TUGAS SEBAGAI BUILDING MANAGER UNTUK BERSENANG LENANG KE?

TUGAS SEBAGAI BUILDING MANAGER UNTUK BERSENANG LENANG KE? | Salam. Lamanya entry ni Uyul peram. Hahahaha. Amboi Uyul busy mengalahkan apa. Tak, ini serius. Memang busy. Tuari rasa macam dah boleh cope dah dengan kerja. Tapi yela, kerja mana pernah berkurang. Setiap hari bertambah tambah. Sebab itu tak boleh tidak kerja jangan bertangguh.


Actually, Uyul get promoted on July 2018. Kalau ikut kiraan, nak masuk bulan ke 6 di site project baru. Haihhlahhh. Lama nyaaaa nak adapt dengan jawatan baru. Bekerja dalam line Property Management ini bukan satu tanggungjawab yang mudah. Untuk pengetahuan korang, sebelum di beri peluang pikul tanggungjawab Building Manager, Uyul merupakan Admin Executive di salah sebuah site project yang hanya mempunyai 120 unit sahaja. Manakala di tempat baru, Uyul liase with 512 unit. Bagi Uyul berapa banyak unit masih boleh cope lagi. Tapi disebabkan site tersebut merupakan bangunan berusia 15 tahun, cabaran dia memang sangat sangat besar. 

Berbalik kepada isunya, adakah tugas sebagai Building Manager ini satu tugas untuk bersenang lenang? Entah lahhh. Ramai kata, jadi Manager ni senang. Bagi arahan pada staff bawahan untuk semua kerja. Hmm. Banyak je kerja yang Uyul boleh buat, Uyul buat sendiri. Nak bagi arahan pada orang lain pun kadang kadang Uyul berkira. Dan disebabkan itu lahhh work overload yang menyebabkan Uyul boleh dikatakan setiap bulan sakit. Demam lah, migrain lah. Setiap bulan lahh ada MC. Alahai. Pecah rekod tau nak MC je. Out of 14, baru 3 hari apply. Sama dengan Anual Leave. Out of 11, masih berbaki 6 hari.

Masa awal awal ditawarkan untuk menguruskan site project yang sekarang ini, Uyul pun 50:50 juga. Sebab kita takut kita tak mampu nak hadap semua kerja. Lagi lagi tugas Manager bukan terhad dalam pejabat sahaja. Bahagian maintenance lagi lahhhh mencabar. Mujur Uyul ada staff yang boleh diharapkan. Dari A to Z, kalau tak paham, Uyul akan refer pada staff dulu. Sebab mereka lebih lama di sana dan lebih familiar dengan keadaan di sana.

Antara cabaran yang Uyul hadap setiap hari adalah untuk menyelesaikan semua komplen dari resident. Cuba untuk selesaikan masalah secepat dan sebaik mungkin. Tak lah semua kerja itu perfect, tapi kita cuba untuk selesaikan terlebih dahulu bersama team. Bila tak mampu nak selesaikan, baru lah Uyul cari Operation Manager dan dapatkan pandangan beliau.

Sebenarnya, semakin tinggi position kita, semakin besar tanggungjawab kita. Tak ada kerja yang mudah dalam dunia ni. Jadi Manager bukan untuk bersenang lenang. Paling penting kena pandai arrange time management. Uyul akui dua tiga menjak ni banyak kerja tertangguh. Mana tak nya, dengan masalah personal, kereta pula baru terlibat dengan kemalangan. Haihhhhh. Macam macam hal lahh. Dah tak boleh nak on track, tapi cuba jugaklahh usaha yang terbaik.

Korang doakan Uyul kuat untuk hadap semua masalah ya. Uyul nih orang nya bercita cita besar. Bukanlah kerja semata mata untuk kerja dan dapat duit. Uyul selalu set long term objective untuk setiap apa yang Uyul lakukan. Maybe in 5 years Uyul boleh buka company Propert Management sendiri ye tak? So kerjalahhh untuk dapat pengalaman. Jangan mengeluh dengan penat. Kalau penat, amik cuti dan rehat. Okay Uyul? 

14 ulasan:

  1. Betul tu yul, kalau kita tak kuat, memang dah lama surrender kan. Tapi bagusnya ,bila kita berada disituasi macam ni, banyak tau pengalaman yang akan kita dapat. Jadi bila bekerja di tempat lain, dan terbiasa dengan situasi ni, mesti kita tak cepat mengalah

    BalasPadam
  2. jadi manager mmg responsibility nya pn besar..Semua keje nak kena monitor..Apa2 pn as manager jgn pilih kasih..keje kena jujur dan tegas..semoga suatu hari nnt uyul berjaya buka compny sndri..Aminn..

    BalasPadam
  3. sebab tu kot manager pass kerja pada anak buah dia sebab nak elak migrain tiap bulan. hehe.. macam asben akak la even dia bukan manager level tapi dia ada anak buah beberapa orang, kalau tak sub kerja ke anak buah nanti dia stress melampau.

    BalasPadam
  4. Semoga Allah permudahkan segala urusan bekerja uyul 😊

    BalasPadam
  5. ameen ameen ya Rabb..moga impian uyul tercapai! akak support!!

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum akak!! Akak kalau fresh grad mcm saya, akak rasa saya patut kerja as admin exect dulu atau just apply terus as building executive?? Sebab company ni ada job openings untuk admin dgn BE. Saya ambik course estate mgmt. masa intern,saya buat kerja admin kat site. Collect payment, handle complaint semua tu. akak rasa mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi dik. Kalau memang study in Estate Management, better go for BE.

      Padam
  7. Teringin nk join bidang ni. Tp tgk job offer, mostly nk yg ada pengalaman 4 tahun. 😭😭 Basic2 tu tahu la sikit2 sbb masa buat valuation dulu, bos ada juga minta tlg dia handle sikit2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, try je awak. Uyul dulu takde basic langsung. Jauh bidang.

      Padam
  8. hi uyul. saya baru diterima bekerja sbg buildingexec. saya minta admin tp diberi jawatan sbg building exec. plg mencabar ialah saya zero knowledge . x tau mse iv tu kenapa hr pass saya position ni, doakan saya. msh lg gugup ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Din, tahniahhhh. Takpe, on job training nanti awak akan dapat experience jugak. Yang penting jangan malu untuk bertanya. Life is about learning. Good luck okay?

      Padam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.