PENGGEMAR MASAKAN THAI WAJIB CUBA CHABA THAI FOOD DI TAMAN IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU

PENGGEMAR MASAKAN THAI WAJIB CUBA CHABA THAI FOOD DI TAMAN IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU | Salam. Korang penggemar masakan Thai? Tak tahu mana nak cari masakan Thai tanpa perlu ke Thailand atau ke Kelantan? Orang orang Johor Bahru khususnya, Uyul discovered new Thai Food Restaurant di Taman Impian Emas. Korang Waze je Chaba Thai Food. Pelbagai hidangan masakan Thai disediakan dan Uyul jamin, korang pasti berpuas hati. Lagi lagi kepada penggemar masakan Thai, korang wajib cuba setiap signature dish di Chaba Thai Food ini.



Uyul dan rakan rakan JDT Blogger, Sis Lin, Kak Mia, Kak Sunnah, Ain, Kak Dilah, dan Farah Huda sudah menikmati hidangan istimewa di Chaba Thai Food baru baru ini. Haaa jom tengok video ringkas Uyul create di Youtube.


Nampak meyelerakan tak? Ofcourse korang telan air liur kan? Serius weyh memang sedap semua hidangan dari Chaba Thai Food. Memang tak rugi kalau nak bawa family makan dekat sini. Uyul suggest korang datang makan beramai ramai, ajak satu keluarga makan sebab kalau nak order semua hidangan tuh, takut makan berdua tak habis. Jom tengok apa hidangan yang kami makan semalam.

 SIGNATURE DISH DI CHABA THAI FOOD 
Siakap 3 Rasa

Biasalahhhh kalau restoran masakan Thai sememangnya akan ada menu Siakap 3 Rasa. Apa yang membezakan Siakap 3 Rasa di Chaba Thai Food dengan restoran lain, kuahnya pekat likat. Penuh pulak kuah atas ikan. Ikan bersaiz besar dihidangkan. Memang kena include dalam setiap tempahan kalau korang datang makan dekat sini.

Siakap 2 Musim

Yang ini pulak Siakap 2 Musim. Memang tak pernah dengar pun sebelum nih. Rasa macam teruja pulak bila nampak menu nih atas meja. Rupanya Siakap 2 Musim nih dihidangkan dengan 2 sos bersebelahan di atas ikan siakap. Sos gajus dan sos tomyam. Memang wajib cuba weyhhh. Sedap gilossss.
Siakap Stim Limau

Yang ini tak usah cakap lah. Memang kebiasaannya akan order kalau makan di restoran Thailand. Yang menarik perhatian Uyul cara hidangan ini dihidangkan. Woww!!! Siap ada mangkuk bentuk ikan kau!! Memang machoo habis ikan tu. Nak makan pun rasa sayang! Hahaah apa sengal ek Uyul ek. 
Kerabu Chaba

Okay makanan seterusnya, Kerabu Chaba. Selama nih duk makan Kerabu Kaki. Yang itu memang favourite. Tapi bila dah cuba Kerabu Chaba nih, bakal jadi favourite bila datang ke Chaba Thai Food. Rasa dia memang pedepauuuu weyyhh power duhh kerabu dia. Sedap yakmattt!
Tomyam Campur

Seterusnya, Uyul pun cuba juga Tomyam Campur. Best weyh sebab seafood penuh satu mangkuk tuhhh. Udang, sotong, kupang, lalaaa pun adooo. Dah macam lautan cintaku je kuuuu tengokkk. Seafood dia memang fresh dan bersaiz besar!!! Rugi datang makan berdua dekat sini, kena bawak satu family.
Tomyam Poktek

Yeahhh ini dia Tomyam Poktek. Uyul punya fikir apahal nama dia cam pelik. Rupanya tomyam nih tomyam putih. Pedas sikit dari Tomyam Campur. Seafood dia berbaloi kan Uyul cakap, sebab fresh dan besar besar saiznya duhhh.
Udang Tepung

Taraaaa ini pulak Udang Tepung. Selalu nampak sotong. Haaaa kali ni ada udang weyh! Kita dah la peminat udang, haaaa memang makan sampai habis ahh. Pulak tu tepung dia sedap. Selalu makan sotong goreng tepung, tepung dia tak rangup. Yang nih memang telan sampai habis! Korang kena cuba okay!
Kailan Ikan Masin & Kangkung Goreng Belacan

Kalau dah ada ikan, ayam dan makanan laut, mana lengkap kalau tak dihidangkan sekali dengan sayur! Nahhh Kailan Ikan Masin dan Kangkung Goreng Belacan! Sayur dia penuh okay satu pinggan tuhhhh.
Hoormook Seafood Chaba


Yang iniiiiiii paling terkejut. Tengah tengah makan, boleh pulak dia bawak makanan siap berapi api. Tokojuttt denn! Yang ini nama dia Hoormook Seafood Chaba. Belum pernah nampak lagi dekat mana mana restoran tau. Nampak tak, belum habis ukur jalan nak ke semua restoran Thai? Hahahaa. Actually ini adalah seafood yang digoreng bersama santan, dibungkus dalam aluminium foil dan dibakar. Memang sedap! Ini pun menu wajib cuba!!!


Mana boleh gemok sorang sorang! 

JOM KE CHABA THAI FOOD!!

Lokasi:
No. 17, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari
5 petang - 12 tengah malam
Facebook:
Chaba Thai Food
Instagram:
@chabathaifood_18
Untuk Tempahan:
+601 11 307 7600

2 ulasan:

  1. Haaa nanti kita pakat pergi lagi sini okay..
    makan berjemaah sedap aje semuanyaa kannn

    BalasPadam
  2. Tomyam tu nampak sedap.Dahlah my fav tomyam..Semua makanan sedapppppppppp tuuu..uishh..
    lapar pulak malam2 ni..heheh..

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.