JOM CUBA PIZZA NASI LEMAK DI THISTLE HOTEL, JOHOR BAHRU

JOM CUBA PIZZA NASI LEMAK DI THISTLE HOTEL, JOHOR BAHRU | Salam. Baru baru ini Uyul telah ke majlis pelancaran Oasis Restaurant di Thistle Hotel. Habis kerja jam 5:30 pm terus pecut ke Thistle Hotel. Majlis pembukaan tersebut telah berlangsung dari jam 6:00 pm sehingga 8:00 pm.


Apa yang menariknya, kali ini majlis pelancaran Oasis Restaurant menampilkan 3 jenis signature dish mereka iaitu Trio Pasta, Nusantara Pizza dan Dome Pizza.

TRIO COLOR PASTA

Trio Pasta didatangi dengan pasta berwarna Pink, Hijau dan Biru. Kalau korang nak tahu, pasta tersebut adalah hasil tangan chef sendiri. Patutlahhh tak dapat dekat luar masa Uyul ke Tesco pun tak ada. Menurut chef, pewarna yang digunakan adalah dari Bunga Telang. Alaa bunga yang selalu digunakan apabila masak nasi kerabu tuh. Pasta di sini korang boleh rasa dalam 3 rasa iaitu Bolognese, Carbonara dan Oglio Olio. Uyul suka both Bolognese and Carbonara.



BAKED SEAFOOD PASTA

Selain Trio Pasta, ada juga menu Baked Seafood Pasta. Pasta yang digunakan adalah jenis Penne. Yang bestnya, ianya dihidangkan dalam aluminium foil dan chef akan buka foil tersebut di depan pelangan dan nyalakan api. Bau cheese yang terbakar tuh memang buat Uyul tak sabar nak rasa keenakkannya. Jom tengok gambar dekat bawah nih.





NUSANTARA PIZZA

Selain pasta, yang paling menarik perhatian Uyul adalah Nusantara Pizza. Haaa senang cerita ianya Uyul panggil Pizza Nasi Lemak. Selalu tengok Burger Nasi Lemak kan? Haa kali ini Pizza Nasi Lemak boleh didapati di Thistle Hotel. Toppingnya terdapat sambal nasi lemak, mentimun dan ikan bilis. Rasanya sebijik macam nasi lemak. Cuma bezanya takde nasi je.



DOME PIZZA & ROULADE PIZZA

Ada dua jenis Pizza lagi yang buat Uyul tak sabar nak cuba. Iaitu Dome Pizza dan Roulade Pizza. Dome Pizza diperbuat daripada pastry puff. Manakala Roulade Pizza pula adalah doh pizza yang digulung. Inti yang digunakan ofcourse lah topping pizza yang lazat. Ada kepingan daging, sosej dan sayur sayuran seperti capsicum.



Jom tengok apa lagi yang Uyul cuba di Oasis Restaurant.


BAKED LOBSTER



BEEF RIB


PASTA PEANUT SAUCE




VARIETY OF JUICES


Jom ke Thistle Hotel, Johor Bahru untuk merasai sendiri kesedapan hidangan yang disediakan. Korang yang nak bersantai santai di tepi pool dengan Family, Thistle Hotel jawapannya. Harga sangat sangat berbaloi iaitu bermula dari RM18. Layanan dari Service Crew yang berpengalaman sangat sangat memuaskan hati.

Selamat mencuba korang! 


13 ulasan:

  1. semuanya makanan nampak sedap dan menyelerakan...haishh...sedap nya hor...enak2 belaka.

    BalasPadam
  2. akak suka dome pizza tu! sedap!

    BalasPadam
  3. Nampak mcm semua sedap!
    Hrtu pun pizza rendang je dah sedap!!

    BalasPadam
  4. kenan pulak kat baked seafood pasta tu.

    BalasPadam
  5. wahhhhhhh nampak sedap2 semua menu dia.. terkeliur ummi tengoknya uyul... yummy sangat nih.

    BalasPadam
  6. arghhhhhhh,,,,sedappp sangat.. ain bagi 9/10 ..totallyyy puas hati..

    BalasPadam
  7. alahaii menu dia. buat orang telan air liur je lah =__='

    BalasPadam
  8. hadoiii..iman tak kuat tengok menu yang disediakan weh...

    BalasPadam
  9. menggoda betul semua makanan dekat sini. belanja akak pleaseeeeeee

    BalasPadam
  10. Wahhh bestnya...sedap je nampak semua makanan tu

    BalasPadam
  11. sedapnya tengok entri ni.... (^_^)

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.