BUSINESS PERTAMA REDZNEY CREATIVE NETWORK

BUSINESS PERTAMA REDZNEY CREATIVE NETWORK | Salam Jumaat semua! Hari nih Uyul terlebih rajin "bersihkan" external hardisk. Haihh nyawa business Uyul dan en.Merah nih weyh external hardisk nih weyh. Tengah duk buang mana file yang tak penting, sambil sorting balik folder supaya in future senang nak cari balik, sekali terjumpa satu poster yang buat Uyul tersenyum lebar. Ini lah dia business pertama Redzney Creative Network.




PRINTING SERVICE
Uyul start jalankan business printing dari zaman study masa Degree dulu. Yela, costing kot bila dah final sem kerja nak print assignment je. So Uyul dan Redza decide nak beli printer sendiri untuk print assignment kami berdua. Ianya bagi memudahkan kami dan jimatkan kos untuk print assignment. Tapi bila dapat request dari kawan kawan nak print jugak, so kami pun start lah business printing secara kecil kecilan ini.


Apa yang bestnya bila ada printer sendiri masa study dulu, dah cut cost satu hal dan dah tak perlu nak keluar jauh jauh cari kedai printing. Nak nak bila esok urgent nak submit assignment, tengah malam pun boleh print sendiri kat bilik. Printer yang kami beli masa tuh berharga dalam RM300, share berdua, so bila start buat business tuh, kami rolling dengan business printing nih. Yang paling kelakarnya, masa tuh takde kereta, bawak printer nih naik bas balik Apartment. Nasib lahhh Apartment Yayasan Melaka tuh dengan AEON Jusco tak jauh mana tau. Haihh laa kenangan betul.


 FORMAT SERVICE

Haaa, service untuk format laptop pun kami ada buat. Tapi Uyul tak pandai lah. Semuanya Redza yang buat. So saja lah tampal poster nih kat Apartment jugak. Kot kot ada yang nak format laptop kan. Tapi sebenarnya dalam kalangan kami, memang ramai yang tahu Redza boleh format laptop. Dia kalau bab komputer nih kemahin semua tahu. Sampai ada yang anggap Redza nih hacker. Ehh Uyul pun tumpang senang tau. Tak payah nak cari kedai komputer untuk format. Memang seumur hidup tak pernah lah hantar kedai. Redza je yang format sampai ke hari nih. Itu untungnya ada partner yang tahu pasal komputer nih. Uyul pun banyak belajar tentang komputer dengan dia.


REDZNEY CREATIVE NETWORK
Macam mana Redzney Creative Network dapat nama? Actually Redzney tuh adalah gabungan nama Uyul dan Redza. Redz dan Ney. Redz tu Redza dan Ney tu Waney. Dan nama tuh Uyul create dari zaman kami Diploma which is from 2012 ke 2013 macam tuh. Memang pernah berangan nak ada company sendiri dan buh nama Redzney. Hahah Uyul kan ratu berangan.

So nak dijadikan cerita, tahun 2016, Uyul nak register company dan nak pilih nama yang sesuai. Kalau buh Redzney Enterprise macam tak sedap. Kalau buh Redzney je, lagi la seketul macam tuh. So Uyul tambah Creative Network. Panjang lah sikit. Redzney Creative Network. Business apa je yang Redzney Creative Network jalankan? Actually bukan setakat printing sahaja, bahkan kami ada servis design dan photography jugak. Uyul tak nak cerita panjang dulu since kami baru start develop website kami. Nanti korang boleh refer terus. Kang kalau cerita kat blog, jadi tak surprise. Haaa gituu.

Doakan Redzney Creative Network boleh bina empayar kami ye!



Regards,
Uyul Rosli / Uyul Cantik
Budak kuat berangan


20 ulasan:

  1. proud of you..gigih majukan company...habis yang gataiii nau nak cari kerja lain kenapa...puk kang

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya uyul. Bagus y Dari zaman berlajar LG dah train bisns sensiri

    BalasPadam
  3. Hebat la Uyul ni.. Berpengalaman bisnes printing.. Semoga sukses ! Aamiin >.<

    BalasPadam
  4. Murah juga ye format laptop masa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh caj memahal bang. kesian kat student hehehe

      Padam
  5. all the best... moga maju jaya...

    BalasPadam
  6. inshAllah.. busyra sntiasa doakan uyul berjaya! amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank youuuuu busyraaa! really appreciate it

      Padam
  7. wah dari zaman study dah ada bisnes sini, bagus2.
    teruskan usaha k..
    all the best!

    BalasPadam
  8. Semoga terus berjaya uyul. Kak doakan kejayaab uyul. :)

    BalasPadam
  9. Semoga bisnes terus maju. Aminn

    BalasPadam
  10. assalamualaikum uyul....semoga terus berjaya yer...

    p/s uyul mana sebut harga photographer tu ek...

    ** Mama Maszull

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.