JARGON | SILA GUNA ISTILAH YANG BETUL

JARGON | SILA GUNA ISTILAH YANG BETUL. Salam. Hai semua, terima kasih kerana masih sudi membaca penulisan Uyul nih. Sebelum Uyul membebel panjang lebar, nak tanya nih. Korang tahu apa maksud JARGON? Jargon tuh jakun ke? Hahaha. Mula mula Uyul dengar pun Uyul jadi blur blur. Ape seyhh mamat nih cakap. Kisahnya, satu hari tuh, Uyul bertengkar dengan Encik Merah, benda kecik je pun. Ehhh dia boleh guna istilah pelik pelik masa orang tengah sibuk banyak kerja menimbun? Memang mendapatlah kan.

Merajuk jugaklah masa tuh. Tapi bila dah reda, Uyul terus Google apa maksud Jargon tuh. Tapi tetap nak jugak tanya Encik Merah apa maksud Jargon. Ohhhhh setelah di Google, setelah dengar penjelasan Encik Merah, barulah Uyul paham.



Jargon boleh didefinisikan sebagai sesuatu istilah yang digunapakai dalam keadaaan tertentu atau mengenalpasti sesuatu profesion. Tak paham? Uyul mula mula pun tak berapa nak paham. Tapi bila Encik Merah keluarkan contoh, baru lahh Uyul paham. Jargon tuh lebih kepada klasifikasi penggunaan frasa untuk sesuatu profesion atau bidang. Kebiasaannya tidak mudah untuk difahami oleh orang awam yang tidak berada dalam bidang tersebut. Dan, penggunaan istilah Jargon tidak akan digunakan secara am kerana ianya hanya meliputi sesuatu bidang sahaja.

Contohnya, penggunaan frasa Surgeon digunapakai di hospital. Ianya menerangkan perihal tugas seorang Pakar Bedah. Selain itu, golongan paramedik menggunakan istilah "Cholecystectomy" yang merujuk kepada istilah pemindahan organ tubuh. 

Contoh paling mudahhhh, korang mesti selalu dengar ayat Pasca Merdeka kan? Uyul bagi contoh istilah "Pasca" sering digunakan untuk menggantikan perkataan "Setelah". Perkataan "Pasca" tu adalah Jargonnya. Banyak lagi sebenarnya contoh contoh lain.

Haa paham tak apa Uyul terangkan nih? Hahahaa. Uyul cari artikel Bahasa Melayu dekat Google, tak banyak yang orang kupas tentang penggunaan istilah Jargon nih di Malaysia. Mungkin adik adik yang study dalam bidang linguistik boleh gunakan topik ini sebagai tajuk Thesis korang. Cakap pasal Thesis, Uyul check Email, kemain banyak haaa invitation untuk submit Paper Research. Huwarghhhh tak ada masa lahhhh nak submit paper.


25 ulasan:

  1. Balasan
    1. bagus bagus. paham kan. kalau tak mak puk. hahaha

      Padam
  2. Oh! bahasa-bahasa bombastiklah ya khas untuk mereka yang belajar dalam bidang itu sahaja yang faham.

    Tapi rasanya H20 ramai orang dah tahu maknanya, eh! tetiba

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe. byk sebenarnya contoh lain.

      Padam
  3. 1st time dengar perkataan jargon ni ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. hee. uyul pun first time. byk lagi contoh sebenarnya.

      Padam
  4. baik cikgu! Faham dah :) at least kalau dengar tak rasa kekok dah..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheehe. kan kak fizah. penambahan vocab.

      Padam
  5. assalamualaikum...mama dtg ke sini blogwalking uyul.....

    maszull.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam mama. jyeahh hari nih uyul bwalking mama ye.

      Padam
  6. payah nak faham ni...kena baca dua kali kot baru faham...

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaaaa tak paham eh. okay takpe. nanti uyul update. bg kak eda paham

      Padam
  7. Jargon juga salah satu istilah di gunakan untuk kanak kanak yang masih belum boleh bercakap.. terutama kanak kanak speech delay. Jargon membawa maksud bahasa bayi.. dia bercakap tanpa ada perkataan yang bermakna atau betul.. sekadar mumbling jer.. pot pet pot pet tapi sepatah haram kita tak tau ada yang di mengomel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh. nice. pun boleh sebagai contoh.

      Padam
  8. assalamualaikum uyul...mama singgah ptg kat sini...

    ** Mama Maszull

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai mama. terima kasih singgah sini. nanti uyul buat kunjungan balas ya.

      Padam
  9. ehh, aku blur lahhh! Ok, cuba memahamkannnn ~
    Jargon...seram lak baca maknanya tuuuu~

    BalasPadam
  10. ohh gitu.. kalo gorgon mama tau.. hahahha

    BalasPadam
  11. First time dgr word Jargon ni. 😊

    BalasPadam
  12. dah baca. tapi macam samar-samar nak faham lagi. hehehe

    BalasPadam
  13. owh paham..bahasa teknikal.
    contohnye bahasa2 yg digunakan sesama doktor2, sesama engineer2, sesama contractor2, sesama IT person, sesama bisnesman, dll.

    contohnya mcm geran. Mcm2 istilah geran yg ada. Geran mukim, strata title, geran pajakan, geran sementara...tp org yg bukan dlm bidang itu atau org yg tak pernah ambil tahu takkan tahu istilah2 itu.

    Macam2 lagi contoh lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul betul. kepahaman kita sama.

      Padam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.