YOU VS FOOD COMPETITION DI OASIS RESTAURANT, THISTLE HOTEL, JOHOR BAHRU

YOU VS FOOD COMPETITION DI OASIS RESTAURANT, THISTLE HOTEL, JOHOR BAHRU | Salam. Hi korang! Rasanya belum terlambat nak wish Happy Independence Day. Hashtag-Sayangi-Malaysiaku. So cuti cuti semalam, korang buat apa? Uyul memenuhi undangan sebagai media untuk pertandingan "You vs Food" dari Thistle Hotel, Johor Bahru. 


"You vs Food" merupakan pertandingan makan burger terpantas yang dianjurkan oleh Thistle Hotel, Johor Bahru. Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mempromosikan menu burger terbaru di Glass Restaurant. Antara salah satu platform bagi mempromosikan menu terbaru tersebut, mereka telah menganjurkan pertandingan meneka "What Is?" di Facebook dan Instagram. Pemenang bagi pertandingan tersebut iaitu Encik Vignesa Kalidevan telah memenangi hadiah berupa D'Thistke Hi Tea.





Untuk "You vs Food", terdapat dua pertandingan yang dia anjurkan pada 31 Ogos lepas. Iaitu pertandingan Makan Burger Terpantas untuk orang dewasa dan Do It Yourself Burger untuk kanak kanak.



Pertandingan Makan Burger Terpantas ini mempunyai 3 pusingan. Dalam pusingan pertama dan kedua, peserta akan berpecah kepada dua kumpulan yang berbeza dan bersaing dengan memakan 6 burger kecil. Dua peserta yang selesai lebih cepat akan dipilih untuk ke-3 pusingan. 





Dalam pusingan ketiga, kedua-dua peserta perlu menamatkan burger 12 inci. Peserta yang dapat habiskan burger 12 inci dikira sebagai pemenang. Pemenang pertama akan memenangi oenginapan dua hari satu malam di Thistle Hotel, Port Dickson manakala pemenang kedua memenangi baucer Dine-in bernilai RM100 di Oasis Restaurant.





Pertandingan Do It Yourself Burger pula berlangsung setelah pertandingan Makan Burger Terpantas tamat. Kanak kanam yang menyertainya perlu menyiapkan sebiji burger mengikut kreativiti masing masing. Yang menariknya setiap peserta di beri Voucher bernilai RM50 setiap seorang.







Yang menariknya, penyertaan untuk pertandingan ini adalah percuma dan hanya 31 peserta dibenarkan mengambil bahagian sebagai simbolik untuk meraikan Hari Kemerdekaan ke 61.



Promosi ini sah dari 15 Ogos 2018. Burger 12 inci ini berharga RM 18.00 nett di mana ianya terdiri daripada Ikan, Ayam, Domba, Daging, Arnab dan Vege. Apa lagi korang, jomlah serbu Thistle Hotel, Johor Bahru. Boleh ajak suami/isteri dating sini hujung minggu sambil menikmati burger 12 inci ni. Harga berbaloi boleh makan 2 ke 3 orang. Kalau sorang sorang mahu nya meletup perut. 


3 ulasan:

  1. ya Allah....besar burgernya... tapi nampak macam sedap.
    klau akak yang makan mau termuntah balik ni..

    BalasPadam
  2. jenuh nak habiskan burger tu..senak perut..

    BalasPadam
  3. kalau tau ade pertandingan utk kanak2 , aku angkut sekali anak2 jirann.... menang boleh tidur hotel sama2 dgn dorg.hahahhahaa...

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.