TIADA AZAM BARU UNTUK 2019

TIADA AZAM BARU UNTUK 2019 | Salam. Belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua. Semoga ditahun baru ini kita diberikan kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang. Menjadi kuat kuasa dua untuk hari hari yang lebih mencabar. Semoga 2019 kita akan terus merasa bahagia tanpa perlu pelaburan yang sia sia.


1.1.2019, yang berubah cuma angka. Cuma nombor. Cuma figura. Entahlah. Yang aku tahu, 2019 aku cuma mahu kerja keras. Aku mahu lebih berjaya. Aku mahu lebih bahagia. Aku mahu kecilkan lagi kelompok rakan sekeliling kerana bagi aku semakin kita meningkat dewasa kita tidak memerlukan kawan yang ramai, tidak memerlukan kehidupan yang terlalu crowded.

2018 mengajar aku betapa ramainya manusia hipokrit. Betapa aku dikelilingi manusia yang luarannya menyukai, yang tersiratnya mereka membenci. 2018 menjadi saksi bahawa orang yang bertahun tahun kita rapat, yang kita selalu ada untuknya, dialah yang tikam kita dari belakang. 2018 mengajar aku bahawa, darah daging sendiri pun belum tentu ikhlas menyayangi dan mengambil berat tentang kita. 2018 menjadi bukti betapa aku diberi kekuatan untuk mengharung semuanya sendirian. Seorang diri. Ya, 2018.

2018, aku menangis sendiri, aku bangun sendiri. 2018, aku buktikan mereka salah. Aku buktikan aku mampu. Oleh itu, kerana usaha keras aku, aku adalah siapa di 2019. Ya, sungguh aku tidak pernah sangka aku mampu. Aku tidak pernah sangka, disebalik makan sendirian menghadap dinding, bercakap seorang diri tanpa teman, sungguh aku tidak sangka. Aku mampu harunginya.

Banyak sebenarnya catatan 2018 yang ingin aku kongsikan. Namun bagi aku, biarlah ianya tersimpan rapi dalam ingatan aku sendiri. Yang berlalu biarkan berlalu. Kadang kala, ianya akan lebih mengajar aku untuk terus berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.

Aku tidak mahu banyak. Aku cuma mahu di 2019 ini, akan ada waktunya aku sentiasa senyum tanpa pura pura. Air mata yang keluar hanya kerana bahagia bukan derita. Aku cuma mahu 2019 memberikan aku harapan baru untuk hidup lebih bahagia dengan orang yang aku sayang. Dengan orang yang sayangkan aku. Yang takut kehilangan aku. Ya, azam saban tahun yang belum tercapai bukan?

Dan kerana itu, tiada azam baru untuk 2019.

7 ulasan:

  1. Moga terus tercapai impian dan azam yang Uyul impikan..

    BalasPadam
  2. moga segala impian uyul tercapai...ameen ya Rabb..selamat tahun baru!

    BalasPadam
  3. Moga apa yang diinginkan dalam hati tu, tercapai dengan segera dan sebaiknya.
    AMIN YA RABB

    BalasPadam
  4. yuyullll kipidap n dongibab.. bahagia itu satu pilihan... kalo kau xhappy, its your choice to fix it.. just be yourself! jangan tension2 pada perkara yang buat kau x happy... okayy🤗🤗🤗

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru uyul cantik

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.