WAVE2WIN CONTEST | BELANJA RM30 DAN MENANG RM225,000 SEKARANG DI SF COFFEE BERDEKATAN ANDA

BELANJA RM30 DAN MENANG RM225,000 SEKARANG DI SF COFFEE BERDEKATAN ANDA | Salam. Saja ajak My Parzival teman minum SF Coffee balik dari kerja tuari. Kita kan peminat tegar Momocha. Apa lagi, laju lah Parzival sebab dia pun peminat Momocha. Ehhh sekali terperasan pula poster MyDebit Wave & Win Contest. Uyul kalau order Momocha nih, kena sebut Muahmuahkaaa! *Dengan gaya gedik*. Hahaha. Jom tengok macam mana korang boleh join Wave2Win Contest nih!



Kalau korang nak tahu, SF Coffee merupakan sebuah jenama yang menghargai seni serta menggalakkan orang ramai untuk mendalami sisi kreatif mereka. Di SF Coffee, mereka memastikan hanya kopi yang terbaik, segar serta aroma yang harum disediakan buat pelanggan. Menurut Cik Koo Sue San, Pengurus Besar San Francisco Coffee, bagi sambutan Tahun Baru ini, SF Coffee ingin mengambil kesempatan dengan menunjukkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia dan juga pelanggan baru dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan yang mereka boleh menangi.


Sempena musim perayaan ini, SF Coffee bekerjasama dengan MyDebit “Wave2Win” bakal memberi peluang kepada peminat tegar kopi untuk memenangi hadiah bernilai RM225,000. Pertandingan ini akan berlangsung selama empat bulan dan merupakan pertandingan secara besar-besaran dimana penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia. SF Coffee dan MyDebit akan memilih dua pemenang bertuah yang bakal memenangi hadiah seperti mesin kopi La Marzocco, pengisar kopi serta latihan kopi profesional yang bernilai RM40,000.


Melalui pertandingan ini, SF Coffee turut menawarkan hadiah seperti berikut: 

Empat buah kamera DSLR bersama aksesori yang bernilai RM10,000 setiap satu.
Lapan buah iPhone yang bernilai RM5,200 setiap satu.
Hadiah lain seperti jam tangan berjenama Apple, fon kepala berjenama Marshall dan banyak lagi.

Nak sertai pertandingan ini? Korang boleh ikuti tiga langkah mudah ini:

Langkah 1: Belanja sekurang-kurangnya RM30 menggunakan kad MyDebit didalam satu resit yang sama di mana-mana cawangan SF Coffee.
Langkah 2: Isikan butir peribadi anda di belakang resit.
Langkah 3: Masukkan resit anda ke dalam kotak khas ‘Wave2Win’ yang disediakan di setiap cawangan SF Coffee.


Selain pertandingan “Wave2Win” sebagai tanda penghargaan buat para pelanggan, 2018 juga merupakan tahun yang indah buat SF Coffee di atas pembukaan sembilan cawangan baru.  Cawangan terbaru yang dibuka merupakan cawangan yang ke-46 di Capital City, Johor Bahru – juga cawangan pertama dikawasan Selatan Malaysia. 

Pertandingan “Wave2Win” ini sedang berlangsung dari sekarang sehingga 28 February 2019. Jom korang ke SF Coffee terdekat dan sertai contest semudah ABC nih! Area Johor tu boleh lah ke Capital City yang terletak berdekatan dengan Kilang Bateri.
.
Untuk maklumat lanjut mengenai SF Coffee dan pertandingan “Wave2Win”, sila layari: www.sfcoffee.com atau layari Facebook kami di: www.facebook.com/sfcoffee.
.
#Contest #sfcoffee #MyDebit #Wave2Win #SFCoffeexMyDebit

4 ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.