AYU AZIZ | MAKEUP ARTIST JOHOR BAHRU
AYU AZIZ | MAKEUP ARTIST JOHOR BAHRU. Salam. Hai hai hai semuaaaa. Ada yang mencari makeup artist area Johor Bahru? Mana laaa tahu kot kot ada reader Uyul yang nak menikah dalam masa terdekat ni ke? Uyul nak recommend sorang friend of mine, Ayu Aziz makeup artist Johor Bahru yang baru menetap di Johor Bahru.
Sesiapa yang mengikuti Uyul di Instagram atau Facebook, korang mesti perasan Uyul suka makeup look more to orangey, nampak macam warm warm sikit. Jarang nak makeup look soft and sweet more to pinky pinky. Tak reti betul nak makeover ghupa ni jadi lembut lembut, sedap mata memandang hahaha. So bila Ayu kata nak makeup look soft and sweet, Uyul macam teruja lahh. Ehhh acane lahh rupa Uyul kalau makeup soft soft nih.
Dalam pukul 3 macam tuh Uyul sampai rumah Ayu, haaa terus buat live dekat IG. Ayu pun mula makeup Uyul sejurus Uyul sampai di sana. Actually Uyul baru kenal Ayu setahun lebih. Banyak kali dah plan nak jumpa minah sorang nih. Banyak kali jugak laa cancel akibat kekangan hidup masing masing. So bila kali pertama jumpa tuh memang kepohlahh dua dua. Ayu memang sejenis kepoh, Uyul pulak kalau tak serasi jarang nak kepoh. Sambil makeup makeup tu, Ayu pun ada share macam macam tips. Haaa Uyul pun memang suka laa. Boleh belajar cara Ayu pulak.
Jom tengok rupa sebelum dan selepas Uyul dimakeupkan.
Seeeeee. Berbeza kan rupa Uyul selepas dimakeover? Kalau nak tahu Ayu tak apply Foundation tebal tebal pun. Tapi semua kesan parut jerawat tak nampak pun. Tona tak sekata bawah bibir tu pun Ayu buh corrector sebelum apply Foundation. Haaaa hasil dia sangat amazingggg.
Kebetulan hari yang Ayu makeupkan Uyul tuh, Uyul merajuk dengan Parzival. Satu hari tu berangin je masing masing. Ehhh tapikan ada orang tuhh macam tergugat tau. Esoknya terus ajak Uyul movie date. Hahahahaha. Takut laaaaa tuhhhh. Hahaha. Takde lahhh serius tak boleh move on tengok rupa sendiri. Macam ni rupanya Uyul kalau makeup nikah nanti. Adoi berangan!
Jom tengok hasil makeup dari tangan Ayu Aziz.
Ada sesiapa yang perlukan khidmat MUA area JB? Boleh contact Ayu seperti yang tertera dibawah:
Wah! Make up nya looks soft and natural. :) thanks uyul for review ^^
BalasPadamwow...nice..nice...boleh nanti upah jadi mua jdt bloggers g event2..haha
BalasPadamDah cantk, pipi pau, di makeup lagi, bertambah cantik dan terus jadi pipi donut hehehehe
BalasPadamcantiknya hasil makeup ayu aziz ni..tangan magic lah
BalasPadam