Kalau sesiapa yang dah kenal Uyul lama, mesti korang tahu yang Uyul kalau buat apa sekali pun akan serius tak kiralah benda tuh bagi ROI besar atau kecik, mesti kena buat sungguh sungguh. Memang sebenarnya Uyul tak pernah terfikir akan sampai ke tahap ini. Mula mula beli kamera DSLR suka suka je sebab bergaul dalam kalangan Photographer. Tak sangka pulak lepas upgrade ke Canon 5DMii, Uyul nak serius dan nekad nak dapat pulangan modal semula dalam certain waktu. So, satu satu barang kamera Uyul tambah dan upgrade. Uyul banyak belajar dari Abang Yuz lens apa penting, barang kamera mana yang perlu di dahulukan. Dengan duit simpanan yang ada, Uyul cuba penuhi semua barang kamera yang wajib ada. 

Uniform? Penting ke? Bagi Uyul, kerja dalam bidang fotografi nih perlu nampak professional bukan dari segi public relation dengan customer sahaja bahkan attire yang kita sarung pun perlu nampak kita kemas dan berkeyakinan. Actually before this Uyul ada masalah sikitlahh dengan pakaian yang Uyul nak pakai semasa buat job. Memang dah lama dah nak ada uniform sendiri bila buat job. Tak ada lahh pening nak pakai apa masa ketching ketching tuh. 

Dan setelah Uyul jelajah satu Malaysia, cehhh hyperbola sangat hahaha, akhirnya dapat jugak cari supplier yang willing nak buatkan tshirt polo untuk 4 helai. Kenapa sampai 4 helai? 2 helai untuk Uyul dan lagi 2 helai untuk Redza since dia yang selalu ikut Uyul buat job. Kira macam assistant OP lah. So ini lahh dia uniform baru Uyul untuk buat job photography. Pemilihan warna tshirt adalah hitam bersesuaian sangat untuk nampak formal.



Well dah alang alang kan, Uyul sempat create satu nama official. Selepas discuss dengan Redza, kami sepakat nak letak nama FlashSync Photoworks sebagai permulaan kami dalam bidang ini. Disebabkan Uyul memang tak ada masa, memang mintak Redza designkan. Agak rushing jugak lahhh kan, nak submit design Isnin, logo tak ada lagi. Haaaa naseb pakcik sorang tuh lincah design logo.




PAKEJ PERKAHWINAN FLASHSYNC PHOTOWORKS


Ada yang masih tak ada Photographer untuk majlis korang? Boleh WhatsApp Uyul +60137766426, kita deal sampai jadi. Promotion untuk pakej Nikah + Sanding ini akan tamat sehingga hujung tahun 2017. Haaa. Untuk pengetahuan Uyul cover seluruh Malaysia (T&C). Kalau nak tengok artwork Uyul, banyak dekat Instagram FlashSync Photowork.

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. hehehe. masihh kak. simple je logonya tuh

      Padam
  2. Amboi. Lama tak dgr word ROI tu. Hehe. Smart logo tu uyul. Kak ana doakan semoga business uyul terus success.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh. logo tuh Redza yang desgn kak. Uyul takde masa. haha

      Padam
  3. Ena kahwin esok, boleh tak jadi photog ena? Tapi ena kahwin kt Tg.Malim Perak la hiks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ina! Best price Uyul bagi heheheeh

      Padam
  4. photographer ade blog bnyk kelebihannya tau :)
    btw cantik gambar uyul (^_~)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh. itu laa kan. tayah nak create website lain. boleh je tepek kat blog sndiri. thanks iena sudi komen blog uyul.

      Padam
  5. Sempat lagi nak book untuk wedding mia nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhaa. lambat lagi tuhhh kakaak.

      Padam
  6. cantik !! semoga terus sukses ya

    BalasPadam
  7. uniform itu penting...menarik uniform baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe itulahh dah lama nak ada uniform.

      Padam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.