PIZZART KELUARKAN 5 JENIS PIZZA LAIN DARI YANG LAIN



PIZZART KELUARKAN 5 JENIS PIZZA LAIN DARI YANG LAIN | Salam. Korang pernah dengar tak Pizzart? Actually Uyul pun baru dengar tentang Pizzart nih. Pizzart merupakan signature terbaru yang dikeluarkan oleh Anchor Food Profesionals. Anchor Food Professionals adalah jenama makanan yang dikeluarkan oleh Anchor dan mereka merupakan sebahagian daripada syarikat pengeluar cheese terbesar Fonterra. Antara perniagaan berasaskan makanan yang dikeluarkan oleh Anchor adalah Cheese, Cream, Cream Cheese, Butter dan Susu. Baru baru ini, Anchor telah melancarkan produk terbaru yang diinovasikan lain daripada pizza sedia ada di pasaran (boleh baca di entri Anchor Food Professionals Launches Artisanal Pizzas Through Pizzart Campaign). Kali ini pizzart keluarkan 5 jenis pizza lain dari yang lain antaranya Flower Pizzas, Pizza Bombs, Adjaruli Khachapuri, Mini Muffin Pizzas dan Pot Pie Pizzas.

KINI PIZZART KELUARKAN 5 JENIS PIZZA LAIN DARI YANG LAIN DI SEMUA OUTLET TERPILIH
Konsep PizzArt yang dihasilkan ini sangat kreatif. Selain masih mengekalkan rasa keju yang meleleh dan tidak terlalu muak, ianya lari sedikit daripada bentuk pizza sedia ada dan sangat menarik untuk dicuba. Rugi rasanya kalau Uyul tak share dengan korang kelazatan sehingga licin pinggan kami makan tempoh hari. Hahaha. Warning nih, jangan sampai korang jilat skrin pulak eh, isk isk isk.

*Adjaruli Khacapuri*

Reka bentuk piza Adjaruli Khacapuri ini seperti sampan yang terkandung cheese keluaran Anchor itu sendiri. Cara makan dia sangat unik di mana korang cicah roti pizza tuh dengan cheese di dalam sampan tersebut. Haaa panggil sampan terus. Hahaha. Jangan tak tahu, korang boleh tarik panjang cheese tu ke atas dan sepanjang yang boleh. My bad, Uyul bukan cheese lover, kalau tak memang dah try dah Adjaruli Khacapuri nih di Ejhong Concept, Johor Bahru. 

*Flower Pizza*

Haaa nama pun Flower Pizza, confirm lah bentuk dia macam bunga. Setiap kelopak bunga tuh ada cheese hokeyy! Haihh nih kalau depan mata memang tak makan lah weyh. Duk tengok je sebab cantik betul lahh haih. Unfortunately, Flower Pizza belum lagi dilancarkan. Tak pe sabar, nanti kita serbu ramai ramai.

*Mini Muffin Pizza*

Mini Muffin Pizza ini pula dihasilkan dengan konsep bite-size version bagi mencipta kelainan. Kita pun boleh makan santai santai je. Tak perlu nak pakai fork and spoon pun. Boleh menikmati sebagai sarapan pagi. Sangat sesuai di makan untuk kanak kanak jugak. Yang ini korang boleh dapat kan di Movida Kitchen and Terrace, Batu Pahat.

*Pizza Bomb*

Pizza Bombs jugak dihasilkan dengan konsep bite-size version dan dan dan bila makan tuh, terasa okayy cheese dia mencair dalam mulut. Perghh kepadatan inti dia tuh sedap tak terkata. Ehh korang kena cuba lahh. Mana boleh jilat skrin laptop Uyul je. Hahaha. Yang ini pun boleh dapat dekat Movida Kitchen and Terrace Batu Pahat.

*Pot Pie Pizza*

Pot Pie Pizza pulak dihasilkan dengan doh pizza yang crunchy dan penuh dengan inti cendawan dan di atasnya ditabur dengan cheese yang sememangnya meleleh ahh kalau makan. Yang ini Uyul tak try lagi. Katanya ada di Ejhong Concept, Johor Bahru jugak. Haihh kena pergi JB lahh jawabnya nih kan kalau nak cuba.


PIZZA BOMBS & MINI MUFFIN PIZZA
Uyul berkesempatan untuk  mencuba 2 daripada 5 jenis PizzArt yang baru dilancarkan di Batu Pahat baru baru ini. Iaitu Pizza Bombs dan Mini Muffin Pizza. Rasa diaa yang sedap tuh memang buat Uyul tak berhenti kunyah hari tuh tau. Haihh lahh. Dia kecik molek je kalau korang tengok, tapi MashaAllah dia punya kenyang tuh, memang berbaloi untuk korang cuba. 

*Seksi tak? Hahahaha. Dah dah lap air liur tuh. Tak senonoh betul hahaha*

 *Mini Muffin Pizza yang sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Makan seketul dah kenyang weyh. Serius tak tipu nih.*


PIZZA BOMBS
*Haihh gebu gebas macam Uyul jugak Apa cerita nih hahahah.*

MINI MUFFIN PIZZA
*Bentuk dia pun macam Muffin biasa tuh. Tapi nih lain okay, dalam dia ada inti yang sedap perghh merecikkk!*

 *Untuk Pizza Bombs, ada sos dia korang boleh cicah. Sedap sos dia. Tapi kalau nak makan begitu sahaja pun boleh weyh. Masih sedap lagi.*



CHEESE BERKUALITI DIGUNAKAN DALAM MENGHASILKAN 5 SIGNATURE PIZZART TERBARU
Macam Uyul cakap, Uyul bukan lahh penggemar makanan berkeju. Sedangkan Naan Cheese pun tak boleh nak telan. Kadang kadang makan Pizza dekat Dominos atau Pizza Hut pun akan kuis dulu cheese dia. Mungkin sebab rasa dia yang cepat muak tuh yang buat Uyul tak berapa nak suka. Tapi, dengan PizzArt, dah tak jadi masalah dah. Semua orang tahu Anchor Food Professionals memang pengeluar keju terbaik dari New Zealand, cheese yang digunakan dalam menghasilkan PizzArt ini takkan buat kita rasa muak bahkan kita rasa macam nak makan lagi. 

Bukan itu saja, yang bestnya, PizzArt nih boleh dimakan sewaktu panas mahupun ketika sejuk. cuma bila dah sejuk, tak boleh laa nak tarik tarik cheese dia macam Uyul tarik nih. But then, rasa dia tetap umpphh! Tak muakk okay! Pizza Bombs je Uyul makan 3 biji, Mini Muffin Pizza sampai 2 ketul. Haihh mana tak berat naik 3 kg hahaha. Penangan PizzArt lahh nih. Nahh belanja gambar Uyul tarik cheese dia, saja buat korang pergi cari PizzArt nih hahaha.

*Okay, sabar. Kita tarik perlahan lahan.*

*Tarik lagi sikittttt perghh teruja betul nampak cheese panjang camni haha.*

 *Okayyy dah nampaak cheese dia bagai diracik racik.*

*Senyum lebar nampak Uyul? Kemahin happy nampak cheese panjang. Mudah terhibur.*

*Jyeahhhhh!*

*Muka puas hati hahaha. Well korang takkan nak tengok je? Pergi dapatkan PizzArt sekarang!*

*Saja je nak bakar korang! Hahaha. Yang ini Mini Muffin Pizza. Inti dia tuh sedap.*


*Makan penuh nikmat dohh.*


*Sedap, betul weyh Uyul tak tipu. Wajib cari okayy korang!*


DAPATKAN PIZZART DI RANGKAIAN TERPILIH
 *Please sorry our excited face. Hahaha. Kemahin Uyul kan?*


Korang boleh dapat kan PizzArt ini dia premis premis dibawah sepanjang kempen ini berlangsung dari Mei sehingga pertengahan November 2017 dengan harga yang murah dan berbaloi.

Klang Valley – Movida and U Pizzeria
Perak – Movida and U Pizzeria
Penang – US Pizza and Lunarich
Kedah – Sky Garden
Melaka & Johor – Movida
Johor – Ejohng Concept
Sabah – The Chub’s Grill and Mad Ben
Sarawak – Chillax, Coup De Grill and Bistecca


PENERANGAN YANG CUKUP JELAS DARI WAKIL ANCHOR FOOD PROFESSIONALS
Sewaktu kempen PizzArt ini dijalankan di Batu Pahat, Uyul berpeluang mendengar penerangan secara terperinci tentang signature dari Anchor Food Professionals nih. Mr Chua Chern Shian wakil dari Anchor telah mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk jelaskan apa sebenarnya kelainan yang cuba di bawa oleh Anchor Food Professionals melalui PizzArt ini. Menurut Mr Chua, terdapat 24 outlets di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Seperti yang Uyul mention di awal entri, PizzArt menggunakan product dari Anchor itu sendiri. PizzArt di hasilkan dengan gabungan Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Butter, Anchor Culinary Creams dan Anchor Cream Cheese. Dan semua produk Anchor ini memang dibawakan khas dari New Zealand.





*Miss Wong Ju Yi, Senior PR Executive.*

*Mr Chua, Chef Pele dan beberapa kakitangan dari Anchor Food Professionals serta rakan rakan yang turut serta dengan kempen PizzArt tempoh hari.*

So apa lagi korang?? Takkan nak kecur je kan? Pergi lekas cari PizzArt berdekatan. Jangan cakap Uyul tak payung ehh. Hahaha. 

Blurppp. Alhamdullilah.
*Sampai sendawa nih. Teruk pangai hahahaha* 

29 ulasan:

  1. Seronok baca. Seronok tengok. Tak sabar nak try juga

    BalasPadam
  2. Aduhai tergoda tengok makanan berasaskan cheese ni.

    Sedap nampak semuanya.

    Adjaruli tu nampak menarik

    BalasPadam
  3. Dalam banyak-banyk mini muffin jugak buat miza tak sabar nak cuba

    BalasPadam
  4. berliur tgkkk sedappp nya...

    BalasPadam
  5. Mmg kecur habis especially tgk yg sampan Dan flower tu.. alahai sedapnya.. mama.confirm Akan try nanti

    BalasPadam
  6. Ala menyesal singgah...makyong craving dah ni...😂😂😂

    BalasPadam
  7. Ya Allah...meleleh air liur tgk puzza nih uuul...bab bab cheese nih memang akak kalah lah...

    BalasPadam
  8. Ya Allah sedapnyaaaa! Terliuq farah tengok

    BalasPadam
  9. Sedap kan uyulll.. tapi x aci akak tak dapat rasa lagi pizza bomb tu.. hahaha..

    BalasPadam
  10. Wahhhhh.... terbabas lah diet kalau cenggini.. hehe!

    BalasPadam
  11. Pizza nampak sedap dan pelbagai bentuk yum yum yummm

    BalasPadam
  12. wah sedapnya uyul....selera tengok uyul makan hihi

    BalasPadam
  13. Sedapnya. Mya laa penggemar cheese. Bolehlah ajak parents mya pergi sini.

    BalasPadam
  14. dapnya..nasib tak jilat skrin pc..haha..uyul, mahai tak?

    BalasPadam
  15. Banyaknya menu menarik ! Baru je rasa nak diet atkins.. hmm cancel la dulu hahai.. Asal comel sangat muka masa nak makan ball cheese tu :D

    BalasPadam
  16. ish ish ish.. terliur weh! sedappp tu :D

    BalasPadam
  17. wah..sedapnya uyul,alahaii..terliur akak tengok cheese tu banyak sangat

    BalasPadam
  18. Pergh...tengok yang pizza flower mengancam selera betul

    BalasPadam
  19. memang sedapp.. sedap sangat...

    - Mia Liana

    BalasPadam
  20. 1st time dgr nama pizzart ni. Nampak semua sedap2.

    BalasPadam
  21. seronok tengok entry ni...bersungguh Uyul experience pizza..gambar pun cantik2

    BalasPadam
  22. Sedapnyaaa! Terliur tengok semua makanan ni. Heheh ��

    BalasPadam
  23. sedapnyaa lahaiii pizza tu.. then kenapa cntik sngt ni uyul amek gmbarrr haaa. sis is jeleeess dngn ms photogrpher ni. hehe

    BalasPadam
  24. cantiknya gambar... ajar lisa please

    BalasPadam
  25. ya rabbi.!! ujian betul hahaha..

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.