31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER | DAY 8 - GAMBAR MAKANAN YANG SEDANG DI MAKAN
DAY 8 | GAMBAR MAKANAN YANG SEDANG DI MAKAN. Amboi, kemain topik untuk hari ke 8. Aiseyyymen. Tak dan lahh nak makan lepas tuh nak update entry kan. So, ini antara makanan yang Uyul makan untuk bulan Januari. Eceh. Kemain lagi tau, kekonon macam nih je laaa makanan dia santap, ingat boleh kurus? Wakakaka.
Buat pengetahuan korang, MURTABAK CHEESE TASEK Y, BATU PAHAT nih harga dia RM11. Actually ini bukanlah murtabak paling sedap Uyul pernah makan. Bagi Uyul, pendapat personal lah kan, murtabak yang ini masih tak boleh lagi kalahkan MURTABAK CHEESE KG KURNIA, JOHOR BAHRU. Haa yang itu Uyul pernah terjah sekali. Memang pedepauuu weyhh. Sedap lazat. Mungkin sebab yang kat JB tuh garing sikit dan isi daging dia banyak sikit compared to yang kat Batu Pahat nih. Tapi ini pendapat Uyul lah. Orang Batu Pahat jangan lah pulak marah Uyul. Hehehe. Yelaaa tekak kita kan lain lain.
Dah alang alang order banyak murtabak sebab tapaukan sekali untuk budak office, Uyul duduk lepak sekali sambil minum ABC. Buat hilang haus kononnya. Padahal makin haus adalah. Amboi pengambilan gula secara berleluasa nampaknya Uyul. Hahaha. Sampai office terus teguk air mineral weyh. Memang manis katakooo--
******************************
Hye korang, jomlah follow IG Uyul, IG Shop Uyul dan IG Portfolio Uyul.
Jangan lupa LIKE Fanpage Redzney Creative Network.
Add sekali Facebook Uyul Rosli.
Rajin rajin lah SUBSCRIBE Youtube Channel Uyul
******************************
#jdtblogger #teambloggerjohor #31dayschallengebyjdtblogger
Cik Ila baru berkesempatan nak menengah entri Uyul. Murtabak favorite Cik Ila tau.
BalasPadamhai cik ilaa. heheh. yekeeee tu meh laa dtg sini heheehe
Padam