AL-FATIHAH BUAT ARWAH ATOK (ASLI BIN RAIS)

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ATOK (ASLI BIN RAIS) | Assalamualaikum. Kebetulan semalam Uyul dengan CamiAjim santai santai je dekat rumah. Lunch pun dah dekat pukul 5 petang. Tiba tiba dapat panggilan telefon dari adik Uyul inform yang Atok kami belah Abah baru je menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.



Disebabkan sekarang PKP 2.0, so agak strict sikit nak keluar daerah. Adik Uyul, Dekbil dengan Abah settlekan dulu hal dekat balai untuk dapatkan surat kebenaran keluar daerah, kami dekat rumah prepare apa yang patut. Dapat je arahan dari Dekbil dan Abah, so masing masing mulakan perjalanan ke Alor Gajah, Melaka tepat jam 8:00 malam. Kami gerak 4 kereta memandangkan hanya 3 orang sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan.


Sepanjang perjalanan, berdoa semoga Abah sempat jumpa jenazah Atok. Alhamdullillah, jam 9:30 malam, kami sampai di Masjid Al-Hidayah, Alor Gajah. Abah sempat jumpa jenazah Atok, terkilan tak dapat mandikan jenazah. Tapi syukur alhamdulillah, dapat cium Atok buat kali yang terakhir. Sebak tengok Abah sedih sepanjang urusan pengebumian arwah Atok.



Dikesempatan ini, Uyul mohon jasa baik untuk kawan kawan yang singgah di blog ini untuk hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah atok Uyul , Asli Bin Rais, yang baru saya kembali ke rahmatullah pada 14 November 2020 tepat jam 4:30 petang.



Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

2 ulasan:

  1. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ. salam takziah dari mama semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  2. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..salam takziah buat uyul sekeluarga..

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.