BLONOLOG BLOGGER PICISAN | TRADEMARK BLOG UYUL ROSLI
BLONOLOG BLOGGER PICISAN | Salam. Hai semua. Hari ini baru Uyul berkesempatan untuk update entry. Lama juga tak update sampai berhabuk. Haihh-- Bebetul Blogger Picisan nih. Hahaha. Sebenarnya saja je nak bagitahu korang Uyul dah ada trademark blog. So lepas nih, dah boleh guna hashtag #blonologbloggerpicisan ekekeke.
BLONOLOG BLOGGER PICISAN
BLONOLOG merupakan gabungan dua perkataan BLOG + MONOLOG. Menurut Kamus Dewan, Blog bermaksud laman web yang membolehkan pengguna menulis dan meyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Manakala Monolog bermaksud seseorang yang berbicara sendiri. Kiranya blog Uyul nih adalah tempat Uyul bermonolog. Gituu--
BLOGGER pulak maksud dia takkan korang tak tahu kan? Blogger adalah orang yang mempunyai blog dimana blog merupakan platform untuk mereka keluarkan idea dan pandangan masing masing. Macam Uyul, Uyul sebenarnya dah start berblog dari tahun 2011. Masa tahun 2012, kemain aktif betul. Masa tuh zaman Diploma. Kalau ikutkan Encik Merah pun ada blog jugak. Uyul stop blogging tahun 2013. Sambung Degree terus tutup blog. Cumanya dulu blog Uyul banyak kisah peribadi. Dan ke semua entry tuh Uyul dah pun draftkan. Takde faedah nak tayang kat orang hahahahaah.
PICISAN pula maksud dia sesuatu yang dihasilkan dengan kualiti yang rendah. Maksudnya blog Uyul nih pada peringkat awal penubuhannya ecehhh penubuhan. Hahaha. Ya, pada peringkat awal penubuhannya memang takde kualiti, banyak cerita pasal kisah hidup entah apa apa. Banyak haters dalam kalangan kawan kawan sendiri. Nak nak ada stalker dari perempuan yang memang nak tengok hubungan Uyul dengan Encik Merah putus. Hahaha. Tapi, Uyul tak nak jadi Blogger Picisan selama lama nya. Uyul memang dah tekad, nak aktif berblog semula sampailah boleh jadi penulis yang berkualiti.
IDEA TRADEMARK BLOG
Idea datangnya trademark nih masa sama sama brainstorming untuk slogan JDT Blogger. Disebabkan kawan kawan pun banyak lagi idea yang gempak gempak, Uyul cakap Uyul nak guna Blonolog Blogger Picisan nih untuk blog Uyul. Hehehehe.
HARAPAN SEKETUL UYUL
Hari nih pun dah 1 Mac, permulaan yang baik Uyul kira. Senanglah nak ingat setiap tahun. Kira macam blog anniversary katakoo. Hahaha. So apa harapan Uyul setelah dah ada trademark blog sendiri nih?
Harapan Uyul semoga Uyul semakin rajin update blog, semakin bijak menggunakan sosial media, semakin matang dalam menulis. Dan semoga dengan permulaan hari ini, Uyul mampu menjadi penulis yang dapat memberi inspirasi pada orang orang di luar sana. Ecehh. Berangan pulak Uyul. Hahaha. Takde lah, Uyul sedar siapalah Uyul nih nak bagi inspirasi kat orang, cuma harapnya setiap entry tuh dapatlah bagi manfaat pada orang lain. Gituuu--
Sememangnya blog juga merupakan salah satu tempat untuk jana pendapatan. Uyul kalau boleh tak nak lah menulis blog semata mata untuk dapat duit tambahan. Bagi Uyul, Uyul tak nak terikat semata mata kerana duit. Kalau boleh Uyul nak menulis sebab nak jadi penulis berkualiti. Sebab itu Uyul bersyukur sangat ditemukan dengan blogger blogger otai. Seronok baca blog dorang, boleh belajar cara nak struktur ayat, cara nak naikkan trafik blog dan macam macam lagi lah. Bersyukur juga dikurniakan dengan rakan rakan dari JDT Blogger. Alhamdullillah.
Terima kasih kerana sudi singgah Blog Picisan Uyul nih. Hehehe.
chaiyok2 uyul..keep on blogging!
BalasPadamJyeahh!!! Baiklah masta! I'll follow youuuu, Hehehehe
Padamterus berusaha..
BalasPadamMekasehh kak Mar!
Padamtak pernah tak cantik kalau mekap.. adore sangat
BalasPadamAlaaaa. Awak pun cantik tauu!
Padamcantik kak
BalasPadamRabia pun cantik! Muahhked!
Padamyeahh..ada orang puji kita cantik..hehe
Padamalolo... comel sungguh uyul ni....
BalasPadam- Mia Liana
Ekekeke. kak mia pun comel. :)
Padamowh salam kenal JDT Bloggers eh.. PCL org Perak, berkelana di Kedah dan skrg ni kat selangor dah 10 tahun lebih #carimakan. Selamat semoga sukses untuk Uyul.. kalu nak ikut style PCL berblog kebelakangan ini.. setiap hari bukak blog umpama bukak kedai/hipermarket/ofis online sendiri. Faham kan maksud saya. Buat sesuatu yg boleh membanggakan diri dan PUAS hati.
BalasPadamGood Luck Uyul.
salam kenal jugak PCL. inshaallah.
Padamchaiyok kak..mana tahu suatu hari nanti akak jadi blogger terkenal mcm yuyuzulaikha tu.
BalasPadamamin amin amin. terima kasih rabia.
Padaminsyallah..moga lepas ni lebih baik dari yang dulu..yang penting kena usaha..
BalasPadam~ Kisahsidairy~
amin amin amin. u are my inspiration la kakk
PadamComelnya uyul
BalasPadamhehehehe segannya alaaa mana ada comel
Padamassalamualaikum uyul..teruskan berblog tau...
BalasPadam** Mama Maszull
wassalam mama. mama pun sama tauuu
PadamTeruskan berblogging !agi akak
BalasPadamjyeahhh baiklaaa rabia
Padam