2014 PART 2



Rasa nak sambung entry yang lepas lah.
Sapa tak baca lagi, dah pergi ----> 2014 PART 1.

Rasanya takde lah benda yang best pun aku nak sambung cerita. Cuma mungkin aku rasa perlu untuk aku masukkan cerita nih dalam blog. Atleast, if one day, Allah give me amnesia, boleh jugak godeh godeh blog I yang bercapuk bersarang tebuan nih. Itu pun kalau aku ingat lah aku ada blog. Kahkahkah TAK LAWAK DOE.

Alaaa. Tak de apa pun. Cuma nak kongsi cerita pasal aku buat program dekat rumah anak yatim.  Tak pernah sebenarnya buat event berkonsepkan training nih. So bila Madam Mimi cakap kene conduct training program di rumah anak yatim, aku excited gila nak mati. Rasanya aku lah paling excited form group, call 2 3 rumah anak yatim sekitar Melaka.  Naseb menyebelahi, dalam sehari aku dah dapat confirmation untuk laksanakan tugas nih. 

Dipendekkan cerita, taraaa. Tempat program kami adalah di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zaharah, Bukit Katil Melaka. Opps, sebelum terlupa. Ahli kumpulan aku cuma 13 orang. Separuh separuh haa Madam Mimi pecahkan. So bila Madam cakap je kene submit proposal, on that week, aku da submit. Memandangkan aku nak bagi peluang pada orang lain untuk jadi Ajk Tertinggi, so aku cuma bantu mana aku rasa perlu. Antaranya, aku finalize Proposal yang Bieha buat. Banyak lah jugak nak kene edit, sebab Bieha takde pengalaman buat proposal event.  Bila dah submit tuh, Madam Mimi puji lah pulak sebab proposal aku tuh concise dan complete. Alhamdullillah.  Senang lah kerja. Sebab kalau proposal awal awal kene reject, mau tak mati nak kene delay lagi. Nak dapat cop Puan Zaini sikit punya payah. Kelulusan HEA pun lambat nak tahu. Geram betul.

Hurm.. Bincang punya bincang. Persetujuan sudah dibuat. Program Semai Kasih Pupuk Cinta nih akan diadakan pada ketetapan berikut :


Antara aktiviti yang kitorang buat, Ice Breaking yang dihandle oleh Azie dan Ismail. Pahtu ade Bunga bunga Cinta yang dikelolakan oleh Zura dan Rina. Aku dengan Pika pulak handle Baloon Pop. Ain dan Bieha yang gila Running Man, handle Running Sketching. Lily dan Amirul handle Cabaran Tisu.  Ada jugak aktiviti Rakit Kita Bersama yang dikemudi oleh Hanna dan Jedot. Dan seterusnya Helmi handle Hikayat Abjad. Tak lupa jugak Cameran of the day, Faizi Redza.

Alhamdulillah. Tuhan permudahkan semua usaha kami dalam melaksanakan program ini. Segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan mudah.  Adik adik pun sporting abes. Senang keje ahkak ahkak ahbang ahbang nih dik oi. Terima kasih sayang sayang semua. 

Apa yang paling berharga aku dapat dalam program nih? Selalunya persepsi orang tentang anak yatim, "Kesiannya. Takde Mak takde Ayah." Selalu kita rasa yang duduk di rumah anak yatim nih adalah kanak kanak malang. Tapi, after aku buat program kat sini, aku perhatikan, mereka sangat sangat beruntung. Duduk di rumah anak yatim yang punya ramai adik beradik, ada ummi, ada ibu, ada mak. Seronok. Tak nampak pun air muka anak anak yatim nih bermasalah. Mungkin pada awalnya sukar bagi mereka nak adapt dengan suasana baru, lebih lebih lagi baru kehilangan ahli keluarga kan. Tapi aku for sure, dorang sangat selesa dan terjaga apabila dah berada lama di sana. Ini sekadar pandangan aku. Hakikatnya aku tak pernah rasa duduk di rumah anak yatim. Jadi aku tak boleh nak selam 100% perasaan adik adik nih.

Dan satu lagi, paling aku kagum. Perghh.. Konfiden level adik adik nih sangat sangat tinggi. Kau bayangkanlah, mereka boleh lakukan semua aktiviti yang kitorang buat tanpa sebarang masalah. Senang je bagi mereka nak buat segala bagai aktiviti dalam kumpulan. Mungkin sebab mereka dah hidup bersama dah lama. Dah tahu perangai masing masing. Jadi takde masalah communication among them. Masa pengagihan kumpulan pun, takde lah macam pelajar UiTM, sebuk nak tukar tukar group. Steady je dorang bila dapat group masing masing. Bila bercakap di hadapan orang ramai pun mereka relax je. Kagum betul aku. Aku pun tak macam mereka.

Paling seronok bila Madam komen program kitorang. We all got full mark. Aku rasa semua kumpulan dapat full mark kot. Effort banyak doe labur dekat event nih. Madam ada lah jugak komen sikit sikit. Penambahbaikan untuk masa akan datang. Dan masa aku handle groupmate aku untuk buat report, alhamdullillah. They give high commitment on that. Tapi aku jugak lah macam nak mati, sebab nak kene compile 13 orang punya report. Pening jugak lah kepala hotak nih. But then, aku rasa sangat berbaloi sebab our group got 9 out of 10 mark on documentation. Ini menjadikan kitorang paling highest mark untuk training program. 29 over 30 hoi! Terima kasih Madam. 


Dah jom ler layan gambo. Bosan dah ye baca bebelan aku. Hahaha.


Sesi Ice Breaking akak abang Fasi. :)




*****
Ice Breaking by Azie dan Ismail.













*****
Bunga Bunga Cinta by Zura dan Rina.










*****
Balloon Pop by Pika dan aku.





*****
Running Sketching by Bieha dan Ain.




*****
Cabaran Tisu by Lily dan Amirul.





*****
Rakit Kita Bersama by Hanna dan Jedot.








*****
Hikayat Abjad by Helmi




*****
Kesian adik adik, kene denda. Hihihi.





*****
Nih lah dia Madam Mimi.
She is very sporting, adorable and I admire her.


*****
Majlis Penutup.
Adik adik dah get ready nak jawap Post Test.










*****
Alhamdullilah.
Feedback dari Madam sangat memberansangkan.






*****
Sikit je nih gambo #selfie kami.
Kahkahkah.






*****
Melepaskan lelah di Klebang.
Lega, segalanya selesai seperti dirancang.









Oke done.
Thanks for reading.


Yang BamBam,
Uyul
Pelajar Semester 4
Bachelor in Office Systems Management
UiTM Kampus Bandar Melaka

Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.