2014 PART 1


Hai.

Lama dah rasa tak bebel panjang panjang, buat orang rasa annoying.  Ahhh.. Selalu jer pun. Tapi dekat IG, FB, Twitter je lar. Btw, masih ada lagi ke stalker dalam blog aku nih? Hahaha. Kalau masih ada, terima kasih lah yunk sebab rajin stalk I.

What I have been through for the whole Semester 4? 

Ohh. First, aku dengan yakinnya mencabar diri menjadi Setiausaha Agong, Bachelor of Office Systems Society (BOSS).  Interview punya interview. I got it. Masa tuh dah terfikir nak tarik diri. Punya lah takut. Tapi memandangkan aku nih suka buat kerja clerical, aku terima yooo lar. Pengalaman kan. Takkan masuk U sekadar nak dapat CGPA tinggi tanpa grab peluang yang ada untuk menjadi pelajar aktif? Kan? Mungkin aku terpengaruh dengan en.Merah la kot sebab masa Diploma dia aktif gila bakhang.




Macam macam doe aku lalui. Macam macam aku belajar.  Actually its about dealing with people. How to communicate with them. How to make an efficient decision to deal with them. How to run a project with a lot of people. Me is exhausted pada awalnya. Sungguh sampai nanges nanges masa mula mula dapat tugas. 

Bayangkan, kau nak tidur dah nih. Then dapat  Whatapps dari YDP, untuk buat itu buat ini.  Tapi sebabkan kau orang bawah, kau kene ikut arahan. Nak tak nak kau kena bangun, ngadap Laptop, selesaikan tugas kau. Bayangkan jugak, bila kau have a lot of work, dan esoknya kau ada quiz/test/FINAL, dan kau minta tolong pada orang lain, tapi mereka mereka ini dengan jawapan mudah "Alamak busy lah." 

KFOINE, kau jugak kene hadap benda ni. As I said, its about dealing with people. Yang semua orang tak nampak. Yang semua orang tak rasa. Yang semua orang suka bila ada yang tukang buat untuk mereka. Ohh.. This statement is randomly pick up. Untuk semua situation, kau boleh gune this statement.

Pernah tak kau rasa, eh tak adilnya.  Kenapa dia dapat penganugerahan yang sama, tetapi kau kerja lebih banyak daripada mereka. Kau yang uruskan itu ini dari mula sampai ke akhir. Ohh, orang tak nampak. Sebab bagi mereka, jawatan mereka cuma AJK biasa. Dan kau, NURULSYAZWANI ROSLI, kau Setiausaha kan, so itu tugas kau. 

Pernah doe aku GIVEUP. Sampai aku rasa pelajaran aku merosot gila. Tapi kenapa aku nak compare pulak markah Quiz/Test aku dengan orang lain. They have a lot of time. Banding dengan aku. Sebab mereka adalah student biasa.  Masa mereka full time sepatutnya terisi dengan buku. Dan aku kene bahagikan masa aku, dengan tugas sebagai pelajar dan tugas Majlis Tertinggi BOSS. Allahu, pernah aku giveup. Sumpah tak tipu.

Tapi...


Ucapan pertama di hadapan lebih kurang 390 orang.
Apakkk ahh segan gile doe waktu nih.

Sape eh cameraman time nih.
Dia zoom muka aku kuangajoo.

Nih lah keluarga aku dalam BOSS.
Yang sama sama bekerja dengan aku.

*****

Masa nih, pembukaan gerai buah BOSS.
Ini antara pensyarah aku.

Nih ler keje aku kalau stay kat gerai buah.
Takde lain.
Makan. Makan. Makan.

Stay back sampai Jam 3:00 pagi.
Buat menatang nih berdua je dengan en.Merah.

Taraa.. 
Usahakan jugak untuk siapkan.
Terima kasih en.Merah sebab tolong yayunk awak nih.

*****

Program Kembali Ke Fitrah.
Program yang aku gila gila bertungkus lumus.
Sumpah letih sangat masa nih.
Sebab esoknya aku ada event kelas pulak.

Yang tudung hijau tuh Dekbil.
Dia pun join sekali event nih.
Please, ramai tak sangka dia adik aku.
Sebab muka lain sangat.

Cameraman celoppp toq.

Senyum dan Salam.
Approach this program untuk mendekati pelancong sekitar Melaka.

Muka ketat sambil update stegreemmm. 
Jangan tak tahu.

This is Afiqah Asyaakirin Ali.
Triple A.
Dia nih Naib Setiausaha Agong.
Sangat sangat baik dan banyak membantu aku.

Alaaahai.
Adik dan Kakak.

Pelik dah budak nih nengok aku selfie je kojenya.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Terima kasih Ahmad Faizi Redza.
Yang selalu ada bila aku perlukan tangan, kaki, kepala, telinga, mata, bahu dan segala-galanya.
Yang ada susah dan senang aku.
Yang tidak pernah mengeluh untuk bantu aku.
Yang menjadi tulang belakang aku selama aku bergelar Setiausaha Agong.

I love you, Omok-kun. 



Once aku tengok gambar gambar lama nih, aku rasa BANGGA. Sebab aku mampu lakukan doe. Unpredictable. Persetankan bangsat minda yang dah buat aku give up. Aku buat kerana tugas aku, aku ingin dapat Sijil Penghargaan yang setaraf dengan kerja aku yang aku lakukan. Bukan sekadar join untuk jadi MT, dan dapat sijil yang kosong, yang tidak bernilai. Bagi aku, apa aku lakukan cukup berbaloi. Dan lebih berbaloi andai aku dapat maintain GPA aku semester nih. Allahu. sungguh aku mahukan ANC lagi.

So sayang sekalian, kalau kau rasa kau dah bersedia pikul tanggungjawab yang besar, jangan sesekali mengeluh.  Kau kene tahu, pada mulanya kau akan rasa terbeban. Tapi kau akan nampak manisnya bila tugas kau hampir selesai. Sebegitu lah aku. Tugas terakhir aku adalah settle kan Sijil Penghargaan untuk semua AJK. Dugaan sangat sebab aku cuma ada masa sehari sahaja untuk buat semua tuh di mana, keesokkan harinyaa, aku ada FE paper OB. Sumpah doe. Stress sangat masa tuh. Dan aku cuma mampu berdoa semua paper aku dapat A. Walaupun aku rasa susah sangat. Ya Rabb, perkenankan doaku. Amin.

Fuhhh ~~

To be continued... PART 2.


Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.