WATSONS BRAND SWITCH & SAVE SHOPPING SPREE | MEET & GREET WITH FASHA SANDHA

Kuala Lumpur, 27 July 2017 - Jenama Watsons lebih sinonim dengan produk berpatutan, berkualiti tinggi dan lebih nilai-untuk- wang. Mempunyai pengikut setia kalangan pelanggan, baru-baru ini Watsons telah melayan sepuluh ahli VIP Watsons untuk berbelanja sakan bersama Fasha Sandha yang merupakan Rakan Selebriti Watsons bersempena dengan kempen “Tukar dan Jimat” dengan produk jenama Watsons.



“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar Asia, produk jenama Watsons yang merupakan jenama kami sendiri telah terbukti disukai oleh para pelanggan kami, menawarkan beraneka barangan penjagaan peribadi, keperluan kecantikan dan penjagaan kesihatan. Kami sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan kami untuk memberikan produk berkualiti yang terbaik setanding dengan jenama terkemuka dipasaran. Aktiviti belanja sakan ini ialah salah satu cara untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan yang dihargai diatas sokongan berterusan kepada jenama Watsons dan juga bersempena meraikan Hari Raya.” kata Caryn Loh, Pengurus Besar (Ketua Negara) Watsons Malaysia.


Diadakan di cawangan Watsons dipusat beli belah My Town, Cheras, pemenang-pemenang “Tukar dan Jimat” telah dipilih melalui kempen peraduan di instagram yang dianjurkan terdahulu, peserta dikehendaki memuat naik gambar di instagram dan berkongsi pendapat mengapa mereka bertukar kepada jenama Watsons dengan hashtag #myswitchandsave dan #watsonmalaysia. Sepuluh pemenang telah dipilih dan diberikan layanan berbelanja sakan selama 60 saat bersama Fasha Sandha yang juga Rakan Selebriti Watsons, dalam satu tempoh masa yang diberikan mereka dikehendaki mengambil produk jenama Watsons seberapa banyak yang boleh. Para pemenang berjaya mengambil produk jenama Watsons sejumlah RM6,538.99 dalam tempoh masa yang diberikan.


Dengan rangkaian yang luas dan beraneka produk, rangkaian Jenama Watsons memberi pilihan kepada pelanggan untuk berjimat dengan banyak tanpa berkompromi dengan kualiti.


Caryn Loh menambah, setiap produk jenama Watsons akan melalui pelbagai peringkat program pembangunan dan penyelidikan dengan proses kawalan kualiti yang ketat. Produk- produk jenama Watsons akan melalui proses ujian kawalan kualiti selama 18 bulan. Ini untuk memastikan pelanggan Watson hanya menerima produk terbaik dan menjadikan produk yang dikeluarkan selamat dan berkesan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang dihargai.


Ia merupakan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bila dapat menyaksikan aktiviti belanja sakan oleh pemenang peraduan, ketika kita merayakan Hari Raya. Ia adalah satu cara kami membalas budi kepada pelanggan yang telah menyokong produk jenama Watsons’, ujar Fasha Sandha, pelakon terkenal yang juga merupakan pemenang anugerah.

“Sebagai pelakon, ibu dan usahawan dalam satu masa, saya mempunyai jadual harian yang sangat sibuk. Saya akan memastikan keluarga dan diri saya akan mendapat produk yang terbaik untuk penjagaan peribadi dan saya sangat gembira menyatakan bahawa produk jenama Watsons memberikan kepuasan kepada keluarga saya. Ia meliputi rangkaian penjagaan diri, keperluan kecantikan dan barangan penjagaan kesihatan dimana ia memenuhi kehendak keluarga saya,” jelas Fasha Sandha.


Kempen Tukar dan Jimat merupakan inisiatif berterusan oleh jenama Watsons Malaysia untuk memastikan Ahli VIP dan pelanggan mendapat produk berkualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Sila ke cawangan-cawangan kami dan untuk promosi atas talian, lawati: http://www.watsons.com.my/switchandsave



Tentang Watsons Malaysia
Watsons Malaysia ketika ini beroperasi di lebih 420 kedai Watsons diseluruh Negara melayani lebih 4 juta pelanggan setiap bulan. Watsons berterusan menetapkan satu standard dalam pasaran kesihatan, kesejahteraan hidup dan kecantikan, memberikan khidmat nasihat peribadi dan kaunseling kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi selain dari rangkaian produk yang terlaris di pasaran, menjadikan para pelanggan NAMPAK HEBAT, RASA HEBAT setiap hari. Sejak 2009, Watsons telah menjadi jenama farmasi/kedai ubat di Asia Pasifik selama 9 tahun

*Watsons ialah jenama kesihatan dan kecantikan utama A.S Watson Group.
*Campaign Asia-Pacific / Nielsen “Asia’s Top 1000 Brands” 2016 hasil kaji selidik dari lebih 6,000 responden.
*Kaji Selidik “Asia’s Top 1000 Brands”– Campaign Asia-Pacific bersempena dengan TNS (2008, 2009, 2010, 2011) dan Nielsen (2012, 2013, 2014, 2015, 2016)

Muat turun Aplikasi Mudah Alih Watsons Malaysia dari Google Play Store dan Apple Store. Jangan ketinggalan untuk ‘Like’ laman Facebook kami dan mengikuti akuan rasmi Instagram, WeChat dan Line Watsons Malaysia.

9 ulasan:

  1. wowww.. jumpa fasha sanda ke uyul.. hehe

    BalasPadam
  2. Pakcu jejalan kat sini sat. kikkiki

    BalasPadam
  3. lawanyaaa Fasha.. pakai gitu lagi nampak ayu ^^

    BalasPadam
  4. Singgah jalan jalan kat sini

    BalasPadam
  5. Watson memang pilihan utama kak ana. Dr dulu lg. Siap dh jd member :)

    BalasPadam
  6. Wah bestnya meet and greet dgn fasya sandha yg jelita tu

    BalasPadam
  7. Wahh fasha sandha nasib baik pernah jumpa dulu hihiihihi

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.